JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA BAGI KAWASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

By Mrs Liez - 6:19 PM


Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Kawasan Wilayah Persekutuan | Esok 1 Ramadhan dan bermula hari untuk kita berpuasa selama sebulan. Alhamdulillah kita dipertemukan sekali lagi dengan bulan ramadhan al-mubarak.

PUASA bulan Ramadan adalah salah satu rukun Islam. Setiap detik sepanjang bulan Ramadan adalah sebaik-baik masa dan sebaik-baik hari di atas muka bumi ini. Allah telah memberikan kelebihan yang banyak kepada bulan Ramadan berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

Rasulullah S.A.W bersabda yang ertinya : “Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadan diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pinta syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu.

Penyeru pun menyeru: “Wahai orang yang mengharapkan kebaikan! Terimalah. Wahai orang yang mengharapkan kejahatan! Brhentilah, dan (yang ikhlas) kerana Allah dibebaskan daripada api neraka dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam Ramadhan”. - (Riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Hadis ini menerangkan beberapa keistimewaan bulan Ramadan, antaranya akan dibuka semua pintu syurga untuk menerima amalan-amalan soleh yang begitu banyak yang dilakukan oleh orang mukmin pada bulan ini.

SUMBER: http://muftiwp.gov.my
KLIK JADUAL UNTUK INSTALL JADUAL INI
SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA UMAT ISLAM SELURUH DUNIA

  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. Thanks for sharing sis :)
    Ika datang singgah sini :)
    https://ikashoid.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. Terima kasih liez, boleh buat rujukan ni

    ReplyDelete
  3. Baru zohor tapi dah rasa macam nak maghrib. Haha. Ramadan Kareem liez.

    ReplyDelete