November 9, 2017

KISS - INSENTIF KASIH IBU SMART SELANGOR UNTUK IBU- IBU DI SELANGOR



Berita gembira bagi ibu-ibu yang menetap di Selangor. Hari ini Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan insentif terbaru untuk ibu-ibu di negeri Selangor iaitu Kasih Ibu Smart Selangor (KISS). Ia baru dibentangkan di Persidangan Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor ke 13

Menteri Besar Selangor telah mengumumkan KISS ini diberikan kepada keluarga yang mempunyai isi rumah berpendapatan RM2,000 ke bawah. Bantuan sebanyak RM2,400 setahun atau RM200 sebulan diberikan kepada ibu yang layak.



Selain itu, pemegang Kad KISS layak mendapat bantuan bahan bekalan makanan asas seperti beras, tepung, minyak masak serta peralatan dan pakaian sekolah anak-anak di pasaraya dan kedai runcit yang terpilih.



Ini adalah pelaksanaan sebahagian daripada insentif Peduli Rakyat yang akan dibiayai sepenuhnya oleh Negeri Selangor dengan implikasi kewangan sebanyak RM 72 juta. KISS akan bermula pada suku tahun pertama 2018 dengan pembiayaan sebanyak RM18 juta.








Sebelum ini, Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan 17 insentif lain iaitu

1. Skim Air Percuma
2. Skim Mesra Usia Emas
3. Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
4. Hadiah Pengajian IPT
5. Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang
6. Skim Kesihatan Wanita
7. Skim Hijrah (SkimSel + Mimbar)
8. Pusat Tusyen Rakyat Selangor
9. Skin Bantuan Asuhan Rakyat
10. Skim Bantuan Tadika Selangor
11. Insentif Perkahwinan Belia
12. Bantuan Food Stamp
13. Khidmat Bas SelangorKU percuma
14. Wifi #SmartSelangor Percuma
15. Skim Rumah Selangorku
16. Skim Peduli Sihat
17. Tabung Kumpulan Wang Biasiswa

Untuk lebih lanjut, boleh lawati http://ipr.selangor.gov.my/ atau  LIKE facebook page Inisiatif Peduli Rakyat




12 comments:

  1. Untung la orang selangor hihihihi

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Dah 4 tahun duduk sendiri tak pernah byr bil air lg so far. Syg selangor 😗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liez pun tak pernah byr bill air... masih lagi free

      Delete
  3. bertuahnya rakyat Selangor. Biarpun byk propaganda ttg kerajaan negeri, namun rupa2nya sokongan rakyat kpd mrka makin utuh!

    ReplyDelete
  4. Bagus kerajaan selangor.. Makin banyak intensif untuk rakyat..

    ReplyDelete
  5. MACAM MANA NAK MOHON YE

    ReplyDelete

Categories

Anak - Anak Ku (2) Contest (11) Diet (8) DIY (4) Famili (8) Food Review (2) giveaway (89) Hamil (2) INFO (13) ISLAM ITU INDAH (7) Isu Semasa (13) Jalan-Jalan (10) kesihatan (5) Luahan Rasa (15) Makan-Makan (16) menang (8) Minat (6) My Dearie (8) Niyaz & Qaseh (22) parenting (7) PERADUAN (4) petua (7) Resepi (29) Review (42) Segmen (43) ZALORA (1)

Followers

Google+ Followers