Tahukah berapa nilai radiasi telefon bimbit yang korang gunakan?



Assalamualaikum.. hai hai hai semua
Siapa dah bercuti hati ni? Liez suri rumah memang takde hari cuti hihihi

Semua tahu telefon bimbit atau handphone banyak kebaikan dan juga keburukkannya. Masa mula hp digunakan ia hanya sekadar boleh membuat panggilan telefon  dan menghantar pesanan melalui sms. Tapi makin lama ia makin dicipta mengikut teknoligi semasa sehingga sekarang. Kini, hp bukan sahaja utk membuat panggilan dan menghantar pesanan sms tetapi boleh membuat panggilan video dengan orang yang beribu batu jauhnya. Pesanan siap boleh bergambar dan video. Dan lagi boleh melayari media sosial bila-bila masa, dimana -mana sahaja adalakan ada internet.

Banyak kebaikkannya selari dengan peredaran masa. Tetapi, ia menjadi isu bila ia digunakan oleh anak-anak kecil. Hmmn yang ni memang Liez tak nafikan even Qaseh dan Niyaz sudah pandai menggunakan hp. Tetapi Liez memang berkeras tidak membenarkan anak-anak untuk mengadap hp melainkan di hujung minggu itu pun bercatu masa. Dibenarkan sejam atau kurang dari itu.

Bukan apa, hp sangat berguna untuk orang dewasa tetapi banyak keburukkan untuk anak-anak yang masih kecil. Even, ibu bapa mengambil kesempatan dengan memberi anak-anak hp atau tablet untuk memastikan anak-anak duduk senyap tidak mengganggu aktiviti ibu bapa. Tidak salah tetapi perlukan pantauan. Ia akan membabitkan psikologi anak-anak juga. Belum lagi yang menyalahgunakan gadget untuk aktiviti tidak bermoral. Memang bila terbaca tentang keburukan gadget kepada anak-anak buat Liez takut. Ok Liez nak pendekkan cerita tau.

Tahukan korang, hp kita ini mengeluarkan radiasi yang tidak baik untuk kesihatan. Lebih membahaya untuk anak-anak kecil.  Itu sebabnya kita tidak digalakkan menggunakan hp ketika bersama anak-anak.

Wow, memang mengejutkan!! Nasib Samsung tiada dalam senarai tapi jangan la pula kita kata ia selamat. Ini dikeluarkan oleh

Post a Comment

6 Comments