Jom Berbuka Puasa Di Makan Culture, Aeon Big Wangsa Maju

By Mrs Liez - 4:16 PM

Jom Berbuka Puasa Di Makan Culture, Aeon Big Wangsa Maju
Jom Berbuka Puasa Di Makan Culture, Aeon Big Wangsa Maju | Jom makan sedap! haa bab makan serahkan pada Liez ye.  Baru-baru ni Liez ke Makan Culture by Sakura Kristal di Aeon Big, Wangsa Maju. Mesti ada yang tahu Sakura Kristal kan? Makan Culture adalah franchise yang bermula pada tahun 2015 yang memperkenalkan makanan Asian -fusion dengan konsep kafe.


MAKAN CULTURE BY SAKURA KRISTAL

Sempena bulan ramadhan ini, Makan Culture by Sakura Kristal memperkenalkan set menu berbuka puasa dengan harga yang berpatutan dan yang lagi penting rasanya yang sedap.
Jom Berbuka Puasa Di Makan Culture, Aeon Big Wangsa Maju
Bagi yang berbuka puasa dan ingin menikmati menu secara individu boleh mencuba Nasi seleksi makanan Nasi Ayam XL. Pelanggan boleh memilih antara Nasi ayam XL Ayam goreng atau Nasi Ayam XL Rendang ayam.


Hidangan disajikan bersama dengan ayam rendang atau ayam goreng ranggup bersama segelas air bandung cincau. Perrgghhh~korang mesti cuba ayam goreng ranggup yang pada Liez sangat sedap. Ayam yang ranggup di luar dan isi yang lembut. Rendang ayamnya cukup rasa dan yang penting saiz ayam besar dan berbaloi.

Bagi yang datang berkeluarga pula, boleh cuba 2 set makanan yang bagi Liez sangat berbaloi dan puas makan.



Set A RM170 (sesuai untuk 6 orang)
Nasi putih
Crispy Egg Floss Prawns (10pcs)
Special Claypot Seafood Curry OR Tomyum soup
Buttermilk chicken
Sweet & Sour Fish fillet
Mixed Vege with Beancurd
1 Jar Sparkling Limau Kasturi (1x refill)

Set B RM270 (sesuai untuk 6 orang)
Nasi putih
Crispy Siakap Sweet & Sour sauce
Crispy Egg Floss Prawns (10pcs)
Special Claypot Seafood Curry OR Tomyum soup
Buttermilk chicken
Stir fried beef & Ginger
Mixed Vege with Beancurd
1 Jar Sparkling Limau Kasturi (1x refill)

Terliur tak tengok semua menu tu? Liez dapat rasa semua menu tu memang berpuas hati. Kalau korang nak cuba menu lain pun takde hal. Banyak menu yang ditawarkan di sini antaranya Nasi Volcano, Buttermilk Spaghetti ayam goreng, Burger banjir, Mantao dengan Buttermilk chicken dan banyak lagi. 







Minuman juga ada bermacam dari minuman sejuk dan panas. Boleh lah korang cuba Triple chocolate yang dihidangkan dengan brownie, Teh tarik Leleh dan Cookies and Cream.

Credit to Ana Suhana
Credit to Ana Suhana
Credit to Ana Suhana
Credit to Ana Suhana
Korang jangan lupa masukkan Makan Culture by Sakura Kristal dalam list tempat berbuka puasa. Makanan sedap dan harga berpatutan. Bukan saja suasana kafe yang relax dan cool, servis juga sangat cepat dan mesra.

Makan Culture
Lot G-05, Aeon Big Wangsa Maju
6 Jalan 8/27A, Seksyen5
53300 Wangsa Maju, KL

Facebook:

Instagram:

  • Share:

You Might Also Like

28 comments

  1. alahai..tgk gambar pun sdap/..:)

    ReplyDelete
  2. wow di datangi dgn set..menarik pulak setiap set tu..airnya sangat marvelouss...

