PENGALAMAN NGERI KETIKA MENAIKI CABLE CAR GENTING HIGHLANDS

PENGALAMAN NGERI KETIKA MENAIKI CABLE CAR GENTING HIGHLANDS
31 Disember lepas, tetiba Dearie ajak parents dan adik beradik Liez naik ke Genting Highlands Premium Outlets. Terus Liez plan nak naik Cable car sebab Qaseh dan Niyaz belum merasa naik lagi. Apa lagi ,diaorang semua setuju. Lagipun, jarak GPO dengan rumah mak ayah Liez di Serendah tidak jauh jika guna laluan jalan lama Batang Kali.
PENGALAMAN NGERI KETIKA MENAIKI CABLE CAR GENTING HIGHLANDS
Kami bergerak dari Serendah jam 11 pagi dan sampai sana dalam 30 minit. Waktu tu orang dan ramai di GPO. Kena pula kira hari sebelum malam tahun baru kan. Tapi tak heran pun asalkan dapat shopping cuci mata dan poket. Tapi bila nak cari cafe untuk makan tengah hari, agak frust la. Bukan apa, semua cafe dan restoran penuh hingga terpaksa berdiri diluar menunggu giliran. Dekat food court jangan cakaplah memang sentiasa penuh. Punya la pusing akhirnya makan di Wendy's. Masing-masing dah kelaparan sebab baru perasan dah jam 3 petang.
PENGALAMAN NGERI KETIKA MENAIKI CABLE CAR GENTING HIGHLANDS

Lepas makan, terus naik ke Genting Skyway (ada link laluan dari GPO).Cuaca waktu itu memang hujan lebat dengan ribut yang sangat kuat sampai tak nampak pemandangan sekeliling Genting Highlands. Rasa frust sebab confirm perkhidmatan Cable car diberhentikan. Tapi kami pergi juga ke kaunter dan punya ramainya manusia. Liez ringankan mulut bertanya pada staff disitu. Rupanya cable car tetap bergerak even tengah hujan lebat dan perkhidmatan cable car hingga jam 11 malam. Tapi kalau mengikut keadaan orang ramai ni, kena beratur dalam masa 45 minit hingga satu jam. Walaweiii !!!

Bincang punya bincang, yang lain setuju untuk tunggu. Memang terseksa juga la beratur dalam barisan berpusing-pusing seperti ular diketuk. Lenguh kaki tangan dengan dukung Niyaz. Berselang seli berganti dengan Dearie yang mengendong stroller (nasib stroller berat 5kg je hihihi.) Setelah menunggu akhirnya berjaya masuk ke dalam cable car. Tapi Niyaz dah tidur ZZZZZ

Maka bermulalah episod ngeri ketika menaiki cable car. Kami satu family berpecah naik 2 cable car sebab adik Liez yang no 3 bawa strolley besar so tak muat untuk masuk semua dalam satu cable car. Ketika kami bergerak naik ke atas, hujan lebat mula turun. Tiba-tiba ribut mula menghentam cable car. Siap bunyi yang seram ketika angin melalui ruang-ruang udara cable car. Pemandangan diluar terus bertukar menjadi putih dan tiba-tiba cable car berenti. Itu tandanya cuaca sangat terus untuk cable car bergerak.

Memang cuak tapi Liez masih boleh cool sebab dalam hati Liez yakin Cable car ni direka dan cukup selamat untuk dinaiki walau dalam apa cuaca sekali pun.. Adik ipar Liez yang bongsu dan anak saudara Liez dah mula gelabah sampai pucat muka. Yang adik ipar Liez jenis cepat mabuk hihihi..
Bila dapat bergambar
Bila dapat bergambar
 Alhamdulillah kami sampai di Skyway Avenue yang baru dibuka. Cukup meriah dengan lampu-lampu LED yang memenuhi ruang dalam Skyway Avenue. Kami hanya berpusing dari satu tingkat ke satu tingkap. Berhenti sekadar untuk bergambar kenangan. Dan hampir jam 7 malam, kami bergerak turun semula. Dan ketika itu, suhu sangat sejuk hingga percakapan kami bersembur dengan asap. hihihi..sejuk sangat sebab hujan masih lagi lebat.
PENGALAMAN NGERI KETIKA MENAIKI CABLE CAR GENTING HIGHLANDS
Perjalanan pulang menaiki cable car agak tenang walaupun masih hujan. Dan kami selamat sampai dibawah. Memang itu adalah pengalaman yang menyeramkan tapi Liez tak serik untuk naik cable car lagi dan lagi.



Post a Comment

7 Comments

  1. Alhamdulillah semua ok takde apa2.. kita pon lau baik cable car takut2 gak time dia macam berayun tu.

    ReplyDelete
  2. Cable car tu klu waktu angin kuat mmg suspen apatah lagi klu tambah dgn hujan... seram juga klu kena mcm tu huh.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah selamat.
    Think posotive. Good.

    ReplyDelete
  4. Hari tu naik jugak tp ms tu ok Alhamdulillah, alahai seriau kalau kena waktu cuaca kurang elok

    ReplyDelete
  5. woaah masih berjalan walaupun hujan.. kalo yang lama dulu menang akan stop. seram jugak naik dalam keadaan cuaca tak menentu..

    ReplyDelete
  6. Alahai.. Yang tengok gambar ini pun dah rasa seram.. Tak berjaya lagi naik guna cable car tu..

    ReplyDelete