Have Fun with KidZania GO! @ Quill City Mall Kuala Lumpur

By Mrs Liez - 8:58 AM

Have Fun with KidZania GO! @ Quill City Mall Kuala Lumpur 
Yeay.. cuti sekolah dah nak dekat ni. Liez ni walaupun Qaseh hanya bersekolah di pre-school tapi still juga Liez kena juga tunggu cuti sekolah untuk bawa anak-anak keluar bercuti atau pun bergembira diluar. Korang pula dah plan nak bawa anak-anak pergi mana nanti? Mesti ada yang balik kampung atau bercuti makan angin didalam atau keluar negara kan? Bestnya.. Liez ada berita lagi best untuk yang tiada lagi perancangan sempena cuti sekolah ni

Apa yang bestnya??
Sempena cuti sekolah ini, KidZania telah mengadakan KidZania GO! di Quill City Mall Kuala Lumpur

Tarikh: 
Bermula 19 hingga 25 March 2018

Masa:
Dari 10 pagi hingga 9.30 malam setiap hari

Bagaimana hendak mendapatkan tiket masuk?
Korang hanya perlu membuat sebarang pembelian sebanyak RM35 dalam satu resit dimana-mana outlet dalam Quill City Mall dan boleh tebus sebagai 1 ticket ke KidZania GO! 

Bermacam-macam aktiviti yang menarik di KidZania GO! Quill City Mall tawarkan seperti:
1. Sharp Air Quality Control
2. Scott's Research Lab
3. Mc Donald's Fitness Centre
4. Magic Studio
5. TV Studio
6. Volvo - Stop, Look and wave
7. Court house 
8. Recycling centre

Jadi, korang jangan lepaskan peluang bawa anak-anak korang untuk ke KidZania GO! Quill City Mall cuti sekolah ni. Jangan biarkan cuti sekolah mereka berlalu tanpa aktiviti-aktivitimenarik yang ada di KidZania Go! Quill City Mall.

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. teringin jugak nak pergi.. tapi adik pun dah besar.. hahaha.. jadinya, buat masa sekarang kena lupakan hasrat tu ^^

    ReplyDelete
  2. Wahhhh.... Menarik dan pasti ramai ibu bapa berpusu-pusu ke Quill City Mall cuti sekolah minggu depan. Ok juga ni bawak anak-anak buah LeYa ke sini..

    ReplyDelete
  3. anak mesti suka pergi ke tempat macamni

    ReplyDelete