LOVERA MAGIC JELLY GEL PELBAGAI GUNA

LOVERA MAGIC JELLY GEL PELBAGAI GUNA
Lovera Magic Jelly Gel Pelbagai Guna | Liez nak story tentang satu produk yang sangat berguna, kiranya dengan satu produk bolehdigunakan untuk pelbagai guna. Mesti ramai yang pernah dengar produk Lovera Magic Jelly kan? Magic jelly dalam botol kecil tapi pelbagai guna tak kira dewasa atau kanak-kanak.

LOVERA MAGIC JELLY GEL
Gel yang dihasilkan dari Aloe Vera yang memang sangat bagus untuk kulit. Selain itu, ia mengandungi timun, Chamomile dan Jicama. Tekstur Lovera Magic Jelly berwarna jernih dan wangi je baunya. Yang penting bila disapukan,ia tidak melekit dan serap terus ke dalam kulit.
LOVERA MAGIC JELLY GEL KECANTIKAN PELBAGAI GUNA
KEBAIKAN MAGIC JELLY GEL
Rupanya banyak betul kebaikan. Nampak je kecil tapi bak kata pepatah "kecil-kecil cili api". Pertama kali Liez sapukan pada kulit yang kering seperti di siku dan lutut, gelnya cepat meresap dan tidak melekit. Penggunaan pun mudah, hanya picit sedikit Lovera Magic Jelly dansapukan pada kulit yang bermasalah.
LOVERA MAGIC JELLY GEL KECANTIKAN PELBAGAI GUNA
Untuk Kulit:
- merawat dan mengecutkan jerawat secara cepat
- anti kedutan
- mengecilkan liang roma
- membantu mengurangkan parut lama
- merawat Enzema
- sebagai pelindung cahaya matahari dan mengurangkan kesan terbakar
- sebagai pelembap kulit dan wajah
- sebagai makeup base dan makeup remover
- menghilangkan ruam pada bayi

Selain kulit, Lovera Magic Jelly boleh digunakan pada rambut. Sama je cara penggunaan, hanya sapukan pada kulit kepala atau pada rambut selepas mandi. Kemudian sikat atau urut secara perlahan supaya gel meresap dengan rata. Rambut akan bertambah lembut dan sihat!

Untuk rambut:
- mengurangkan kelemumur
- melembutkan rambut dari akar
- digunakan sebagai serum rambut
- membantu melebatkan rambut

Lovera Magic Jelly juga boleh disapukan pada bibir yang kering dan merekah dan kulit tumit yang kering tetapi boleh disapukan pada bulu mata untuk membantu bulumata tumbuh lebih lebat. Yesssss~ memang sesuai sangat untuk Liez yang mempunyai bulu mata pendek ni.

Korang jangan risau, Lovera Magic Jelly ini telah mendapat pengesahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bermakna tiada Paraben, tiada bahan kimia terlarang, tiada pewarna tiruan, tiada mercury dan steroid. Lebih penting, ia mendapat pengiktirafan HALAL yang disahkan oleh JAKIM. So boleh digunakan tanpa was-was.






Jadi korang boleh dapatkan Lovera Magic Jelly ini yang dijual dengan harga RM70/botol (60ml). Untuk maklumat lanjut, boleh layari seperti dibawah:


Lovera Malaysia
Tingkat 10, Plaza Azalea,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam, 
Selangor Darul Ehsan
Tel: 011-32348255

Website

Facebook

Instagram

Post a Comment

21 Comments

  1. Semakin flawless Mrs Liez.. First time LZ tahu tentang Lovera Magic Jelly ni.. LZ suka dengan product pelbagai guna spt ini sebab mudah, all in one..

    ReplyDelete
  2. SA memang ada aagic jelly ni dan SA jadikan based mekap SA..best..sejuk dan buat kulit muka kita halus disamping memperbaiki struktur kulit..boleh digunakan untuk kegunaan luar seperti terkena minyak panas...

    ReplyDelete
  3. Ada Lovera Magic Jelly nih juga n guna. Memang bagus. Saya guna sebagai base mekap. Memang mekap tahan lama. Suka sangat. Rasanya tak lah melekit pada muka kan. Kalau melecur sapu lovera nih kejap je eloknya

    ReplyDelete
  4. Wahhh semakin flawless lah lepas ni! Dari testimoni tu nampak meyakinkan. Baguslah produk macam ni! Yang penting sekali selesa dan sesuai pada kulit. Khasiat dan manfaatnya pun banyak tu.

    ReplyDelete
  5. Pertama kali dengar pasal produk ni. Nampak berminat bila kata boleh kecutkan jerawat, memang cari ubat utk kecutkan jerawat untuk anak dara sis ni, penuh pulak muka dia dengan jerawat, macam-macam guna dah, nanti bolehlah try yang ni pulak. Lagipun boleh guna untuk macam-macam kan, so mak dia boleh share guna..hehehe

    ReplyDelete
  6. Bonde tak pernah try lagi magic jelly gel ni, tapi baca dari review testimoni memang rasa nak cuba! Bonde ni lasak juga suka join aktiviti dekat pantai, baca magic jelly gel boleh digunakan sebagai pelindung cahaya matahari dan mengurangkan kesan terbakar ni yang Bonde suka!
    bila pakai kulit jadi lembap.

    ReplyDelete
  7. menggunakan aloe vera tu bagus tuk kulit.. suka produk2 camni.. natural

    ReplyDelete
  8. Kita ada terbaca tentang khasiat alovera ni dan bila ada produk macam ni lagi mudah nak kita gunakan tak perlu nak kerat batang alovera kan. Lebih yakin dan lebih selamat....

    ReplyDelete
  9. Banyak dah review positif tentang lovera magic ni. Sangat menarik. