Jalan - Jalan di Penang ~ Avatar Secret Garden Tanjung Tokong

By Mrs Liez - 10:34 AM



Jalan-Jalan di Penang ~ Avatar Secret Garden Tanjung Bungah | Hi korang!! Dah banyak hari Liez tak update blog kan? Sebenarnya penat bercuti di Penang masih terasa. Nak tuned balik mode ingat kerja rumah ni memang ambik masa..hihihi~

Entry kali ni Liez nak cerita kan sedikit tentang Avatar Secret Garden yang menjadi viral baru-baru ini. Nak dijadikan cerita 2 hari sebelum kami bergerak ke Penang, Mama called nak informed mengenai lokasi viral ini. Dan Liez kebetulan memang menyiapkan itinerary dan mengumpul sebanyak mungkin lokasi yang best untuk diterokai. Akhirnya kami sampai di Avatar Secret Garden pada malam kedua kami di Penang. Perancangan sepatutnya pada malam pertama tapi dibatalkan sebab hujan.


Jalan-Jalan di Penang ~ Avatar Secret Garden Tanjung Tokong
APA YANG BEST SANGAT AVATAR SECRET GARDEN ?
Jalan-Jalan di Penang ~ Avatar Secret Garden Tanjung Tokong
Jalan-Jalan di Penang ~ Avatar Secret Garden Tanjung Tokong

Jalan-Jalan di Penang ~ Avatar Secret Garden Tanjung Tokong
Sebenarnya ia menjadi tarikan kepada penduduk tempatan dan pelancong luar kerana keunikkan taman seakan dunia Pandora yang dicipta untuk filem Avatar yang popular pada tahun 2009. Terletak di dalam taman di Tokong Thai Pak Koong dihasi cantik dan indah dengan lampu-lampu yang menghiasi taman. Cantik sangat sebab ia seakan berada di dalam dunia fantasi. Terpegun sekejap..
Gambar kenangan dengan bunga Tulip tiruan
Jalan-Jalan di Penang ~ Avatar Secret Garden Tanjung Tokong
Selain kecantikkan lampu berwarna warni tu, terdapat satu kawasan yang dihiasi dengan bunga tulip tiruan yang bercahaya. Wow!! Dah la memang Liez suka bunga tulip,nampak je bunga tulip tu terus snap gambar tak tahu la berapa puluh keping. Excited giler~
Sempat minta tolong mama untuk ambil gambar Liez disamping bunga tulip ituw cewah..~
Jadi la kenangan terindah walaupun tak dapat merasa ke Holland untuk melihat dan baring disamping bunga tulip segar..tetiba emo apa hal la Liez hihihi~


TIPS UNTUK YANG HENDAK KE AVATAR SECRET GARDEN 

Ini penting untuk korang yang nak ke sana ye. Selepas Liez pergi sendiri dan melalui sendiri memang ada beberapa tips yang korang perlu ambil kira


  • Parkir - Disebabkan ia terletak di dalam kawasan sebuah tokong jadi kawasan parkir agak terhad tetapi aliran keluar masuk kenderaan dijaga oleh beberapa orang dan caj sebanyak RM2/kereta dikenakan.
  • Bagi yang membawa anak kecil, pastikan korang sentiasa pegang atau dukung mereka. Kawasan gelap dan cahaya samar-samar sahaja. Risau anak-anak hilang atau terjatuh.
  • Berhati-hati ketika melangkah. Anak tangga sepanjang taman ini agak kecil dan licin. Sila bawa lampu suluh atau gunakan torchlight hp korang untuk menyuluh sepanjang jalan.
  • Orang agak ramai dan cari lokasi bergambar yang cantik untuk dijadikan kenangan. ini sangat penting ok !
Harga Tiket masuk:
Tiada

Map lokasi

Alamat:
336, Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Tokong, 
11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

  • Share:

You Might Also Like

26 comments

  1. teringin juga nak pergi sini satu hari nnt byk tgk orang share tempat ni kan... penang tempat belajaq selama 4 tahun dulu nih....

    ReplyDelete
  2. dah banyak kali baca pasal tempat nie nak pergi je belum kesampaian nampak cantik kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. best jugak.. tapi ramai org laklau pergi weekend..

