December 19, 2017

RESEPI: AYAM TANDOORI SEDAP

AYAM TANDOORI SEDAP
Tak pasti mana Liez dapat resepi ayam tandoori ni. Tapi serius memang sedap. Rempah dia memang terbaik. Korang pun boleh buat kat rumah, buat banyak-banyak boleh makan banyak-banyak hihihihi

Liez memang penggemar ayam tandoori dan ayam tandoori yang sedap Liez suka makan di NZ Wangsa Maju. Ayam tandoori moist dan mint chutney dia memang sedap. Tapi harga memang mahal la kan. So Liez jumpa resepi ini untuk makan sepuasnya.

AYAM TANDOORI
Ayam diperap perapan 1

Bahan perapan 1
1 sudu teh garam
1 sudu teh bawang putih - dicincang
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk cili
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1 1/2 sudu teh jus lemon


Ayam yang diperap dengan perapan 2
Bahan perap 2:
1 sudu teh halia - dicincang/tumbuk
1 sudu teh cuka
4 sudu makan yogurt
1 sudu makan daun ketumbar - dihiris halus
1 sudu makan daun pudina - dihiris halus
1 sudu makan jintan
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1/3 sudu teh serbuk buah pelaga
Sedikit pewarna merah
4 keping ayam - mana-mana bahagian dan dibuang kulitnya.

CARA:
1. Ayam diperap selama 3 jam dengan bahan perap 1
2. Setelah 3 jam, lumur ayam dengan bahan2 perap 2 semalaman
3. Kemudian ayam tadi di panggang pada suhu 170C selama 60 minit atau hingga ayam masak.
4. Setelah masak bolehlah dihidangkan dan diperah dengan air perahan.

3 comments:

Categories

Anak - Anak Ku (2) Contest (11) Diet (8) DIY (4) Famili (8) Food Review (2) giveaway (89) Hamil (2) INFO (13) ISLAM ITU INDAH (7) Isu Semasa (13) Jalan-Jalan (10) kesihatan (5) Luahan Rasa (15) Makan-Makan (16) menang (8) Minat (6) My Dearie (8) Niyaz & Qaseh (22) parenting (7) PERADUAN (4) petua (7) Resepi (29) Review (42) Segmen (43) ZALORA (1)

Followers

Google+ Followers