10 RESEPI AYAM BERBUKA PUASA CHEF WAN

By Mrs Liez - 9:06 AM

10 Resepi Ayam Berbuka Puasa Chef Wan | Assalamualaikumdan selamat tengahari. Selamat Berpuasa bagi yang berpuasa ye..hihihi~ jangan tak puasa pulak bagi yang wajib berpuasa. Ok, Liez nak share kan resepi istimewa dari chef Malaysia yang terkenal, tidak lain dan tidak bukan CHEF WANI. 

Nak resepi hidangan lain ? >>>>>> 10 RESEPI KERABU BERBUKA PUASA 

Kenapa Liez pilih resepi dari Chef Wan? Sebabnya Liez dah cuba kebanyakkan resepi masakan dan pencuci mulut tak kira kek atau biskut memang dijamin sedap. Resepi ini Liez perolehi dari buku ' 400 Resepi Terbaik Chef Wan '
10 Resepi Ayam Berbuka Puasa Chef Wan 
1. AYAM KAPITAN
10 Resepi Ayam Berbuka Puasa Chef Wan 
Bahan-Bahan
1 ekor ayam (potong 12)
500ml santan
125ml air asam jawa

Bahan-bahan (dikisar)

20 cili kering (di rendam air dan di tos)
6 biji buah keras
2 labu bawang besar
15 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit, lengkuas dan halia
3 batang serai
3 helai daun limau purut
Garam

Cara penyediaan:

1. Panaskan 4 sudu minyakdantumis bahanyangdikisar hingganaik bau.
2. Masuk ayam dan tutup periuk selama 15 minit hingga ayam masak.
3. Kemudian masukkan santan dan biar mendidih. Masukkan air asam jawa
4. Perisakan dengan garam dan biarkan kuah pekat dan siap untuk dihidangkan.


2. AYAM GORENG PUDINA
10 Resepi Ayam Berbuka Puasa Chef Wan
Bahan-Bahan
600 g isi ayam (potong dadu)
1/2 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil tepung jagung
1/4 sudu kecil minyak bijan
1/2 sudu kecil sos ikan
4 sudu besar minyak masak
3 batang serai, hiris
2 sudu besar jus limau nipis
Segenggam daun pudina(racik halus)
Garam
Gula

Bahan-bahan (dikisar)

10 cili merah (dibuang biji)
1 sudu makan belacan
2 batang serai
1/2 inci halia
4 ulas bawang putih

Cara penyediaan:

1. Satukan isi ayam dengan sos tiram, tepung jagung, minyak bijan dan sos ikan.
2. Panaskan minyak dan tumis sebentar serai untuk beberapa minit dan masukkan bahan yang dikisar. Hingga naik bau
3. Masukkan ayam yang diperapdan kacau sebati hingga masak.
4. Perisakan dengan garam, gula, juslimau nipisdan pudina. Biar seketika dan siap.


3. GULAI AYAM LEMAK
10 Resepi Ayam Berbuka Puasa Chef Wan
Bahan-Bahan
1/2 ekor ayam (potong 6)
6 biji cili api (hiris)
11/2 inci kunyit hidup
250 ml santan
1 batang serai (ketuk)
1 helai daun kunyit (racik halus)
Garam

Cara penyediaan:

1. Masukkan semua bahan kedalam periuk kecuali daun kunyit dan reneh hingga 35 minit. Biarkan api sederhana hingga ayam masak.
2. Bila sudah masak perasakan dengan garam dan tabur daun kunyit tadi.


4. AYAM PONGTEH DENGAN TAUCU
10 Resepi Ayam Berbuka Puasa Chef Wan
Bahan-Bahan
1 ekor ayam (potong lapan)
30 biji bawang merah (dihiris)
15 ulas bawang putih (dihiris)
3 sudu besar taucu
2 sudu besar kicap cair
3 sudu besar kicap pekat
1 inci halia (hiris halus)
4 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
10 keping cendawan Cina (rendam dan tos)
3 biji kentang (belah dua)
750ml air
2 biji cili merah dan hijau (buang biji dan hiris panjang)
2 sudu serbuk lada sulah
1 sudu besar daun ketumbar (hiris halus)

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan tumis bawangmerah dan putih hingga perang. 
2. Masukkan ayam, taucu,kicap cair, kicap pekat, halia, bunga cengkih, bunga lawang, cendawan cina, kentang dan air. Biar mendidih.
3. Masukkan cili merah dan hijau, gula dan lada sulah. Gaul seketika dan siap.

5. AYAM PANGGANG ISTIMEWA
10 Resepi Ayam Berbuka Puasa Chef Wan
Bahan-Bahan
1 ekor ayam (belah 4)
125ml minyak sayuran
500ml santan
2 batang serai (ketuk)
2 helai daun limau purut
2 helai daun pandan (simpul)
55g gula melaka (parut)
125ml air asam
Krim santan kotak juga diperlukan

Bahan-bahan (dikisar)

30 biji cili kering (rendam dan tos)
20 biji bawang merah
3 ulasbawang putih
1/2 inci halia dan lengkuas
11/2 sudu besarjintan putih
2 sudu besar biji sawi
2 batang serai

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga pecah minyak. Masukkan ayam dan biar hingga separuh masak.
2. Masukkan santan, serai, daun limau purut dan daun pandan. Reneh hingga 30 minit atau hingga ayam lembut. Dan masukkan gula melaka, air asam jawa dan garam.
3. Keluarkan ayam dan letak dalam loyang untuk dibakar. Kuah tadi biarkan pekat dan campurkan santan kotak. Sapukan kuah tadi keatas ayam dan bakar selama 15 minit dengan suhu 180c.


