RESEPI: SPAGHETTI CABONARA YANG SEBENAR TIDAK BERKUAH

By Mrs Liez - 2:48 PM

SPAGHETTI CARBONARA SEBENAR
Teringat masa mengandungkan Niyaz 8 bulan, Liez teringin sangat nak makan spaghetti cabonara tapi yang dimasak sendiri. Tetiba teringat sesangat nak makan. Liez pun usaha la tanya Mr Google. Tenung punya tenung, jumpa la yang berkenan dihati.

Mengikut Wikipedia, Carbonara dari bahasa Itali adalah hidangan pasta Itali dari Rome. Ia dibuat dari telur, keju, bakon Itali (Pancetta) dan serbuk lada.  Sebenarnya, Carbonara tidak berkuah. Tapi kebanyakkan kedai yang menjual hidangan Carbona mesti berkuah.

Akhirnya jumpa resepi oleh Jamie Oliver. Liez yakin resepi yang diberi sangat sedap. Sebab Liez dah cuba beberapa resepi Jamie Oliver dan memang sah sedap semuanya.

So, hantar message LINE pada Dearie. Mintak tolong dia belikan Chicken slice dengan Pasley.
Bahan lain memang sedia ada dalam fridge. Bila Dearie balik, dia hanya dapat cari Lamb slice. Jom jengah recipe Simple Carbonara Jimmy Oliver 

Bahan-Bahan
1 pack Spaghetti (rebus dan tos)
3/4 cawan Parmesan Cheese diparut
2 biji telur Gred A
Lamb slice - potong kecil
Fresh parsley -  di cincang
3 ulas bawang putih  - dicincang
Lada hitam dan garam secukup rasa


Cara memasak.

1) Panaskan sesikit minyak zaiton, sautรจ Lamb  slice hingga garing. Kemudian baru masukkan bawang puting cincang.
2) Sementara tunggu Lamb dan bawang putih garing, pukul telur dan parmesan cheese dalam mangkuk.
3) Masukkan spaghetti tadi dalam kuali menggoreng chicken slice dan bawang tadi.
4) Tuangkan bancuhan telur dan cheese tadi dengan api kecil.
5) Akhir sekali,  taburkan parsley cincang dan lada hitam 

Liez jamin rasanya sangat sedap dan tidak cepat muak. Berulang makan la Liez masa tu. Memang kira mengidam nak makan tu dah terlaksana dengan jaya dan cemerlang. Puas hati makan walaupun hanya 1 bungkus spaghetti Liez buat. Licin dan dapat pujian keluarga. Tengah menaip ni pun rasa macam craving tu nak datang. Walaipun tak mengandung lagi tauuuu 

  • Share:

You Might Also Like

6 comments

  1. Nampak menyelerakan betul la...tak pernah lagi makan spageti carbonara ni..

    ReplyDelete
  2. Sedap dah mudah aje Kan. Boleh Cuba ni

    ReplyDelete
  3. Sedapnya.. Lama dah husniey tak masak spaghetti ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap.. nak try tengok cam mana... harus cuba ni...

    ReplyDelete