Riverside Cafe PWTC Tawarkan 300 Juadah Buffet Ramadhan Dengan Konsep Pasar Malam

By Mrs Liez - 8:30 AM

Riverside cafe PWTC Tawarkan 300 Juadah Buffet Ramadhan Dengan Konsep Pasar Malam| Banyak kan?? Memang banyak! Liez sendiri dah tak tahu nak makan yang mana satu hihihi~ Baru-baru ini Liez telah menghadiri review Ramadan Buffet Riverside Cafe di Putra World Trade Centre (PWTC). Kalau bab makan, laju je Liez pergi kikiki~
Riverside Cafe PWTC Tawarkan 300 Juadah Buffet Ramadhan
Dengan Konsep Pasar Malam
Riverside Cafe menawarkan lebih 300 juadah untuk berbuka puasa dengan konsep Pasar Malam / Bazaar Ramadan yang memang seakan sinonim bila datangnya bulan ramadan. Tapi ni pasar malam dalam bilik berhawa dingin ye, sejukk~ Ada 24 gerai yang dihias seakan gerai untuk memhidangkan pelbagai jenis makanan dari makanan utama hingga ke hidangan pemanis mulut. Chef Esklusif, Suzaini Mohamed Salih dan pasukan chef- Chef PWTC yang bertanggungjawab untuk memastikan semua hidangan menu istimewa masakan ala kampong bertukar setiap hari.

Makanan Kampung yang ditawarkan semua memikat selera Liez. Terutama sekali Daging Gulai Kawah, Sotong Masak Lemak Nenas, Dagi





Gerai-gerai pasar malam yang ditawarkan di Buffet Ramadan Riverside Cafe PWTC


Gerai Laksa dan bihun/mee sup
Pulut kuning, lemang dan telur pindang
Gerai satay ayam dan daging
Gerai minuman seperti Tea tarik cincau, air tebu, air barli, air mata kucing dan air sirap
Kambing Golek
Gerai Nasi Kerabu
Gerai Nasi Kandar
Gerai nasi goreng dan kuew Teaw Goreng

Pembuka Selera
Kerabu kacang botol, kerabu ikan masin, Acar buah, sambal tempe,serunding ayam dan daging dan banyak lagi.




Ulam-Ulaman dan sambal
Daun gajus, jantung pisang,tenggek burung dan banyak lagi. Sambal belacan, tempoyak, budu, cencalok, Air asam dan banyak lagi.



Pemanis Mulut (melayu dan barat)
8 jenis kuih muih melayu, 3 jenis bubur manis, Aneka biskut, Dodol, bahulu, wajik, tapai ubi dan tapai pulut. Pelbagai pai, jeli, puding, mousse dan biskut.






Buah-buahan
Nenas, tembikai, buah mata kucing, tembikai susu, betik dan banyak lagi


Pengunjung juga akan dihiburkan dengan alunan muzik indah dan nyanyian oleh kumpulan Picha-Picha dinyanyikan oleh Linda Eva. Bertambah selera dengan halwa telinga yang merdu tu kan~
Riverside Cafe PWTC Tawarkan 300 Juadah Buffet Ramadan 
Yang nak tunaikan solat Maghrib, Isyak dan Terawih, di paras 3 PWTC terdapat surau Ar-Rahman yang sangat selesa untuk pengunjungnya.

HARGA
Harga yang ditawarkan adalah RM88/dewasa, RM75/warga tua yang berusia 60 tahun ke atas dan RM45/kanak-kanak dari usia 7 hingga 12 tahun bermula dari 17 Mei hingga 13 Jun 2018. Nak harga lagi murah?? Tempah awal sebelum 16 Mei 2018 dan pengunjung dapat dengan harga RM75 sahaja.

Untuk  persendirian atau korporat yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa juga boleh dibuat di Riverside Cafe PWTC dengan harga dari RM98/orang siap dengan hidangan bufet, dewan khas, sistem audio, ruang solat khas dan kadar bayaran parkir tetap.

PROGRAM BERAMAL DI BULAN RAMADAN
Pihak PWTC juga akan mengadakan program "Mari Beramal Di Bulan Ramadan" untuk membantu meraka yang tidak bernasib baik dengan menaja bungkusan makanan juadah berbuka puasa kepada keluarga fakir miskin disekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Selain itu, sumbangan bekalan makanan dan wang tunai akan diberikan pada beberapa rumahcpenjagaan orang tua dan anak-anak yatim.

Untuk tempahan dan pembelian baucer di
Kaunter Tempahan di aras 2 PWTC
Masa: 9.00pagi hingga 5.00 petang setiap hari
Tel: 03-26146701/6702 atau 03-2614 6262

Riverside Cafe
Putra World Trade Sentre
Paras 3, 41 Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur

  • Share:

You Might Also Like

35 comments

  1. Untuk RM 88 dan 300 juadah. Giler banyak makanan dia kak. Puas hati camni. Hahahaha. Nanti ada event mood republic raya kan kak. Saya nak plan berbuka kat riverside. Lepas berbuka pi shopping. Pandai tak? Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... berbaloi rsnya kat riverside cafe ni.. makanan pun sedap

      Delete
  2. memang harus tak ketinggalan. Riverside tptnya pun cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. liez sebenarnya tak tahu rupanya cafe ni besar..igtkan kecik je..

