November 25, 2017

DOLLY DIM SUM KINI DIBUKA DI SUNWAY PUTRA MALL KUALA LUMPUR



DOLLY DIM SUM KINI DIBUKA DI SUNWAY PUTRA MALL KUALA LUMPUR
Bagi peminat Dim disekitar Kuala Lumpur, pasti tahu Dolly Dim Sum yang popular dengan hidangan dim sum yang sedap dan yang pasti HALAL. Telah beroperasi dengan 3 outlet yang berada sekitar Kuala Lumpur dan mendapat sambutan yang baik dan review terbaik dari pelanggannya.

Kini, Dolly Dim Sum telah membuka outlet ke 4 Sunway Putra Mall Kuala Lumpur dan mengekalkan konsep Rumah Teh cina Kontemporari seperti outlet-outlet sebelumnya. Liez telah menghadirkan diri ketika hari pembukaan outlet di Sunway Putra Mall yang sangat meriah.


DOLLY DIM SUM KINI DIBUKA DI SUNWAY PUTRA MALL KUALA LUMPUR
Upacara dimulakan dengan acara memotong reben oleh pengasas Dolly Dim Sum dan tetamu VIP. Dan juga acara dimeriahkan lagi dengan kehadiran kumpulan tarian singa. Seronok tengok tarian singa ni, siap ada gaya-gaya kungfu lagi hahaha





Dolly Dim Sum yang jelasnya menghidangkan pelbagai jenis dim sum tradisional seperti Dumpling Udang, Siew Mai, tart telur yang dibakar setiap hari dan banyak lagi hidangan yang sedap. Liez dah cuba dan memang sedap dan terbaik. Dolly Dim sum juga menghidangkan pelbagai jenis teh cina seperti Teh Jasmin Serai, pelbagai jenis teh hijau, Teh Oolong, Teh bunga dan banyak lagi.

DOLLY DIM SUM KINI DIBUKA DI SUNWAY PUTRA MALL KUALA LUMPUR

DOLLY DIM SUM KINI DIBUKA DI SUNWAY PUTRA MALL KUALA LUMPUR

Dolly Dim Sum juga sering mengadakan promosi sempena hari perayaan dan berbaloi untuk korang cuba. Bagi yang belum pernah mencuba hidangan di Dolly Dim Sum, boleh ke oulet-oulet seperti berikut :

Outlet 1 - Avenue K
Lot G9 Ground Floor, Avenue K,156 Jalan Ampang Kuala Lumpur
Tel: 03-2181 3830

Outlet 2 - Nu Sentral
LG43 Nu Sentral, No 201, Jalan Tun Smbathan,Kuala Lumpur
Tel: 03-2273 1450

Outlet 3 - Pavilion KL
Lot 1102.00,Level 1Pavilion KualaLumpur,168 Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur

Tel:03-2110 5019

Outlet 4 - Sunway Putra Mall
Lot G-7, Sunway Puatra Mall,No 100 Jalan Putra Kuala Lumpur


Tel:011-1040 5617



Waktu Operasi
11 pagi - 10 malam (Setiap hari)
Pavilion outlet (Sabtu / Ahad / Cuti umum 10.30 pagi - 10 malam)

Facebook

Instagram

4 comments:

  1. makan lagi ~ hahaha.. nak try la dekat sini :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. apakan daya kerja kita gini la... hihihi
      tapi dimsum oneof healthy foods hahahha

      Delete
  2. kolin sepatutnya pergi gak event ni. Tapi last minit tak jadi ada hal..semuanya nampak sedap laaa

    ReplyDelete

Followers

Google+ Followers