PERASMIAN PEMBUKAAN RESTORAN AUTOMASI PERTAMA GREAT DI ONE UTAMA

By Mrs Liez - 5:21 PM


Perasmian Pembukaan Restoran Automasi Pertama grEAT di One Utama| Liez perasan sejak kebelakangan ini ramai yang sedar akan kepentingan gaya hidup sihat. Semuanya bermula dari pemakanan yang kita ambil seharian. Jadi pemakanan yang sihat sangat penting bagi menjamin kualiti hidup kita.
Baru-baru ini, Liez telah dijemput untuk pembukaan restoran makanan sihat grEAT di One Utama yang dirasmikan oleh chef selebriti Antarabangsa, Datuk (Dr) Chef Wan. Restoran ini adalah outlet kedua selepas di Pulau Pinang. Ini merupakan restoran healthy fast food automasi pertama di Malaysia yang menggunakan telefon bimbit.
Menurut Mr Tan Yong Jen pengasas restoran grEAT, konsep restoran automasi dicetuskan kerana melihat kebanyakkan dari kita yang tidak mempunyai masa untuk menyediakan makanan yang sihat. Konsep restoran automasi grEAT ini sangat unik kerana menggunakan teknologi dari telefon pintar untuk membuat pesanan dan mengambil pesanan  melalui kotak aotomasi yang disediakan. Wow..memang canggih kan? Mudah dan cepat. Teknologi yang digunakan adalah berasal dari Amerika Syarikat dan telah banyak digunakan di seluruh dunia. Semua menu di grEAT adalah hasil ciptaan sekumpulan chef dan juga ahli diet yang ingin memastikan hidangan grEAT adalah yang penuh nutrisi, berkhasiat dan enak.





Signature Smoky Burger 
Appertising Asian Bowl
Japanese Sesame Bowl
Green Curry Bowl 
Tempura Mushroom
Majlis pembukaan restoran grEATdimeriahkan lagi dengan kehadiran Chef Wan yang juga menunjukkan demontrasi masakan Kari hijau (Green curry) dan tips pemakanan yang bagus untuk kesihatan. Tak kering gusi dengan Chef Wan berceloteh.


Bagaimana ingin membuat pesanan makanan di grEAT?

Langkah pertama
Scan QR Code and follow WeChat grEAT -The Healthier Burger
Langkah kedua
Klik "order" dan pilih makanan dan sahkan masa untuk
mengambil makanan dan bayaran dibuat
Langkah ketiga
Klik "Arrive shop" 5 minit sebelum sampai di restoran.
Bila makanan telah sedia, notofikasi akan dihantar
bersama nombor kotak automasi
  Langkah ke empat 
Nama pembeli akan dipaparkan pada kotak automasi.
Klik "open vault" di applikasi 
 Langkah ke lima
Makanan boleh dinikmati sama ada dibawa pulang
atau makan di restoran grEAT
Tapi korang jangan risau, bagi yang tidak mahu membuat pesanan melalui applikasi korang masih lagi boleh membuat pesanan dan bayaran di restoran. No worries ok! 

Pada korang yang ingin menikmati makanan sihat dan yang penting cepat dan mudah boleh cuba pelbagai menu sihat di grEAT 



Alamat:

Lot LG 328, Lower Ground Floor, 1 Utama Shopping Centre

Petaling Jaya, Malaysia 47800

Tel: 016-682 1752

Facebook

  • Share:

You Might Also Like

20 comments

  1. Bestnya menu dia...nanti nak try juga ke sana

    ReplyDelete
  2. bestnyer...hadoiii nak diet pun x senang..hehe

    ReplyDelete
  3. senangnya bila ada apps macam tu nak order makanan.semua menu pun nampak sedap je terus lapar.

    ReplyDelete
  4. Best nya kan orang2 KL.. everything is at your finger tip.
    Akak kat JB ni, semua nya nak buat sendiri.. from scratch ..gara2 nak makan sehat, kan

    Nak berhijrah lah ke KL

    5 Jenis Niche Blog Yang Boleh Buat Duit

    ReplyDelete
  5. aida pernah baca pasal restoran ni.
    fast & healthy food. chef wan! love him so much.
    makanan nyer nampak menarik and pasti sedap kan.
    tapi tu la. melaka takde outlet nyer pun. kena gi one utama la ni.

    ReplyDelete
  6. Tak pernah ada lagi burger pun boleh ada yang healthy ni..tapi baguslah makan makanan yg sihat. Pastu hanya di hujung jari jer.

    ReplyDelete
  7. WAH menarik menu yang ada kat sini . Mudahnya nak order, kita boleh bajet masa kan. Senang. Tak adalah kita kena tunggu lama di restoran.

    ReplyDelete
  8. Menariknya menu menu yang di jual di grEAT ni.Nama restoren pun unik tau. Great + Eat. Lagi mudah app disediakn untuk buat pesanan makanan.lg jimat masa.

    ReplyDelete
  9. i am liking the menu and the app...i can literally imagining myself making an order as i walkfrom thecarpark...n as soon as i reach...the food is ready...convenient!

    ReplyDelete
  10. Ya ampun semua menu tu sangat sedap dan sihat. Menarik mata yg memandang. So grEAT. Lepas ni dah tau nak makan healthy fast food dkt mana. Halal kan liez?

    ReplyDelete
  11. Nampak sangat menyelerakan yea dia punya dishes, walau plating nya tampak sedikit kurang. My fav would definitely the curry one, nak try nanti!!

    ReplyDelete
  12. tak sangka plak burger boleh jadi healthy food. bijak bijak..

    ReplyDelete
  13. wah mmg unique betul cara order dia! and makanan2 tu pon nampak sedap & menarik! best laa dapat jumpa Chef Wan, mesti kelakar kan hehe. Nanti if ke sana boleh try jugaklah cmni hehe

    ReplyDelete
  14. Wahhh lagi best camni. Masa pun boleh dijimatkan adanya aplikasi camni. Menu ia pun nampak macam best-best semuanya

    ReplyDelete
  15. Terbaiklah ada restoran camgini, amat sesuai untuk sis yang nak berdiet ni..kalau makanan healthy sure boleh turun berat badan kan..:D

    ReplyDelete
  16. A new way to order the food and the food is a healthy food whereby is meatless. I have try it and is taste nice.

    ReplyDelete
  17. I passed by the restaurant in 1U yesterday and was tempted to try their food also. This place looks cool and food is healthy too, will dropby next round.

    ReplyDelete
  18. wah makanan dia sihat2. lepas ni boleh trylah. sangat sesuai jugak untuk mereka yang jaga badan kan.

    ReplyDelete
  19. Nampak menunya smua best2 dan menyihatkan

    ReplyDelete
  20. Macam menarik je menu-menu yang disajikan... Lebih bagus jika restoran seperti ini diperbanyakan... Anyway.. 1Utama antara port makan yang menarik...

    ReplyDelete