GLOW Penang - Hotel Selesa Dan Berbaloi

By Mrs Liez - 4:44 PM


Kemana korang hujung minggu yang lepas? Alhamdulillah, Liez sekeluarga dan keluarga mertua telah bercuti ke Penang. Rasanya kali terakhir Liez bercuti dengan keluarga mertua pada tahun 2015 ke A' Famosa Resort. Waktu tu Liez tengah mengandungkan Niyaz.

Liez pun dapat tahu kami akan bercuti ke Penang bila Dearie bagitahu sebulan sebelum. Percutian disponsor oleh Abang ipar Liez, anak-anak Liez panggil Ayah Chor. Percutian ni sebenarnya nak menggantikan rancangan nak bercuti ke Korea. Tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan, Penang adalah lokasi yang terpilih. Tapi Liez suka juga Penang sebab banyak tempat menarik dan makanan pun banyak yang sedap~ kerja makan je la kan!
Reservation desk

Lepas penat menyinggah ke Designer Village dan Bukit Bendera [next entry Liezs story ok] kami terus check-in di GLOW Penang hotel. Waktu dah hampir jam 6 petang dan masing-masing dah kepenatan. Alhamdulillah, Qaseh dan Niyaz tak meragam penat.. Jadi kami selamat check-in bilik masing-masing untuk mandi dan berehat sekejap sebelum itinerary seterusnya.
Bilik Superior
Jejak kaki ke dalam bilik, memang sangat selesa dan bersih. Tiada bau hapak dari karpet. Dengan warna interior kelabu dan kuning seakan serasi dan menampakkan keluasan bilik. Qaseh dan Niyaz tanpa dipelawa terus serbu ke atas katil.
Seronok dapat golek-golek atas katil

Bila  budak suka mandi jumpa bilik air cantik
Bilik air juga besar dan selesa~ nak mandi berdua pun no hal lah hik hik. Cukup semua kemudahan dan yang penting bagi Liez bersih. Baru seronok nak stay 2 malam tau. Cuma tiada sejadah disediakan. Tapi itu bukan alasan kan~ Kami guna tuala untuk dijadikan sejadah. Selesai masalah kan!

Nak jadi cerita  mandikan anak-anak, Niyaz mula merengek katanya lapar nak makan nasi. Belek service list rupanya tiada room service untuk hantaran makanan. Cafe hanya dibuka dari jam 7.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja. Nak taknak terpaksa Dearie keluar dan mencari kedai makanan. Luckily, ada restoran mamak berhampiran. So gembira la anak-anak dapat makan nasi walaupun kejap lagi nak keluar dinner dah.


Glow Penang hotel ini mempunyai 131 buah bilik dari 2 kategori bilik samada Superior atau Family room. Lokasi pun sangat strategik di tengah-tengah bandar Georgetown. Even banyak kedai-kedai berhampiran seperti kedai serbaguna, kedai buah-buahan, kedai menjual barangan souvenir dan banyak lagi hanya jalan kaki je. Untuk ke tempat-tempat lawatan seperti Komtar dan banyak lagi memang mudah. 

KEMUDAHAN DI GLOW PENANG HOTEL

Hotel ini dipilih oleh abang ipar Liez, so memang boleh dikatakan sangat sesuai untuk keluarga macam Liez.
Swimming pool yang tak sempat nak rasa terjun!
  • 24 jam reception / front desk
  • Mini gym dibuka 24 jam
  • Outdoor swimming pool~ tapi tak sempat nak terjun!
  • Cafe dan coffee house
  • Free wifi yang sangat laju
  • pool bar
  • bell boy
SARAPAN PAGI DI ZEST BAR CAFE, GLOW PENANG HOTEL
Bab makan ni Liez suka. Walaupun jumlah menu yang ditawarkan tidak banyak tetapi kami berpuas hati kerana servis cepat dan cekap serta makanan sangat sedap. Walaupun simple tadi cukup dan selera kami makan. Cuma service dibuka untuk sarapan pagidan makan tengahri hingga jam 2.00 petang sahaja.




So, Liez sangat berpuas hati dan recommended. Dan korang boleh buat tempahan melalui Trivago dari serendah RM169/malam. Berbaloi sangat. Kalau Liez ke Penang lagi, memang ini antara hotel yang Liez kan pilih.


Website:

Facebook:

Instagram:

  • Share:

You Might Also Like

29 comments

  1. cantiknya hotel ni, nampak cool jer dan harga pun berbaloi-baloi

    ReplyDelete
  2. Berbaloi. Harga berpatutan dan bilik cantik dan boleh tahan besar. Boleh ke sini kalau ke Penang lagi nanti. Hii.

    Liez, jemput join giveaway Siqah pula. Hihi :D

    LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

    ReplyDelete
  3. Lama x pergi Penang. Deco dia simple and colorful. Cantik!!

    ReplyDelete
  4. Kira berbaloi dengan harganya..memang menarik bilik hotel ini.

    ReplyDelete
  5. cute je cafe dia..bilik pun selesa

    ReplyDelete
  6. Anak buah saya suka sgtlah pi hotel kalau dia tengok ada kolam tuu. Hehe

    ReplyDelete
  7. Cantiknya GLOW hotel. Warna kelabu kuning nampak serasi gabungan dua warna nih. Dekorasi bilik nampak cantik dan kemas. Kalau bercuti di Penang nanti boleh check in di GLOW hotel nih. Harga yang ditawarkan sangat berbaloi dengan kebersihan, kekemasan dan servis yang diberikan.