      Delete
  3. antara sempat dgn tak aje kan nak makan 300 tu :)
    tapi berbaloi lah dgn harga.
    pwtc kot. mesti la grand and extravaganza :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. klau kira mmg xdpt nak makan semua.. tp sebab murah foods pun sedap..bubur lambuk dan kambing goreng dia terbaik

      Delete
  4. Pergi review sini pun tak terkata nak makan..apatah lagi bulan puasa nanti..lagi bertambah. Tapi memang sedap² masakannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... kira ok dan tempat pun tak masuk centre klsgt

      Delete
  5. 300 Juadah Buffet Ramadhan?? Wow banget ya... pasti ramai nih. Tiap kali berkunjung ke KL pasar malamnya selalu ramai apalagi klo bulan ramadhan, pasti lebih ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. time ramadhan mmg meriah kan? tp klau pergi riverside cafe mmg seakan pasar mlm tp dlm aircond

      Delete
  6. memang mewah la kalau dapat makan bufet mcm ni. pasti berbaloi dgn harga yangg kita bayar

    ReplyDelete
  7. Huarghhh banyaknya pilihan makanan memang terliur je tengok.kalau sedap ni memang repeat banyak kali la.nak cuba lah

    ReplyDelete
  8. kambing golek tu yg rmi org akan serbu dlu kalo pi buffet ramadhan...menu2 lain menyusul kemudian hehe..yg goreng2 tu nmpk yummy

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg pun area kambing mesti ramai yang beratur dulu

      Delete
  9. Kambing golek for sure ramai yang pilih dan akan ramai yang beratur panjang kan..harga boleh tahan reasonable..pilihan makanan pun pelbagai..menarik bila disediakan konsep pasar malam macam tu..

    ReplyDelete
  10. meriahnyaaa kat sini! sebenarnya makanan ni la yang best banding western kan

    ReplyDelete
  11. nak bubur lambukkk...mmg sedap dan makan kat sini...jom repeat

    ReplyDelete
  12. Mula-mula tengok harga, Rawlins rasa mahal. Tapi lepas baca dan mendapat tahu ada penajaan makanan untuk keluarga yang kurang bernasib baik, Rawlins rasa bagus juga menderma cara begini.

    ReplyDelete
  13. 300 juadah really a lot and I so excited as I can try different thing from different places. I like the concept whereby they do it as pasar malam. Definatedly this one will attract the public.

    ReplyDelete
  14. Best nya acar buah. Signature bulan puasa sangat tau. Tiap kali puasa mesti mak akan buat acar buah.. Rinduu kat mak..ohh~~ Tetiba tazzabar nak menyambut 1 puasa kat kampung

    ReplyDelete
  15. Fuhh sampai 300 menu juadah berbuka puasa ye. Banyak betul tu. Tapi tengok harga RM88, kiranya sangat berbaloi kan. Makan sikit-sikit sampai setel 300 menu..hehe

    ReplyDelete
  16. Wah! Mesti best berbuka di Riverside nanti. Tapi harga dia wowww jugak eh..heee... Onie suka part desert! hehe

    ReplyDelete
  17. Wahh. Berlawan-lawanlah masing2 dengan juadah yang istimewa. Kalau ikut juadah sampai 300 memang berbaloi sangat. Tapi kita mesti makan sikit je kalau bulan puasa. Huhu. Tahniah atas usaha beramal di Bulan Puasa nanti untuk tolong orang yang kurang berkemampuan

    ReplyDelete
  18. Perghhh 300juadah tu mmg banyak.gila...harga pun kira consider berpatutan sgt2

    ReplyDelete
  19. Efisien nya kak liez. Laju ! Ikan patin masak tempoyak tu masih terngiang2 di lelangit sy. Ya Allah sedap sangat !!! . Nak repeat lagi time puasa nanti.

    ReplyDelete
  20. Ana plan nl berbuka dekat sini. Sebab dekat, selesa, sedap dan harga berbaloi.

    ReplyDelete
  21. Wanna try The kambing golek and nasi kerabu badly. These are my favorite food. Didn't know Riverside cafe arrange buffet as well.

    ReplyDelete
  22. harga not bad la...makanan pon byk..aiyaaaa syok nyaa

    ReplyDelete
  23. Banyaknya juadah sampai 300. Boleh ke habis dalam satu malam tu..hehe

    ReplyDelete
  24. Dengan juadah yg trsedia mgkin dh berbaloi dgn harga yg ditawarkan. Ad satay tu dh mcm raya rasenya. Hihi

    ReplyDelete
  25. teringat2 bubur lambuk dia..hehehe

    ReplyDelete
  26. mak aiii banyak giler..mmg best dpt rasa semua kan hihi

    ReplyDelete