Ideas of The Perfect First Date


Hai korang..
Ok hari ni Liez nak kongsikan idea Liez untuk yang plan nak dating dengan buah hati. Oppsss make sure yang dah berkahwin tau. Bukan apa lebih afdal dan lagi best. Tak ada halangan kalau nak lebih-lebih romantik ye. Sebenarnya,Liez tak pernah pun ada plan untuk dating zaman dulu-dulu. Masa remaja dulu agak jantan sikit. So takde la impian ke angan-angan tu. Tapi selepas berkahwin memang macam-macam plan nak buat. Kalau boleh nak lalui moment yang best dengan Dearie.

1. Umrah dan Haji
Impian semua umat islam kan? Liez pun ada impian yang sama. Jika diberi rezeki untuk ke tanah suci, memang Liez nak dating disana bersama Dearie. InsyaaALLAH semoga ALLAH SWT memakbulkan doa kita ye sayang.

2. Nak naik roller coaster bersama
Hihihi ini memang favourite Liez. Yang lasak-lasak tu that's me. Pernah naik roller coaster dekat Genting Highlands dan macam nak ulang sepuluh kali. Kalau naik dengan Dearie lagi best.. Leh sakat-sakat bagi takut hihihi. Kalau impian, nak naik roller coaster di Ferrari World Abu Dhabi tu.

3. Bungy Jump
Yang ni Liez belum cuba lagi. Ada tempat yang boleh buat bungy Jump di Sunway Lagoon. Atau ada satu lagi aktiviti Ropeswing yang tengah hangat diperkatakan. Pun best kalau buat bersama-sama pasangankan. Kira macam You jump, i jump gituwwww.

4. Bercuti ke Holland
Ini memang impian dari remaja. Kenapa Holland? Sebab pertama Liez peminat team bola sepak Oranje. Yang kedua sebab di Holland ada Tulip festival. Yang ketiga Liez suka perkampungan di Holland. Ada sungai kecil depan rumah, boleh picnic hari-hari dengan Dearie.

Itu idea dating Liez. Tapi macam Liez katakan, lebih baik kalau dating dengan suami sebab tak ada batas kalau nak peluk ketakutan ke, nak loving-loving lebih dinegara orang pun takde hal.

Post a Comment

6 Comments

  1. semoga tercapai semuanya kak liez

    ReplyDelete
  2. Wah kak liez ni jenis hati kental jugak eh.. Kalau mai gayattt.

    ReplyDelete
  3. semoga tercapai dan mana tau kot2 kita boleh seiring utk ke Bungy Jump dan Roller Coaster dh la impian kita tak tercapai masa kat Singapore tu..hhihii

    ReplyDelete
  4. Kami plak.. Nak keliling satu dunia... Dan nak jelajah hutan di Malaysia bersama.. Tapi kena tunggu anak-anak besar la dulu...

    ReplyDelete
  5. Heheheh okay nk kna plan idea dating gk ni ❤ thanks sharing

    ReplyDelete
  6. semoga tercapai ya.. kolin nak sangat ke tanah suci dengan suami. Semoga ada rezeki nanti.

    ReplyDelete