JOM BAWA ANAK-ANAK KE HAPPY CAMP CHICHI DAN CHACHA CUTI SEKOLAH INI

By Mrs Liez - 4:51 PM


Cuti sekolah datang lagi !!!! Sekejap je dah hujung tahun kan? Anak-anak seronok la sebab cuti panjang ni. Ada yang balik kampung, ada yang pergi bercuti ada juga yang duduk je kat rumah. Pada yang belum ada aktiviti untuk anak-anak, apa kata korang hantar anak-anak ke Happy Camp CHICHI dan CHA CHA.

E2L Sdn Bhd yang mengilhamkan rancangan hiburan pendidikan awal untuk kanak-kanak ChiChi dan ChaCha ingin mengajak ibu bapa dan kanak-kanak berusia 4 - 8 tahun untuk menyertai #CCHappyCamp ChiChi dan ChaCha yang akan diadakan selama 5 hari bermula 11 sehingga 15 Disember 2017.


Aktiviti yang diadakan adalah untuk mengenali potensi diri anak-anak dan juga mengeratkan hubungan sesama kanak-kanak lain. Selain itu ianya bagus untuk anak-anak melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah sebegini bagi mengelakkan dari menghabiskan masa dengan tablet atau telefon bimbit.


Apa yang menarik di Happy Camp ChiChi & ChaCha ni? Liez tengok aktiviti yang dinyatakan memang sangat sesuai untuk anak-anak kita.#CCHappyCamp mempunyai empat aktiviti menarik antaranya:

1. Jr Art - adalah seni dan kraf yang  yang membantu kanak-kanak mengekspresikan kreativiti dalam diri mereka. 

2. Kids Kitchen - kanak-kanak akan belajar menghasilkan sendiri makanan ringan yang berkhasiat. 

3. Science Exploration - aktiviti yang akan mengajar mereka tentang pemerhatian dan penaakulan.
 
4. Music and Dance - mendedahkan kepada anak-anak tentang lagu-lagu rakyat dan pergerakan tarian ChiChi & ChaCha


Tidak rugi kalau bawa anak-anak mengalami sendiri aktiviti-aktiviti yang diadakan dan pastinya bermanafaat untuk mereka. Kalau berminat untuk menyertai, boleh membuat pendaftaran terus di bit.ly/HappyCamp-Form

Bayaran sebanyak RM80/orang atau jadi 20 orang yang terawal mendaftar akan mendapat harga istimewa RM55/orang. Acara akan diadakan di Mercu Mustapha Kamal, Damansara Perdana pada 11 sehingga 15 Disember 2017 bermula pada pukul 9.30 pagi hingga

Maklumat lanjut boleh layari facebook.com/chichidanchacha dan Instagram @ChichidanChacha.

Masa acara: 11 Dec - 15 Dec 2017 (9:30 pagi - 12:30 tengahari)
Bayaran: RM80/orang
Alamat: Educate to Learn Sdn Bhd, Level 11, Tower 1, Mercu Mustapha Kamal, Neo Damansara, No 1, Jalan PJU 8/1, Bandar Damansara Perdana, 47820, Petaling Jaya, Selangor.

Hubungi talian 013-9476511 (Suhada) atau email chichidanchacha@gmail.com


  • Share:

You Might Also Like

6 comments

  1. Ada dpt event ni tapi tak pergi.. heheheh..

    ReplyDelete
  2. seronok la Qaseh dan Niyaz..mama dia lagi la beronok2 kann..hehe

    ReplyDelete
  3. seronok la budak2 skrg. mcm2 aktiviti ade. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sometimes kita kena bagi diaorg experience benda2 macam ni...

      Delete