December 1, 2017

PELANCARAN KOLEKSI TERBARU WHOOSH EYEWEAR X MISS WHOOSH GLAMOROUS 2017



Fast, Fresh, Forward
by Whoosh Eyewear

Baru - baru ini, Whoosh Eyewear telah melancarkan koleksi terbaru kacamata 2017 yang berlangsung di Pusat Membeli-belah NU Sentral Kuala Lumpur dan juga penganjuran Miss Whoosh Glamorous 2017.


Penganjuran ini adalah kali kedua bagi Whoosh Eyewear yang juga syarikat bersama Focus Point yang telah menjadi penaja bertaraf emas kerana penajaan untuk Miss Tourism Queen of the year International selama 6 tahun berturut-turut.

Whoosh Eyewear menumpukan kepada rekaan semasa yang mengikuti fesyen dan citarasa terkini. Bagi mereka yang mementingkan gaya, kualiti dan khidmat pelanggan yang professional secara On-The-Go, Whoosh Eyewear adalah lokasi yang patut korang kunjungi. Kepelbagaian reka bentuk rangka kacamata yang di datangkan dari negara Korea ini, Whoosh Eyewear menwujudkan 3 gaya tersendiri -TRENDY, URBAN dan VINTAGE dengan tawaran harga yang berpatutan tanpa ada fee tersembunyi. Yang menariknya lagi, para pelanggan Whoosh Eyewear boleh mendapatkan kacamata mereka dalam masa 30minit. 
Woww menarik kan?? 

Dengan penggunaan kacamata bukan sekadar membaiki penglihatan seseorang tapi menjadi fesyen yang perlu ada dalam simpanan setiap orang. Dengan adanya Whoosh Eyewear, koleksi kacamata memperlihatkan gaya terkini yang sesuai mengikut gaya dan penampilan seseorang.




Jadi koleksi terbaru Whoosh Eyewear ini telah diperkenalkan kepada umum dengan diperagakan oleh 48 orang wanita yang mewakili negara diseluruh dunia. Pemilihan  kesemua wanita ini dibuat berdasarkan dari kecantikan, penampilan dan gaya diatas pentas. Salah seorang daripada mereka akan dipilih dan dinobatkan sebagai Miss Whoosh Glamorous 2017 dan sekaligus akan menjadi duta kepada Whoosh Eyewear.



Dato' Liaw Choon Liang - President dan CEO Focus Point Holdings Berhad
"Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan D'Touch International Sdn Bhd dalam menganjurkan Miss Tourism International World dan membawakan kepada anda wakil wanita cantik dari seluruh dunia"




Di antara juri-juri yang dijemput untuk mengadili Miss Whoosh Glamorous 2017 kali ini adalah Managing Director & CEO PKT Logistics Group Sdn Bhd, Dato Michael Tio, CEO dan Pengarah Kreatif A Cut Above Datin Winnie Loo, Supermodel International 2016 World Winner Miss Jojo Tan dan juga pereka fesyen terkenal Mr Key Ng.


Tahniah Miss Netherlands

Setelah penilaian dibuat oleh juri, Miss Netherlands telah terpilih sebagai Miss Whoosh Glamorous 2017. Selepas acara selesai, wakil-wakil negara ini telah dibawa ke outlet Whoosh Eyewear dan kemudian menikmati hidangan ringan dari Japanese Bakery Komugi.

Untuk pertanyaan lanjut,

Facebook

Instagram

2 comments:

  1. wow ramainya model cantik2! Tahniah netherlands :D

    ReplyDelete
  2. whoosh eyewear ni memang khas untuk wanita aje ek?

    ReplyDelete

Categories

Anak - Anak Ku (2) Contest (11) Diet (8) DIY (4) Famili (8) Food Review (2) giveaway (89) Hamil (2) INFO (13) ISLAM ITU INDAH (7) Isu Semasa (13) Jalan-Jalan (10) kesihatan (5) Luahan Rasa (15) Makan-Makan (16) menang (8) Minat (6) My Dearie (8) Niyaz & Qaseh (22) parenting (7) PERADUAN (4) petua (7) Resepi (29) Review (41) Segmen (43) ZALORA (1)

Followers

Google+ Followers