BERGEMBIRA DENGAN ANAK-ANAK MENAIKI MRT


Dah lama konon nak merasa naik MRT masa mula-mula dibuka. Kan percuma sebulan tapi time tu banyak benda lain yang nak dibuat. Jadi tak merasa lanak naik percuma. Dengan jadual Liez dan Dearie yang sibuk, Liez dengan event dan urusan harian dan Dearie sibuk dengan urusan kerja.



Nak dijadikan cerita, Liez berjanji dengan Qaseh dan Niyaz nak bawa both of them naik tren. Memang excited la diaorg berdua, Niyaz memang fanatik dengan keretapi since our condo berhampiran dengan stesen KTM Batu Caves. So setiap kali keluar je mesti lalu tepi landasan keretapi dan dia nampak gerabak keretapi. Mula la dia menjerit panggil dan tunjuk keretapi. 



Finally, Liez dan Dearie planned naik MRT dari The Curve ke Muzium Negara untuk ke KL Sentral. Mak Liez dan adik bongsu Liez serta wifenya pun ikut sekali. Ayah Liez memang takkan ikut kalau kena jalan kaki sebab kondisi kaki dia tidak mengizinkan. 



Seronok betul 2 beradik tu dapat naik MRT, yang Qaseh bising bila tren berhenti di hentian. Yang Niyaz teruja tengok luar tren. Liez memang seronok bila anak-anak seronok dan suka nak biarkan anak-anak merasa atau melakukan aktiviti-aktiviti luar. Biar mereka expose dengan keadaan sekeliling. Dari The Curve, kami berjalan terus ke stesen Damansara terus ke Muzium Negara. Dari Muzium Negara ada laluan bawah tanah menuju ke KL Sentral. Agak letih juga berjalan dengan bawa dua beradik tu. Nasib Liez bawa stroller so salah sorang boleh la duduk kalau letih. Banyak melalui eskalator yang tinggi dan laju untuk ke KL Sentral. Berdesupkau eskalator tu bergerak. hihihihi



Seronok bawa Qaseh dan Niyaz naik tren, tak tergambar gembiranya bila tengok air muka anak-anak gembira dan excited.Semoga dimurahkan rezeki Baba dan Mama untuk bawa korang berjalan-jalan di tempat lain ye anak-anak.

Semoga anak-anak akan ingat apa yang Baba dan Mama buat semuanya untuk mengembirakan dan kebaikan semua 

Post a Comment

8 Comments

  1. budak2 memang suka naik train, anak IQ pun sama, seronok naik train tapi MRT belum pernah naik lagi, sebab kawasan ada LRT jer.

    ReplyDelete
  2. dilah pun dah lama plan nak bawak anak2 naik tren.. ntah bila la boleh bawak diorg ni.. budak2 mmg suka train kann..

    ReplyDelete
  3. tak try lg...boleh la nnt nk gi jln2...Nampak best

    ReplyDelete
  4. Sha pun ada bawa anak-anak juga.. Tapi yang lebih teruja, sha.. Hehehe..

    ReplyDelete