MINUMAN UNIK DI DULANG TEA HOUSE @ LOST WORLD OF TAMBUN

By Mrs Liez - 1:00 PM

MINUMAN UNIK DI DULANG TEA HOUSE @ LOST WORLD OF TAMBUN | bila dah seronok main air, lepas tu perut pun dan mula keroncong. Anak-anak pun dah bising nak makan. Ehhh~ padahal dah lunch tadi. So kami decided untuk berjalan-jalan pula dan menikmati keindahan pemandangan sekitar LWOT ni. Akhirnya, Liez nampak cafe dia yang terletak di kaki bukit

Ni yang Liez teringin sangat nak pergi sebab tengok rancangan Taste Selebriti hari tu. Naik syok pulak tengok Akmal minum Roasted Rice Tea. 

Dah penat bermain air dan melawat Petting Zoo, kami berjalan hingga ke Dulang Tea House. Memang unik tempat Dulang Tea House ni.  Ia seperti mengimbau kembali zaman ketika penimba biji timah berehat selapas sehari bekerja di kuari.


Memang unik Dulang te House ni

Semua menu disediakan dengan cara tradisional. Air dimasak di dalam cerek yang diletak diatas arang kayu. Roti bakar yang superb sedap, even Qaseh cakap benda yang sama dan berebut dengan babanya. Niyaz pun main sumbat je makanan. Asal sedap dia telan hihihi. Tapi serius memang roti bakar sedap. Cara membakar tu yang membuatkan ia sedap. Bakar atas arang kayu. Aromayang sangatsedapdan juga kaya yang sedap dan tidak manis. Sampai sekarang masih teringat roti bakar ni.

Liez pesan nak minum Roasted Rice Tea dan roti bakar. Dearie pesan set telur ayam kampung separuh masak dengan kopi O dan juga biskut lutut. Memang unik rasa Roasted rice tea. Ada macam rasa air mata kucing pun ada. Memang Liez puas hati dapat makandan lepak dekat situ. Berbaloi-baloi

 Korang boleh tengok Galeri biji timah dibelakang sana

 Senyum menunggu pesan sampai

 Charge bateri Niyaz kejap...hihihi

Drama sangat dua beranak ni

Nampak tak?? Tak sempat nak snap gambar dulu tau

Niyaz suka roti bakar Dulang Tea House

Syok habis sampai tak sedar mama snap gambar korang ye

Roasted Rice Tea, sedap dan menyegarkan

Liez sangat recommented korang datang ke Dulang Tea House di Lost World of Tambun Ipoh sebab memang tidak mengecewakan. Next timenak datang lagi untuk sepinggan roti bakar arang tu...

  • Share:

You Might Also Like

0 comments