November 8, 2017

RESEPI : LEMPENG KELAPA MANIS MUDAH


Ceritanya semalam, Qaseh sibuk nak makan kuih. Aduh... kalau petang-petang ni Club house kondo Liez  memang takde kuih muih. Fikir punya fikir nak buat apa la untuk minum petang ni. Memang since Liez menjadi suri rumah sepenuh masa ni, Liez kena make sure dekat rumah cukup stok makanan snek atau minum pagi dan petang. Memang ada stok biskut dalam tin tapi Liez pun bosan gak asyik mengadap benda yang sama.

Fikir punya fikir, terus teringat ada kawan Liez up dekat FB. Dia buat lempeng kelapa makan dengan sambal tumis ikan bilis. So terlintas di kepala Liez nak buat Lempeng Kelapa Manis. Liez pun usung la 2 beradik ni ke kedai untuk beli kelapa parut. 

Meh cuba Lempeng Kelapa Mudah versi Liez


Boleh tengok terus di Youtube Channel Liez

Bahan - bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut
Gula - ikut citarasa masing-masing
Garam secukup rasa
Air mengikut  kepekatan yang sesuai
Susu sejat (optional)

Cara - cara membuatnya
1. Campurkan semua bahan tadi bersama air. Ikut kepekatan yang dikehendaki. 
2. Panaskan kuali leper dan sapu sedikit minyak.
3. Cukup panas, tuang sesenduk bancuhan tadi.
4. Terbalik kan lempeng tadi dan biarkan hingga masak.
5. Boleh angkat dan hidang.

Nota:
Resepi yang sama boleh diolah tanpa memasukkan gula untuk dibuat lempeng dan dimakan dengan sambal tumis.

4 comments:

Categories

Anak - Anak Ku (2) Contest (11) Diet (8) DIY (4) Famili (8) Food Review (2) giveaway (89) Hamil (2) INFO (13) ISLAM ITU INDAH (7) Isu Semasa (13) Jalan-Jalan (10) kesihatan (5) Luahan Rasa (15) Makan-Makan (16) menang (8) Minat (6) My Dearie (8) Niyaz & Qaseh (22) parenting (7) PERADUAN (4) petua (7) Resepi (29) Review (42) Segmen (43) ZALORA (1)

Followers

Google+ Followers