SSF GEDUNG HIASAN RUMAH KINI DIBUKA DI SUNWAY PUTRA MALL

 
SSF GEDUNG HIASAN RUMAH KINI DIBUKA DI SUNWAY PUTRA MALL | SSF Sdn Bhd, Gedung Hiasan Rumah terkenal di Malaysia telah meluaskan lagi rangkaian kedai mereka dengan pembukaan 2 cawangan terbaru di Sunway Putra Mall Kuala Lumpur dan di Elements Mall Melaka. Dengan penambahan 2 cawangan ini menjadikan SSF Sdn Bhd kini mempunyai 32 cawangan di seluruh Malaysia, memiliki lebih dari 735,000 kaki persegi luas kawasan dan lebih daripada 30,000 produk unik yang ditawarkan mengikut kehendak pasaran.






SSF Sdn Bhd telah dibuka pada tahun 1987 bermula dari menjadi pengimport bunga tiruan dan berkembang menjadi rangkaian menjual pelbagai jenis perabot, hiasan rumah, keperluan rumah tangga, langsir, lampu, permaidani, jam dinding, lukisan seni, peralatan dapur, bunga tiruan dan tumbuhan serta pelbagai barangan hiasan perkahwinan.


Dan Liez telah dijemput oleh pihak SSF Sdn Bhd untuk bersama-sama dalam pelancaran dan perasmian cawangan SSF Sdn Bhd di Sunway Putra Mall Kuala Lumpur baru-baru ini. Pembukaan cawangan SSF di Sunway Putra Mall ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran CEO SSF Sdn Bhd sendiri iaitu Mr Wong dan juga beberapa jemputan VIP yang turut sama.



Jangan tak tahu, SSF menjadi pilihan Liez membeli barangan hantaran perkahwinan tahun 2009/2010. Memang banyak barangan hantaran dan hiasan yang Liez beli di SSF yang pada waktu itu dibuka di Jalan Tunku Abdul Rahman. Rambang mata Liez dan mak nak memilih! Dengan harga yang berpatutan sesuai dengan barang yang ditawarkan semuanya eksklusif.


Memang tujuan utama SSF Sdn Bhd menjadi salah satu hentian barangan perhiasan rumah dan perkahwinan yang menawarkan reka bentuk yang paling unik dan sesuai dengan kediaman dan ingin menjadi inspirasi kepada pelanggan-pelanggan mereka. Kalau anda baru beli rumah, atau baru pindah ke rumah yang dibina di tanah sendiri, bolehlah borong barang kat sini untuk hiasan dalaman rumahJuga SSF Sdn Bhd mencari bakat - bakat muda untuk meyertai mereka dalam mengembangkan lagi perniagaan mereka dalam memberikan idea terkini.

Sempena pembukaan cawangan terbaru, SSF Sdn Bhd mengadakan Jualan istimewa untuk pemegang kad keahlian. Dan korang juga boleh memohon menjadi ahli SSF dengan harga RM 39.90 sahaja. 



Banyak kelebihan menjadi ahli SSF seperti:

1. Pembelian denga harga istimewa hanya untuk ahli sahaja
2. Membeli 1 barang dengan harga diskaun 50% semasa bulan ulangtahun kelahiran
3. Membeli 5 barang dengan harga diskaun 30% semasa bulan ulangtahun kelahiran
4. Mendapat updates mengenai aktiviti, tawaran istimewa dan juga undangan majlis.
5. Dan bayak lagi kelebihan menjadi ahli ked SSF

Layari www.ssfhome.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk terkini dan cawangan SSF yang berhampiran. Pada yang mencari barangan hiasan rumah dan persiapan majlis perkahwinan, boleh la terjah SSF nanti.



Bar stool yang Liez sambar di SSF

Post a Comment

4 Comments

  1. SA suka pi SSF, dapat beli bunga pun dah happy...tapi tak leh pi selalu...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... sometimes dpt pergi belek2 tgk then berangan pun cukup bahagia dahhhh

      Delete
  2. Tgu besday kak ayu Jan nanti. Tapi tatau nk beli apa. Rumah sempit hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam2 ada kak ayu... Liez ni sejak pindah rumah sendiri mmg xde dekorasi pun...sbb anak kecik2 so biar je lapang..

      Delete