November 8, 2017

CELUP TEPUNG CIKGU - TARIKAN PANTAI PENARIK TERENGGANU

Celup Tepung Cikgu

Dalam perjalanan dari Kelantan ke Terengganu, Liez memilih melalui sepanjang Pantai Penarik kerana misi mencari Udang Celup tepung. Viral pasal Udang celup tepung 45 ekor hanya RM10 sejak kebelakangan ini. Liez tak ambil port sangat sebab tak minat sangat udang. Tapi kalau ketam, memang berhantu la. Viralnya Udang celup tepung ini hingga di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor ni pun boleh jumpa orang berniaga Udang celup tepung ni.

Celup Tepung Cikgu


Berpeluang bercuti ke Terengganu pada hari cuti Deepavali baru-baru ini, Liez tidak melepaskan peluang untuk merasa sendiri apakah keistimewaan udang celup tepung ini. Dan lokasi yang dicari adalah di Pantai Penarik, Setiu Terengganu. Kedai yang Liez singgah adalah Kedai Celup Tepung Cikgu.



Celup Tepung Cikgu
Celup Tepung Cikgu
Celup Tepung Cikgu
Celup Tepung Cikgu
Buat kali pertama Liez mengambil Udang Celup Tepung . Tapi kenapa tak cukup 45 ekor erk? Jangan salah faham, bilangan ekor udang tadi adalah mengikut saiz udang. Liez merasa udang saiz L dalam bilangan 25 ekor untuk RM10 sahaja. Itu pun dah kira murah kan? Berebut makan padahal kami baru je lepas makan kenduri di Machang Kelantan. Tapi bila makan di tepi pantai dengan tiupan angin yang sepoi- sepoi bahasa memang buat selera meningkat. Dan juga mereka menawarkan air anggur secara PERCUMA. Korang boleh minum dan refil sebanyak yang korang nak. Memang TERBAIK!


Celup Tepung Cikgu
Selain udang, ada juga sotong dan juga ikan yang digoreng rangup dengan tepung yang enak. Selain Udang Celup tepung, di kedai ini juga ada menjual makanan lain seperti Laksa Penang, Nasi berlauk Ayam berempah, sup dan juga kuih muih.  Juga ada menawarkan ABC - Air Batu Campur dan ABJ - Air Batu Jagung.


Celup Tepung Cikgu
Menariknya di Kedai Udang Celup Tepung Cikgu ini terdapat buaian di pantai yang terletak berhampiran kedai. Liez dari awal sampai disitu dah meluru terus ke pantai dan buaian tu. Jakun sekejap hihihihi. Dah lama rasanya tak bermain dipantai.


Korang boleh berbuai dan bergambar disitu. Memang meriah dan ramai pengunjung yang menikmati Udang celup tepung Cikgu dan keindahan Pantai Penarik sambil ditiup angin laut yang dingin dan damai.



CELUP TEPUNG CIKGU
Kampung Penarek Bandar Permaisuri
Kuala Terengganu
Tel: 010-9029356

Facebook:

No comments:

Post a Comment

Categories

Anak - Anak Ku (2) Contest (11) Diet (8) DIY (4) Famili (8) Food Review (2) giveaway (89) Hamil (2) INFO (13) ISLAM ITU INDAH (7) Isu Semasa (13) Jalan-Jalan (10) kesihatan (5) Luahan Rasa (15) Makan-Makan (16) menang (8) Minat (6) My Dearie (8) Niyaz & Qaseh (22) parenting (7) PERADUAN (4) petua (7) Resepi (29) Review (41) Segmen (43) ZALORA (1)

Followers

Google+ Followers