Ikan Talapia Masak Lemak Kencur @ Cekur

By Mrs Liez - 6:33 PM

Ikan Talapia Masak Lemak Kencur @ Cekur

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari,
Dah makan tengahari? Liez baru selesai masak lepas jemput Qaseh di sekolah. Kena masak awal sekarang sebab balik sekolah je Qaseh dan bising kata lapar. 
Maybe sebab banyak tenaga yang digunakan untuk belajar kan? Itu yang buat cepat lapar. Tapi memang Qaseh dan Niyaz kuat makan.

Ehhh,nak cerita sikit pasal sambutan Tahun baru yang lepas. Liez macam biasa kalau cuti mesti balik ke rumah mak ayah dekat Serendah. Kali ini balik, adik ipar Liez (Achu Eyda) masak menu orang jawa katanya. Ini kali pertama Liez makan. Dapat pula jiran sebelah rumah mak bagi ikan talapia hasil pancing. Memang sesuai sangat la dengan menu tu. Nama menunya Ikan Talapia Masak Lemak Kencur @ Cekur. Memang sedap dan terangkat. 
Jom usha macam mana nak masak 
Bahan yang ditumbuk lumat
Bahan-Bahan:-
5 ekor ikan talapia (goreng dengan garam kunyit terlebih dahulu)
6 ulas bawang putih *
3 ulas bawang merah *
10 biji cili api *
6 biji ubi cekur *
5 helai daun cekur (dihiris halus)
Santan pekat
3 keping asam keping
Garam secukup rasa
* ditumbuk halus
Ikan talapia digoreng terlebih dahulu
Cara menyediakan:-
1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumis bahan yang di tumbuk halus tadi hingga naik bau dan garing.
2. Kemudian masukkan sedikit air, santan pekat, asam keping, garam dan hirisan daun cekur tadi.
3.Biarkan mendidih dan kuah menjadi pekat,baru dimasukkan ikan talapia yang digoreng tadi.
4.Biarkan mendidih seketika dan bolehlah ditutupkan api. Hidangkan.

Nota:

1. Pada yang tidak gemar ikan sungai, boleh juga tukar kepada ikan laut.
2. Tambah cili padi jika ingin lagi pedas.

  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. Tak pernah makan..biasa kalau abah SA mancing dia suruh salai masak lemak cili api atau terus goreng je

    ReplyDelete
  2. kecur air liur sha tengok huwaaa bila nak lunch

    ReplyDelete