ILMU-NYA

Assalamualaikum...
Terpanggil aku untuk menulis di blog isteri aku ini selepas peristiwa yang melanda pada 9hb...
macam macam ragam manusia yang dapat ku lihat bila masing2 menegakkan ideologi masing2...mereka berhujah tentang semua isu berdasarkan ILMU yang mereka ada...ada yang sanggup mempertahankan manusia yang menyokong agenda murtad dan bermacam-macam lagi...
ILMU
Islam mewajibkan kita mencari ilmuNYA...tuntutlaa ilmuNYA didalam buaian hingga ke liang lahad...kualiti ilmu yang dicari tidaklah terletak pada tempat yang diperolehi ilmuNYA itu tetapi kualiti yang ada pada diri kita...bukanlaa tempat yang diutamakan tetapi PROSES untuk mencari ilmu itu sendiri...hidup ini sangat singkat...jadilah seorang yang tamakkan ILMU bukan PANGKAT, KEDUDUKAN dan WANG RINGGIT kerana PANGKAT, KEDUDUKAN dan WANG RINGGIT akan mencari kita bila ILMU kita sudah tebal...ILMU seseorang akan memartabatkan individu itu tersebut...janganlah kita terima bulat-bulat ILMU yang kita perolehi itu andai ILMU itu memudaratkan...NAUZUBILLAH...dalam mencari satu satu ILMUNYA kita akan pelajari ILMU-ILMU yang lain...disitulah ILMU kehidupan kita dapat kita pelajari tanpa disedari....
ILMUNYA juga mengizinkan pengalaman ini kongsi...kongsi laa ILMU yang kita ada sesungguhnya setiap insan yang lahir mempunyai ILMU kehidupan yang dipelajari yang mematangkan diri ini...
AL-QURAN sebuah kitab yang kecil tetapi sarat dengan ILMUNYA...masya allah...biarlah kita dipandang hina kerana tidak mempunyai BMW atau merc tetapi dipandang mulia kerana ILMUNYA...insya allah.. masya allah...


Yang masih Bernafas
Afey

Post a Comment

0 Comments