Berbuka Puasa sambil menderma di Royale Chulan Bukit Bintang

Berbuka Puasa sambil menderma di Royale Chulan Bukit Bintang
Lagi 46 hari lagi bulan Ramadhan akan menjelma. Kejap je dah nak berpuasa lagi. Bila Ramadhan nak dekat, hotel-hotel pun dah mula menawarkan promosi berbuka puasa. Dan ini adalah masa terbaik untuk korang membuat tempahan awal untuk mendapatkan harga melampau murah!! Boleh buat tempahan untuk berbuka puasa bersama keluarga, dengan kawan-kawan atau pihak syarikat menaja majlis berbuka untuk pekerjanya.

Liez telah dijemput untuk review menu berbuka puasa di Royale Chulan Bukit Bintang yang menawarkan sajian makanan lebih dari 30 jenis masakan tradisional dan tempatan yang lazat dari hidangan makanan utama hingga pemanis mulut.


Mashor Din - Pengurus Besar Royale Chulan Bukit Bintang
"Kami memilih Buffet Aneka Selera sebagai tema kali ini bermaksud semua orang boleh merasa pelbagai jenis hidangan dari menu utama hingga ke hidangan pemanis mulut"

Raja Kamaroszaman - Eksekutif Chef Royale Chulan Bukit Bintang
"Keistimewaan menu pilihan kami untuk Ramadhan ini adalah Rendang Itik, Nasi Arab, Kambing Golek, Gulai Kawah dan juga Bubur Lambuk"





Serius Liez suka kambing golek yang diperap sempurna dengan rempah ratus enak dihidangkan sekali dengan sos lada hitam dan sos cendawan. Nak pula makan dengan nasi arab.. perghh menyengat sangat. Untuk variasi pemanis mulut, memang bermacam-macam kuih muih yang ditawarkan dari kuih melayu tradisi hingga pencuci mulut gaya barat. Yang ini memang bahagian yang ramai akan beratur panjang menunggu giliran.. 


Royale Chulan Bintang Bintang juga menyediakan kemudahan-kemudahan seperti surau yang selesa untuk memudahkan tetamu untuk beribadah. So jangan risau ye.

Mashor Din - Pengurus Besar Royale Chulan Bukit Bintang
"Royale Chulan Bukit Bintang juga menganjurkan Kempen Amal Ramadan yang dipanggil Kad Ketupat untuk anak-anak yang kurang bernasib baik di rumah amal yang dipilih iaitu Rumah Anak Yatim Shifa dengan menaja Kad Ketupat sebanyak RM10.00 dan semua hasil akan diberikan ke Rumah Anak Yatim Shifa, "

Buffet Aneka Selera akan bermula pada 16 Mei hingga 14 Jun 2018 dari jam 7.00 petang hingga 10.00 malam pada harga RM98/dewasa, RM60/kanak-kanak dan RM60/warga emas. TETAPI..

Alamat :
17 021 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Tel: 03-2147 9898

Website:
www.royalechulan-bukitbintang.com

Post a Comment

21 Comments

  1. Wah makanan enak enak. Nanti Jessie nak bawa kawan gi cuba la masa buka puasa. Tak sabar nak big feast ni

    ReplyDelete
  2. Tak sabar pula nk berpuasa.. nnti nk cuba iftar disini la

    ReplyDelete
  3. Tetapi apa tu? Ada harga best lagi? Hehehe .. cepat betul ye masa berlalu..dah nak puasa..pastu raya..

    ReplyDelete
  4. Wah nampak menarik segala makanan yang dipamerkan.

    Memang kena pergi buat sesiapa yang teringin berbuka puasa di sini.

    Lagipula dapat menderma tu. Terbaiklah.

    ReplyDelete
  5. bagusnya siap boleh mendetma kan.. makanan tengok pon nampak sedap. yoorin pon memg nak attack juga kambing golek tu laa

    ReplyDelete
  6. antara bahagian yang ina tuju,sudah semestianya kuih muih,sedapnya. NaSI Last sekali..ehehe

    ReplyDelete
  7. I nak menjamu selera do royale too.. nampak sedap nya.... yummy and delicious!

    ReplyDelete
  8. Bagus kempen royale chulan ni..makan dan boleh menderma..bulan puasa mmg ramai berlumba2 utk menderma..pahala berganda kan..

    ReplyDelete
  9. Uikssshhh bila pandang gambar satu persatu sangat menyelerakan..
    Itu belum lagi bulan Ramdhan Mrs Liez tergugat iman, hihihihi

    ReplyDelete
  10. SA suka sup dan kambing dia jugak...tapi tukang potong tu kedekut la..sikit sangat bagi..hahahaha...bagus Royale Chulan Bukit Bintang tak lupakan pada mereka yang memerlukan..

    ReplyDelete
  11. Terliur nya tengok semua menu
    Boleh la plan nak datang sni nanti
    Sambil makan sambil berbakti

    ReplyDelete
  12. Bestnyerrr tgk Banyak makan mcm jenis ni. Royale Chulan indeed have lots to offer this Ramadhan.

    ReplyDelete
  13. belum berkesempatan lagi nak merasa buka puasan bufet. kalau ada rezeki, dpt la baham kambing golek.

    ReplyDelete
  14. nampak semua sedap2..terus rasa x sabar nak puasa hahaha..harga dia pun standard untuk kos hotel bertaraf 4 bintang di kl

    ReplyDelete
  15. Ah sudahhhh, dia tunjuk gambar makanan pulak hahahha. Dah makin dekat dgn bulan puasa ni selera makin naik

    ReplyDelete
  16. amboi wakkkkk.. terbuka selera kite wakkk.. hee~

    ReplyDelete
  17. Bulan puasa mendatang ada lagi ke? Mahu melancong ke Kuala Lumpur lagi ramadhan yg akan datang untuk wisata religi seperti 2 tahun yang lalu. Banyak makanan di li ggir jala yg enak enak

    ReplyDelete
  18. Memang dah terfikir nak berbuka puasa kat sini Ramadhan nanti, makanan dia kali ni sedap2 dari tahun-tahun sebelumnya. Berbaloi bayar kalau berbuka kat sini

    ReplyDelete
  19. Jeng jeng jeng... ramadan review is back in action! Hahaha bersedia lah menternak lemak. I memang love malay and spicy food so this time i makan jer.

    ReplyDelete