6. AYAM GORENG BERGAJUS
10 Resepi Ayam Berbuka Puasa Chef Wan
Bahan-Bahan
400g isi ayam (potong dadu)
6 biji cili kering (rendam dan potong kecil-kecil)
200g kacang gajus
2 sudu makan minyak bijan
4 ulas bawang putih (cincang)
1/2 labu bawang besar (potong dadu)
55g nenas (potong dadu)
1 biji capsicum hijau (potong dadu)
2 batang saleri (hiris kasar)
250 ml sos tomato
6 sudu besar sos cili
2 sudu kecil kicap cair
Gula
Garam

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan goreng cili kering dan kacang gajus hingga perang. Ketepikan.
2. Tambah minyak bijan dan tumis bawang putih hingga wangi.
3. Masukkan isi ayam dan goreng hingga masak. Masukkan nenas, capsicum dan batang saleri. Masukkan sos tomato, sos cili, kicap cair, gula dan garam.
4. Akhir sekali masuk cili kering dan kacang gajus. Gaul dan hidang.


7. AYAM KUNG PAO

10 Resepi Ayam Berbuka Puasa Chef Wan 
Bahan-Bahan
4 keping isi ayam (potong dadu)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu tepung jagung untuk perapan dan 2 untuk pekat kuah
6 sudu minyak masak
8 biji cili kering (buang biji, potong dua)
4 ulas bawang putih (cincang halus)
2 batang saleri (potong dadu)
1 biji capsicum merah (potong dadu)
55g rebung dalam tin (potong dadu)
20 biji kacang gajus (disangai)
Daun bawang (hiris)
Garam
Gula

Bahan-Bahan (sos)

4 sudu besar cuka Balsamic
2 sudu besar serbuk stock ayam
2 sudu besar sos Hoisin
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil minyak bijan
2 sudu besar sos bawang putih pedas

Cara penyediaan:

1. Perap isi ayam dengan sos tiam,dan tepung jagung selama 15 minit.
2. Panaskan minyak dan goreng cili kering selama 1 minit. Kemudian masukkan ayam dan goreng hingga masak. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, saleri, redung dan capsicum.
4. Kemudianmasukkan semua sos tadi dan renehkan. Masukkan bersama ayam dan biar pekat. Masukkan gajus dan daun bawang. Gaul hingga sebati dan hidang


8. AYAM SOS HITAM MANIS
10 Resepi Ayam Berbuka Puasa Chef Wan
Bahan-Bahan
1 ekor ayam (potong 12)
1 sudu kecil kunyit
85g kismis hitam
85ml kicap pekat
250ml air asam jawa
2 helai daun pandan (simpul)
280g nenas potong dadu
Sedikit daun ketumbar (cincang)
Garam
Gula

Bahan-Bahan (kisar)

15 biji cili kering (rendam hingga lembut)
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas

Cara penyediaan:

1. Gaul ayam dengan garam kunyit dan goreng hingga garing. Ketepikan
2. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan kismis hingga wangi. 
3. Masukkan kicap pekat, air asam jawa, guladan daun pandan. Perisakan dengan garam dan gula.
4. Akhir sekali masukkan ayam dan nenas. Kacau dan perisakan dengan garam dan gula. Taburkan daun ketumbar. Sedia untuk hidang


9. AYAM GORENG JAWA
10 Resepi Ayam Berbuka Puasa Chef Wan
Bahan-Bahan
1 ekor ayam (potong 14)
375ml santan
4 sudu besar air asam jawa
55g tepung beras
Garam

Bahan-bahan (dikisar)

4 cili merah (dibuang biji)
2 sudu teh biji ketumbar
2 biji buah keras
12 biji bawang merah
1 batang serai
1 inci lengkuas dan kunyit
1 sudu kecil gula melaka

Cara penyediaan:

1. Satukan ayam,santan,air asam jawa,garam dan bahankisar dalam periuk. Didihkan dengan api perlahan hingga ayam empuk. Tutup api dan biarkan ayam tadi diperap selama 4 jam dalam peti sejuk.
2. Keluarkan ayam dan salut ayam dengan tepung beras. 
3. Panaskan minyak dan goreng ayam tadi hingga garing keemasan. Hidangkan ayam tadi dengan baki kuah tadi.

10. AYAM KARI HIJAU THAI
10 Resepi Ayam Berbuka Puasa Chef Wan
Bahan-Bahan
300 g isi ayam (potong dadu)
4 sudu makanpeskari hujai thai
500ml santan
4 biji terung thai (belah 4)
20 biji terung pipit
2 susdu besar sos ikan
2 helai daun limau purut
2 biji cili hijau (buang biji dan hiris halus)
20 helai Daun selasih manis thai
Gula

Rempah biji (disangai)

1/2 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil biji ketumbar

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumis pes kari hijau dan rempah biji tadi hingga naik bau.
2. Masukkan santan dan biarkan reneh dalam api sederhana. Masuk ayam dan terung thai/pipit dan biarkan mendidih.
3. Selepas 10 minit, masukkan sos thai, gula, daun limau purut, cili hijau.
4. Akhir sekali perasakan dan tabur daun selasih.

  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. Banyak ni resepi dari chef wan. Boleh bookmark ni. Selalu blur tak tau nak masak apa hihi

    ReplyDelete
  2. gituu banyak resepi. weekend boleh kot buat. tp mek prefer beli drp buat. hukhuk

    ReplyDelete
  3. gituu banyak resepi. weekend boleh kot buat. tp mek prefer beli drp buat. hukhuk

    ReplyDelete