6 Fakta Penting Mengenai Penggunaan Bedak Asas @ Foundation


Bagi yang minat bersolek atau make up, pasti tahu bahagian pemilihan bedak asas adalah penting untuk menyembunyikan ketidaksempurnaan kulit seperti parut, jeragat atau kulit tidak sekata. Selain itu, bedak asas juga dibuat sebagai pelindung kulit dari cahaya matahari dan kekeringan. 

Banyak bedak asas dipasaran tetapi tahukah korang selain memilih warna bedak asas yang betul, ramai yang masih tidak tahu cara pemakaian bedak asas yang betul diwajah. Liez antara yang sering melakukan kesilapan ketika menggunakan bedak asas tapi sekarang tidak. Jom baca!!


1. Sapuan dengan menggunakan jari
Memang mudah jika menyapu bedak asas menggunakan jari tetapi ia sebenarnya akan menimbulkan garisan pada wajah. Untuk sapuan yang lebih sempurna, gunakan berus atau span (beauty blender). Jika menggunakan berus, sapukan secara membulat untuk memberikan kesan yang sempurna. Jika menggunakan span, sapuan hendaklah dibuat secara menekan sedikit untuk hasil bedak asas yang rata.

2. Menggunakan bedak asas jenis serbuk
Bedak asas jenis serbuk boleh menonjolkan segala garisan dan juga kedutan diwajah. Tambahan lagi, ia akan mengeringkan kulit dan kelihatan agak ketara pada kulit. Sebaiknya, gunakan bedak asas jenis matte untuk menghapuskan kilauan yang tidak diingini di zon T. Bedak asas jenis serbuk boleh digunakan pada akhir solekan.

Sumber: Youtube
3. Memilih warna bedak pada tangan
Ramai yang menggunakan cara ini bila mahu memilih warna bedak asas. Sebenarnya, cara ini SALAH. Sebaliknya, cara yang betul adalah menyapukan pada pada tulang rahang, dibawah mata atas disekitar hidung. Jika masih tidak pasti, boleh dapatkan bantuan konsultan produk berkenaan untuk membantu dalam mencari warna bedak asa yang sesuai.

4. Tidak menggunakan Primer.
Primer bertindak sebagai penghalang kepada bedak asas dari berubah warna atau hilang dari kulit. Ini kerana terlau banyak PH minyak dari kulit bercampur dengan pigmen dalam bedak asas.

5. Menyapu  di atas concealer 
Fungsi concealer adalah menambah liputan bedak asas yang tidak dapat menutupi sepenuhnya kawasan bermasalah contohnya parut, dibawah mata dan hidung. Jika bedak asas disapu di atas concealer, ia akan menipiskan concealer dan menonjolkan kawasan bermasalah. 

6. Menyapu seluruh muka dengan bedak asas.
Sapu bedak asa pada kawasan yang diperlukan bukan seluruh muka. Makin kurang korang guna bedak asas, muka akan nampak lebih natural. Hanya tumpukan pada kawasan bermasalah seperti tanda kemerahan, kawasan bawah mata dan cela. Sapuan dengan menggunakan berus banyak membantu mendapatkan sapuan yang rata dan cantik.

Mesti ada yang bercakap, ehhh patutla tak cantik bila sapu bedak asas, rupanya salah cara. Betulkan Liez cakap kebanyakkan memang buat kesilapan seperti diatas? So lepas ni, kita ubah ye. 

Nantikan post Liez mengenai jenis bedak asas yang sesuai dengan jenis kulit korang. Yang ni memang best tunggu ye.


Post a Comment

7 Comments

  1. Alamakkkk semua point terkena diri sendiri, hahaha. Thanks tips kak Liez.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la... tapi its ok.. dah tahu kena la betulkan

      Delete
  2. salam..tq atas perkongsian..kite pun belasah jer guna bedak2 tu... sbb malas nak belajar or tgk youtube...skrg ni baru rajin sket nak belajar sendiri..hihi

    ReplyDelete
  3. Interesting topic, I enjoy reading your story, thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  4. Tips yang berguna . At least ada sikit pertambahan ilmu dalam mekap- mekap ni

    ReplyDelete