JAKEL SHAH ALAM TAWAR 1000 HELAI BAJU MELAYU PERCUMA SEMPENA JAKEL BARULAH RAYA

By Mrs Liez - 4:11 PM



JAKEL SHAH ALAM TAWAR 1000 HELAI BAJU MELAYU PERCUMA SEMPENA JAKEL BARULAH RAYA | Korang dah siap tempah baju untuk hari raya nanti? ALHAMDULILLAH. Tapi pada yang belum lagi, jangan menangis tepi bucu katil tau. Sebabnya korang boleh dapatkan koleksi pakaian yang cantik dan terkini di Jakel. Ok settled masalah!
JAKEL SHAH ALAM TAWAR 1000 HELAI BAJU MELAYU PERCUMA SEMPENA JAKEL BARULAH RAYA
Sekali lagi, Pusat tekstil terkemuka, Jakel mengadakan jualan dan lelongan serendah 85% sempena hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi. Liez berpeluang bersama-sama memeriahkan lagi kempen Jakel Barulah Raya di Jakel Shah Alam pada hari ahad yang lepas. Jakel Shah Alam merupakan destinasi kedua dalam mempromosikan koleksi pakaian raya dari duta-duta selebriti seperti Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Al Yahya & Lara Alana (Schawalara),Hanis Zalikha, Hairul Azreen & Yusuff Iskandar dan juga Harith Iskander serta watak kartun popular, Upin dan Ipin. Ini adalah salah satu acara wajib dalam kalendar Jakel. 
JAKEL SHAH ALAM TAWAR 1000 HELAI BAJU MELAYU PERCUMA SEMPENA JAKEL BARULAH RAYA
Bestnya kempen Jakel Barulah Raya ini di Jakel Shah Alam adanya sesi lelongan jualan "Happy Hour" dimana Duta selebriti akan menjual sendiri koleksi pakaian diaorg dengan harga runtuh. Liez memang layan sesi lelongan ni. Memang murah! Dan lagi menarik 1000 helai baju melayu PERCUMA untuk pelanggan terawal datang ke Jakel. 


Ehhh..ada lagi tawaran hebat! PERCUMA kain ela bercorak dengan setiap pembelian baju melayu pun ada. Semua yang ditawarkan oleh Jakel adalah dari koleksi terkini tau~
Dalam kegembiraan ini, Jakel Shah Alam tidak melupakan kepada mereka yang memerlukan. Jakel menyumbangkan RM5,000 kepada Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR).
JAKEL SHAH ALAM TAWAR 1000 HELAI BAJU MELAYU PERCUMA SEMPENA JAKEL BARULAH RAYA
Koleksi Baju Melayu
Ada beberapa koleksi baju melayu yang mewakili beberapa duta selebriti iaitu Aaron Aziz, Nabil Ahmad dan Awal Ashaari. Koleksi baju melayu Aaron Aziz adalah untuk mereka yang mementingkan kekemasan dan fabrik bermutu tinggi. Didatangkan dengan beberapa warna pilihan tahun ini antaranya warna hijau burung merak atau teal green.

Nak baju melayu lebih moden, boleh dapatkan koleksi baju melayu Nabil Ahmad dan Awal Ashaari. Ok yang ini memang sangat sesuai untuk lelaki muda yang nak nampak lebih stylo dengan potongan slim-fit. Nampak lebih ranggi walaupun berbaju tradisional. Dengan warna-warna yang bakalhot iaitu merah hati atau maroon dan biru laut atau navy blue.

Jangan risau bagi yang bersaiz plus size, korang jangan sedih k~ ada koleksi baju Melayu Harith Iskander yang sesuai untuk mereka yang berbadan besar. Banyak warna yang boleh dipilih dan yang bakal menjadi pilihan adalah warna yellow buttercup. 

Koleksi Kurta
Kurta ini adalah dibawah label Hairul Azreen. Ia adalah diperbuat dari fabrik cotton bermutu tinggi untuk memastikan pemakai selesa. Selain itu, rekaan kurta ini sangat mementingkan kekemasanpada leher dan bahu serta detailing yang lengkap di poketdan memiliki butang disisi lengan. Kira wudhuk friendly.

Untuk baju kurung pula, koleksi Ayda Jebat tidak kurang hebatnya. Dengan fesyen kurung moden, setiap rekaan adalah ekskusif sangat sesuai untuk gadis-gadis remaja dan wanita berkerjaya. Setiap design menggunakan fabrik dengan motif corak printed terkini .

Bagi yang suka persalinan sedondon, di Jakel juga ada menyediakan 2 koleksi terlaris iaitu Koleksi Schawalara dan Koleksi Hanis, Hairul, Yusuf. Kedua-dua koleksi pakaian ini memiliki kelainan dari segi detailing dan juga potongan baju. 

Dalam koleksi ini juga da menyediakan pakaian untuk kanak-kanak dari koleksi Lara AAlana dan Yusuff Iskandar. Jangan risau kerana koleksi kanak-kanak perempuan dan lelaki ini memfokuskan kepada keselesaan untuk si kecil disamping menceriakan.

Label Upin dan Ipin juga menjadi antara yang terlaris kerana design adalah yang terkini danmemiliki pelbagai jenis warna. Dengan harga yang murah, setiap pembelian baju melayu Upin dan Ipin akan diberikan kain sampindan butang baju melayu secara PERCUMA

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki koleksi pakaian selebriti kesukaan korang dengan harga serendah RM89 dan pada Liez cukup murah dan cukup berbaloi. Dan yang lebih menariknya, Jakel telah bekerjasama dengan Boost untukk membantu para pelanggannya untuk membuat pembayaran melalui online disamping megumpul mata ganjaran.
JAKEL SHAH ALAM TAWAR 1000 HELAI BAJU MELAYU PERCUMA SEMPENA JAKEL BARULAH RAYA
Untuk maklumat lebih lanjut, boleh follow media sosial Jakel Shah Alam seperti berikut:


Facebook

Instagram

" Ingat Kain,Ingat Jakel "
#jakelbarulahraya
#ingatRAYAingatjakel

  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. meriah sungguh lelongan kat Jakel tu kan...

    Ingat Kain,Ingat Jakel "
    #jakelbarulahraya
    #ingatRAYAingatjakel

    ReplyDelete
  2. Harga yang sgt berpatutan, kualiti dan kekemasan baju amat cantik hanya di Jakel

    ReplyDelete
  3. Meriahnya hari lelongan tu kan kak liez. Baju pun banyak pilihan dan warna. Baru nak nangis tepi bucu katil tau sebab tak sempat nak tempah baju hihi

    ReplyDelete
  4. Suka tengok koleksi baju melayu awal dan hairul azreen tu.. Kemass

    ReplyDelete
  5. Last year ana sekeluarga sedondon pakai baju jakel. Tahun ni pun sama rasanya. Senang beli kat jakel. Banyak pilihan.

    ReplyDelete