    ReplyDelete
  3. luqman pernah singgah dulu kat kedai ini..memang makanan semua nampak sedap2..tak tau plak dorang pon ada pakej untuk buka puasa..insyaallah kalau ada masa nak try hehe

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap sangat ni, macam mana nak diet kalau tgk makanan cm ni...😅

    ReplyDelete
  5. Dh ada set ramadan ye. Best ni. Boleh lah terjah nanti sebab semua makanan dekat sini dah confirm sedap.

    ReplyDelete
  6. Suka ada pilihan set macam ni, senang sikit 😍

    Meriah portion nya

    ReplyDelete
  7. Semua nampak sedap. Kecur ailio dibuatnya. Harga untuk Set A tu pon menarik juga sebab ada lima hidangan.

    ReplyDelete
  8. Bila ada set set macam tu rasa macam berbaloi tengok makanan dia pun semua nampak sedap.laparrr

    ReplyDelete
  9. Nampak menyelerakan. Untuk mereka yang berdekatan boleh la cuba. Kalau yang jauh ni maybe leh terjah weekend nanti. Kalau datang ramai beli set memang menguntungkan sebab banyak juga pilihan menu tu.

    ReplyDelete
  10. Crispy egg floss prawn. Omg, nampak sedap gila kot. Dah dekat dengan area rumah. Nanti nak try la sekali makan kat sini. Ajak member sekali.

    ReplyDelete
  11. Wow menu ramadhan dia sangat merujakan. Nampak menarikdan sedapnya. Senang bila dia buat set2 mkn utk beberapa org. Senang kita nk pilih package yg disediakan. Gambar2 liez cantik dan tertarik la akak.

    ReplyDelete
  12. nampak sdap! baguslah macam ni sebab ada set untuk sorang ataupun lebih. restoran lain patut praktikkan mcm ni

    ReplyDelete
  13. menarik gak pakej-pakej kt sini..harga pun boleh tahan..tapi yang gmbr air last skali tu, macam manis gilerr je

    ReplyDelete
  14. homaigaddd air diebetes tu sedap x hengattt...ni kalau datang soping time bulan posa bolehlah berbuka sekali..alang2 kan...banyak pilihan makanan pulak tu..mmg terbaikla

    ReplyDelete
  15. Dekat gak ngan rumah Nina ni. .. Terliur nengoknya semua menu² tu. Air dia sangat mengancam! Nasib baik belum mula puasa. Hahah

    ReplyDelete
  16. Alahai sedapnya semua tu kak liez. Terutama air dia tu meleleh tu. Meleleh juga air liur ni ha..nasib la tak pregnamt kalau tak mau mengidam ni haha

    ReplyDelete
  17. Ya Allah terliur sungguh melihat menu2 yang disajikan di Makan Culture nie yer. Walaupun ianya menu2 biasa yg kita nampak di warung2 tepi jalan, tp di sini nampak menu itu lebih menggiurkan. Okay sekarang jugak sy nk pi terjah !

    ReplyDelete
  18. Tengok gambar dah terliur belum lagi makan. Sedapnya menu2 kat sini, Nasi Ayam tu mengancam sangat. Minuman pun deko jadi menarik.

    ReplyDelete
  19. Berbuka puasa dekat AEON pun ada. Selalu tempat yang paling ruby avoid berbuka puasa di shopping mall. Sebab selalu full je booking. Haha. Tapi sekarang dah ada macam2 info menu berbuka. Nanti ruby nak cuba di makan culture ni. Hehe

    ReplyDelete
  20. I saw a few people sharing nice and tempting food at Makan Culture. Feature local and international cuisine at reasonable price.

    ReplyDelete
  21. Sedap kan pilihan makanan kat sini, harus Kak Sue pergi makan sini lagi lain kali..

    ReplyDelete
  22. The food looks good and the price I would say is rather reasonable...but I will definitely go just to try those drinks..all looks so fancy..hahaha

    ReplyDelete
  23. Their Buttermilk Chicken look so tempting and price also quite reasonable. Can try it out too.

    ReplyDelete
  24. Cocok sekali tempatnya tuk berbuka puasa,saya suka.

    ReplyDelete
  25. gelas yg comel dan kreatif membuatkan rasa sedap jer nak menghirup air2 sejuk tu. char kuew tiaw tu memang nampak menyelerakan! thank you sharing this~! boleh try nanti.

    ReplyDelete