    ReplyDelete
  8. ohhh wow.. so unic. cantik hiasan dan warna special bilik air. love d colour.. kak nowa ni kalau bilik selesa baru syiok nak tdo..

    dan inviroment punnice and cool

    ReplyDelete
  9. woww.. bilik air.. bilik tisur superior dia.. kolam untuk mandi-manda.. sangat cantik deco nya.. suasana pun macam tenang je.. TB suka tengok lampu-lampu dia yang tidak berapa terang dan tidak berapa gelap tu.. fasiliti dia pun nak sempurna.. ada macam-macam disediakan.. ada wifi.. wahhh.. boleh masuk list ni kalau TB ada kesempatan pi penang.. insyaAllah

    ReplyDelete
  10. Bestnya....!! Dah lama Nina tak pi Penang jalan². Lebih 5 tahun rasanya. Cantik laaa Glow hotel. Suka tengok room dia. Harga pun berpatutan.
    Thanks. . Nina save! Nanti nak stay sana

    ReplyDelete
  11. Cantiknya hotel ni..dengan deco yang moden macam tu dan nampak selesa sangat..bersih pun bersih kan..SA agak cerewet bab hotel..pernah terkena ngan hotel ternama di KL..nama gah tapi tak bersih..terpaksa plak request tukar bilik..

    ReplyDelete
  12. Amboi seronoknya tengok adik tu tido atas katil yang besar dan selesa. Pulak tu tengok ada swimming pool yang luas tu best lah duduk sini nanti kita datang Penang boleh cuba hotel ni...

    ReplyDelete
  13. Nampak selesa bilik dia.nanti berjalan ke penang boleh la cuba hotel ni.haritu pernah cuba hotel dekat tengah penang tu best jugak

    ReplyDelete
  14. Eh berbaloi sangat nie. 169 ringgit dengan bilik macam tu dan facilities yg ditawarkan sangat lah berbaloi. Suka warna yg dipilih utk hias bilik tu. Cantik !! Breakfast dekat hotel best kan kak liez sbb mcm2 ada

    ReplyDelete
  15. cantik hotelnya..bilik mandi tu selalu putih, kelabu je, ni warna kuning..syokla tengok..anak akak pun dah terbaring sedap dekat katil tu..hehee. NAsi baik ada kedai mamak buka berdekatan situ, kalau tak mesti lapar kan. Cafe sampai 2 petang je, huishh memang kena cari makanan la dekat luar. Penang sekarang banyak tempat ye, hotel ni boleh masuk dalam list

    ReplyDelete
  16. saya suka betul dgn hotel yg interior lawa mcm ni. mesti rasa nak snap gambar je

    ReplyDelete
  17. Luas sangat bilik tu nampaknya liez. Selesa niyaz berposing atas tu haa. Tandas pun cantik dan bersih. I like. Cuma bab in room service je lah kan. Selamat ada restoran berdekatan. Selesai satu masalah ye.

    ReplyDelete
  18. Cantik dan nampak selesa bilik hotel ni, berbaloi lah dengan harga yang dikenakan. Kalau sis ke Penang nanti bolehlah try duduk kat hotel ni. Kenkadang ke sana pening pala pikir nak duduk kat mana

    ReplyDelete
  19. Kita duk penang tapi awat mcm tak perasan hotel ni...tapi interior dia nampak selesa dan modern sangat...

    ReplyDelete
  20. Kalah ke Penang ni, tak perlu risau tentang hotel. Semua jenis ada. Nak berapa Bintang. Dekat dengan market? Semuanya ada. Lagi pula ada Grab. Nak kemana pun senang. Hotel Glow ni selesa utk kids sebab jenis simple dan kemudahan asas ada. Cukup lah kan. Yang penting wifi strong. Haha

    ReplyDelete
  21. This is my favorite hotel! I used to travel to Penang for work all the time and this is always my first choice, it's conveniently located and it is surrrounded with lots of great coffee shop, now I really miss Penang and wish to go back soon.

    ReplyDelete
  22. Cantik juga dekorasi dalam bilik hotel ini. Nampak selesa dan kemas. Selalu lalu dari luar. Tak pernah masuk lagi Hotel ini. Selamat bercuti! Datanglah Penang lagi!

    ReplyDelete
  23. Mmg glowing hotel glow ni. Antara hote baru di penang sebab x pernah lagi dengar sebelum ni. Fasiliti pun boleh tahan hebat

    ReplyDelete
  24. Nampak selesa cantik. Nanti g Penang boleh stay sini. Lama dah mommy tak g Penang. Mesti pesat membangun sekarang ni

    ReplyDelete
  25. Interior and eksterior dari pada hotel ini sangat cantik. Abby suka banget. Mungkin dilain waktu klo berkunjung ke Penang, Abby akan milih hotel ini tuk rehat.

    ReplyDelete
  26. Interion and eksterior hotel Glow ini cantik dan menarik. Mungkin jika Abby berkunjung ke Penang lagi, akan memilih hotel Glow buat rehat.

    ReplyDelete
  27. 1st time dengar nama hotel ni. cantik dan menarik. boleh masukkan dalam list ni bila ke penang nanti.

    ReplyDelete