vBARISTA COFFEE INOVASI DARI MESIN KE BIJI KOPI KE CAWAN

By Mrs Liez - 1:24 PM

Liez suka kopi? Tak, tapi Liez hantu kopi.. Haaaa hantu lagi. Liez mesti dapatkan secawan kopi setiap pagi untuk memulakan hari. Kalau tak minum, mood seakan hilang dan kerja seharian seakan lambat selesai. 
Bila sebut pasal kopi, Liez nak review satu jenama kopi yang boleh didapati dari mesin layan diri. Opsss jangan salah faham. Kopi ini bukan kopi dalam tin atau kopi 3 dalam satu ye. Kopi yang Liez jamin rasanya setanding kopi dari kafe terkenal. Ini adalah kopi berkualiti premium dan yang lagi penting di brew segar menggunakan biji kopi Caffe Verganano. Biji kopi ini berasal dari Itali ini adalah kopi panggang yang tertua juga terkenal dengan campuran bahan mentah berkualiti tinggi dan dipanggang secara tradisional.
vBarista merupakan mesin layan diri kopi dari Itali yang menggunakan teknologi terkini untuk di nikmati oleh orang ramai. Uniknya mesin layan diri vBarista ialah pembelian dibuat dengan menggunakan kod QR yang telah dimuatnaik di telefon bimbit. Memang sangat mudah dan cepat.Korang tidak akan mengalami masalah tiada duit kecil atau tiada wang tunai dalam simpanan.  


Apa yang korang perlu lakukan ialah:
1. Daftar masuk di www.vbarista.com
2. Isikan details ringkas
3. Kod QR akan diterima dan email akan di hantar untuk pengesahan
4. Pilih untuk tambah nilai sebanyak RM 5, RM 10, RM 20 atau RM 50

5. Kemudian pembayaran boleh dibuat menggunakan debit atau kredit kad.

Ok, Liez akan terangkan cara menggunakan kod QR untuk pembelian kopi vBarista
1. Pilih minuman pilihan korang pada mesin layan diri
2. Sentuh kod QR pada skrin yang disediakan
3. Selesai.. Tunggu minuman korang siap!!
Mudah kan? Ia seakan kad keahlian yang sentiasa ada dengan korang. Tidak perlu risau jika kad korang tertinggal ke, duit kecil tidak mencukupi ke. Hanya gunakan kod QR pada telefon bimbit sahaja. Tambah nilai juga bolehdibuat secara onlinepada bila-bila masa sahaja.
Mesin layan diri vBarista menyediakan pelbagai jenis kopi dan juga minuman lain seperti Espresso, Americano, Cappuccino, Moccaccino, Caffe Latte, Hot Chocolate, Gree Tea Latte, Organic Soya, Milk dan Lemon Tea. Semuanya dengan harga RM2.99 sahaja. Liez ulang sekali lagi RM 2.99 sahaja. Murah tu kan. Tapi ini adalah harga promosi sehingga perubahan diberitahu kelak.
Mana nak dapat kopi vBarista ni?
Mesin layan diri vBarista telah ditempatkan di beberapa tempat sekitar Lembah Klang seperti Bursa Malaysia, Digital Mall Section 14 Petaling Jaya, BAC @ VSQ Petaling Jaya, Sogo ATM hall dan MATRADE MEEC. Dan akan berada berada di beberapa lagi lokasi strategik untuk peminat kopi menikmatinya nanti.

Buat pencinta kopi, dapatkan secawan kopi vBarista untuk memulakan hari dengan ceria. Dan secara jujurnya, rasa kopi vBarista setanding kopi dari kafe terkenal.


Untuk maklumat lanjut, boleh terus klik 

Facebook

Instagram

  • Share:

You Might Also Like

13 comments

  1. ramai juga nampak blogger review tntg vending machine ni. menarik sangat! wish they can put it in jb juga. bubuh dekat rumah kita pun boleh 😏

    ReplyDelete
  2. jauhnya nak pergi sana... lama dah tak minum air kopi begini nampak senang ada mesin layan diri tu x susah nak masuk duit kan..

    ReplyDelete
  3. wow
    nampak macam menarik
    mesti sedap nih

    ReplyDelete
  4. awesome machine! and i am coffee lover! will go there soon for my love drinks. thanks dude

    ReplyDelete
  5. Hantu kopi jugak , nak kena cuba ni , tq for sharing sis ..

    ReplyDelete
  6. wah menarik nii, i’m a coffee addict! mesti kena ada coffee everyday hehe. but too bad area yg ada sgt terhad..moga mereka tambahkan lagi available area for these coffee hehe

    ReplyDelete
  7. Memang sangat sedap. LeYa yang bukan 'Hantu Kopi' pun dah tersuka tanpa sengaja.. Hehe..

    ReplyDelete
  8. Memang best vending machine ini, hari itu dah cuba semua ok. Kopi and green tea sedap and harga also sangat berpatutan.

    ReplyDelete
  9. wah..bestnya kalau ade mesin ni dekat opis..

    ReplyDelete
  10. yg best tu sebab murah...hehee

    ReplyDelete
  11. I am not a coffee lover but this is a super idea and budget-friendly as well. Will definitely inform my friends who are also hantu kopi like you!

    ReplyDelete
  12. Wow, its budget friendly and can pay usine their app? Cashless transaction? This is awesome!

    ReplyDelete