10 UNDANG-UNDANG HARI AHAD YANG PELIK DAN ANEH DI JERMAN

By Mrs Liez - 12:24 PM


Ini adalah perkongsian Sahabat FB Khairolizam Muhaidi yang menetap di Jerman. Banyak info yang beliau kongsikan terutama diet sihat. Liez memang pengikut FB beliau kerana beliau dan keluarganya adalah pengamal diet " Eat Clean". Tapi Liez tertarik untuk berkongsi info terbaru yang beliau kongsikan. Dan Liez mendapat kebenaran beliau untuk membuat entry di blog.

Setiap negara mempunyai undang-undang dan tradisi negara masing-masing yang kebanyankan menyerupai undang-undang dengan negara lain. Tetapi ada juga undang - undang negara tertentu yang pelik dan aneh. Salah satunya adalah negara Jerman. Undang-undang ini telah menetapkan hari Ahad di Jerman adalah hari yang senyap sunyi dari sebarang aktiviti. Antaranya:-

Yang TIDAK DIBENARKAN pada hari Ahad di Jerman ialah;
1) Tidak boleh bising dengan anak-anak bermain.
2) Tidak boleh menggunakan mesin gerudi atau bunyi mesin potong rumput.
3) Tidak boleh terdengar bunyi bising vakum dalam rumah.
4) Tidak boleh terdengar bunyi mesin basuh baju atau hair dryer.
5) Tiada shopping centres dan farmasi yang dibuka.
6) Tiada stesen minyak, muzium, taman kanak-kanak yang dibuka.
7) Tiada restoran yang dibuka kecuali kiosk sahaja.
8) Tidak boleh basuh kereta sekalipun.
9) Tidak boleh memasak dengan bau yang menusuk hidung.
10) Jika ada undang-undang ini di langgar, polis akan datang ke rumah dan memberi amaran..

Yang DIBENARKAN pada hari Ahad di Jerman ialah;
1) Pergi ke gereja.
2) Memandu kereta.
3) Menunggang basikal dan motosikal.
4) Bawa anjing bersiar-siar (Pastikan anjing tidak menyalak)
5) Membawa keluarga bersiar-siar di taman dan habiskan masa yang berkualiti bersama anak-anak.
6) Yang dibuka di Jerman hanya restoran dan supermarket di airport dan stesen keretapi sahaja.

Hari Ahad di Jerman sememangkan hari yang paling membosankan dan hari yang mati dari segala aktiviti harian. Seperti sebuah negara yang baru di landa garuda atau negara padang jarak padang tekukur. Tujuannya adalah kerana setelah kebanyakan orang Jerman bekerja keras selama 6 hari seminggu, mereka mahukan rehat yang mencukupi pada hari Ahad sebelum memulakan semula hari Isnin akan datang.

Sebenarnya banyaklagi undang-undang pelik negara Jerman yang Liez baca tapi Liez cukup tertarik dengan undang-undang hari Ahad diJerman ni. Tapi bila difikirkan balik, ada kebaikkan dan keburukkannya. Untuk diamalkan dinegara kita memang agak susah. Bukan apa, untuk melaksanakan undang-undang sebegini memerlukan rakyat sendiri menerapkan dan mengamalkan dari anak-anak masih kecil.


  • Share:

You Might Also Like

9 comments

  1. Ada jugak baiknya undang-undang mcm ni. Hahahaa. Tapi hari ahad lah hari kita ada masa nak basuh baju, basuh kereta, vacum rumah and p shopping. Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Weekend la nak shopping nak bonding time ngan anak2 g mall makan2...

      Delete
  2. kalaulah undang-undang ni buat dekat malaysia, macamnalah agaknya kan? hehehe.

    mrejoy.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yakin rakyat malaysia antara negara yg memilik rakyat yang sihat hihihi

      Delete
  3. shopping mall pn xdibuka? adoi, pelik btul tu

    ReplyDelete
  4. ehh pelik2 nya larangannya.. huhu. kalau kt sini tak tau la mcm mana kalau buat mcm tu., hehe

    ReplyDelete
  5. pastikan anjing tak menyalak???!!!!
    aduhai. kena la tutup mulut anjing tu ha ha ha...

    ReplyDelete
  6. Kikikiki... betul la tu... saya duduk Germany setahun, kak... Ahad duduk teman mak dengan nenek mengait je.. kakak pulak duk exercise atas treadmill.. hahaha! Ayah pulak standby buat roti untuk bakery family the next day, hehe. Ni family angkat la ye..

    ReplyDelete
  7. Pelik sangat undang-undangnya.. hehehe

    ReplyDelete