      Delete
  3. malam2 mmg cantik dengan lampu dia...mmg npk mcm avatar kan..tp nti el nak pergi siang plak..katanya pun ok jugak

    ReplyDelete
  4. wow! Ye le.
    Mcm Avatar :-)
    Menarik ni...

    ReplyDelete
  5. Dah banyak kali pi Penang. Tapi, tak pernah lagi sampai sini. Hihi

    ReplyDelete
  6. Nice tkde hrga tiket. Another tarikan d penang.

    ReplyDelete
  7. Salah satu tempat menarik di Penang kan..SA memang nak bawak dania pergi bercuti kat Penang, nak spend masa lama skit ngan dia..rasanya lepas raya kot..kena masukkan dalam wishlist jugak la..

    ReplyDelete
  8. lahhh aru ainy tahu pasal tempat ni liez. dah lah cantik! mesti kalau pergi tu banyak spot bergambar yang cantik2 kan. TQ tau share info ni. kalau ainy ke penang bebila nanti kotlah kan ada rezeki ke sana, nak try masukkan dalam list untuk ke sini. inshaAllah.

    ReplyDelete
  9. ada tgk kwn2 yg kt penang pi avatar secret garden ni..cantik dgn decoration lampu2 tu..nasibaik masuk free sure rmi yg dtg kn

    ReplyDelete
  10. cantiknyerr..entah bila la nak boleh singgah sini dan nikmati lampu-lampu yg bergemerlapan kat sana tuu..

    ReplyDelete
  11. Rawlins belum pernah lagi melawat ke sini. InsyaAllah akan ke Penang bulan Mei dan akan ke sana. Yeay!

    ReplyDelete
  12. uishhh macam nak pergi je nanti, sebab ada plan nk ke penang juga dengar cerita nanti kena baayar betul ke , anyway besar tak tempat ni

    ReplyDelete
  13. Walaupun Ika orang Penang, belum lagi sampai ke sini. Sebab jauh dari rumah Ika. Sangat cantik la lampu2 dia. Patut ramai orang. Pernah lalu tapi tak dak parking. Penuh!

    ReplyDelete
  14. Huwaaaaa...kenapa dekat Oenang.kuciwa kita tau.jauh nau nau..kalau dekat mau dah terjah nih.cantik sangat terasa macam ada dekat dunia avatar plak

    ReplyDelete
  15. Eiza from Penang dan belum pernah sampai lagike ke Avatar ni. Hahaha... nantilah cari masa untuk ke sini. Thanks for the sharing.

    ReplyDelete
  16. first time tau ada tmpt untuk avatar..hihi... seriuslah xde cas utk harga tiket? bolehlah kalau ke penang nanti nak try mai sini plak... byk dah tmpt2 kt penang yg kita nk lawat untuk vacation nnti

    ReplyDelete
  17. Nampak sangat lama dah sis tak ke Penang. Banyak pulak tempat-tempat baru yg menarik tumbuh kat sana. Umm nampak gaya kena pergi semula lah ke Penang ni

    ReplyDelete
  18. Awakkkk..kita rindu penang. Kenapa masa kita duduk di penang dulu takde benda-benda ni semua. Huwarrrr..btw,tq for the tips and rupanya tayah bayar masuk sini. Inagt kena bayar..he

    ReplyDelete
  19. Wowwww nampak menarik juga tempat nie... tak sangka dekat penang banyak lokasi menarik untuk dilawati... secara percuma pula tue....

    Anyway.. terima kasih untuk tip / peringatan tue...

    ReplyDelete
  20. Lawa giler avatar garden ni. mmg dah nk sama dlm filem avatar..nnt ke penang blh sini gk lah. Lama dh tak ke Penanf

    ReplyDelete
  21. Lia dah 2 3 kali pi sana bawa kawan-kawan sebab suka tengok lampu-lampu kat sana. Menarik lah bila malam. Kalau bosan selalu juga pergi sana.

    ReplyDelete
  22. Oh yes! I have come across this many times Avatar Garden. I have been wanting to go but the chance has yet to present itself. This will be in my to do list when I drop by

    ReplyDelete
  23. Omg such a beautiful place, I can't wait to visit Avatar Secret Garden when I visit Penang, must plan a trip up really soon, for the food and places to visit.

    ReplyDelete
  24. Saya orang Penang, tapi 5 tahun dah duduk KL terus tak tahu banyak benda best kat sana dah. Kena singgah balik nanti.

    ReplyDelete