What Makes You Different From Everyone Else?

By Mrs Liez - 4:50 PM


What Makes You Different From Everyone Elsejeng jeng jeng...macam mana nak cerita erk?? Sebenarnya semua orang tak sama perangai atau habit. Liez pun macam orang lain yang ada kelainan perangai atau habit. Benda- benda macam ni bukanlah melambang dia seorang yang pelik tau. 

Tak suka tegur orang
Haaaa memang betul. If korang terserempak atau ternampak Liez, korang kena hoi kan dulu. Sebabnya Liez memang jenis yang tak suka nak tegur orang. If Liez nampak, memang Liez akan larikan diri. Malas nak tegur nanti kena sembang lama hihihi~ sebab tu takde kawan dan orang akan label SOMBONG!! Tapi itu sebelum Liez berkahwin la, sekarang kalau buat perangai macam tu memang kena hempuk kepala ni

Suka bersendirian
Sebab Liez memang tak ramai kawan, so memang suka berjimba dalam bilik sorang-sorang. Berguling la atas katil tu sambil membaca ke, tengok handphone ke, berangan ke.. memang favourite sangat. Even sebelum berkahwin dulu, Liez takkisah kalau tengok movie dan makan seorang diri. Lantak la orang tengok pelik je..

Suka baking tapi tak suka makan
Pelik kan?? Liez suka sangat buat kek, cookies tapi tak suka makan. Liez jenis yang tak suka makanan manis melainkan bila teringin sangat. Selalu baking ke memang untuk bagi mulut Dearie, anak-anak atau family makan.

Tidur ditemani 'cengkerik'
Hihihi kalau adik beradik Liez memang paling benci kalau tiap kali Liez tidur mesti ada 'cengkerik'. Ehh Liez bukan bela cengkerik macam belapelesit tau tapi habit tidur Liez akan berbunyi macam cengkerik. Maksudnya? Gigi Liez akan berlaga dan mengeluarkan bunyi cengkerik hahaha~

Rasanya bila dah berkahwin memang kepelikkan dan keanehan Liez ni hilang atau berkurang. Kalau yang buruk, baik kita perbaiki. Kalau ada kebaikan teruskan iye idok~

  • Share:

You Might Also Like

7 comments

  1. Salam sejahtera

    Terima kasih kerana sertai Review Blog April 2018.

    Senarai Peserta : https://aerillhassan.blogspot.my/2018/04/senarai-peserta-review-blog-april-2018.html

    Senarai Pemenang : https://aerillhassan.blogspot.my/2018/04/senarai-pemenang-review-blog-april-2018.html

    ReplyDelete
  2. mama pula tak suka baking tapi suka makan haha..

    ReplyDelete
  3. Nampak la pelik dari yang lain tu

    ReplyDelete
  4. setiap org ade habit masing2 tulah yg jadikan kite special from the others :D
    follow sini #334

    ReplyDelete
  5. yang part taksuka tegur orang tu sha pun macam tu, sebab malas kena sembang jawab soalan entah apa apa hahaha. yang part baking tu, sha suka masak tapi taksuka makan. tidur cengkerik tu adik sha, kadang kadang geram rasa nak tampar jeee haha

    ReplyDelete