Resepi makanan untuk bayi/kanak-kanak - Nasi Tomato Salmon

Kali ini aku nak sertakan resepi nasi tomato salmon
yang selalu aku buat untuk Qaseh.. Berselera Qaseh makan kata pengasuh dia.
Tapi baru semalam aku rasa betapa sedapnya nasi tomato itu.
 Tetiba teringin nak masak nasi tomato salmon 
untuk family makan. hahahaha.
Dibawah aku sertakan resepi dan cara-cara membuatnya.
Selamat mencuba. Kalau ader yang dah cuba sila comment ye..

Bahan-bahan
Beras yang direndam terlebih dahulu
Isi ikan salmon fresh - di potong dadu
Susu full cream/whipping cream
Bawang merah,putih dan halia di kisar halus
Sebiji tomato - dibuang kulit dan di cincang
Sleri yang dicincang halus
Carrot yang di cincang halus
Tomato sos dalam tin
Himalayan salt
Black papper
Butter
** sukatan ikut masing-masing**

Cara membuatnya:
1) Panas kan periuk dan masuk kan butter. Hingga butter cair
2) kemudian masukkan bahan yang dikisar halus hingga kekuninggan
3) Masukkan isi salmon tadi dan gaul hingga masak.
4) masukkan tomato yang dicincang tadi dengan 3 sudu tomato sos.
Biar hingga mereneh. 
5) Masukkan kan sayur-sayur tadi dan biar hingga semua sebati dan layu.
6) Baru masukkan air dan susu , biarkan hingga mendidih. Kemudian
masukkan beras yang direndam dan dicuci bersih.
7) Perisakan dengan garam dan black papper. 
8) Tunggu hingga nasi masak dan boleh di hidangkan.

** Untuk Qaseh, aku buat biar lebih air. Bukan sampai jadi bubur tadi lembik.
Senang dia nak kunyah.

NASI TOMATO SALMON


SELAMAT MENCUBA


Post a Comment

2 Comments

  1. Terima kasih follow blog sis JM..i'm follow u back :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sis JM... sudi follow blog saya.. u insipred me...

      Delete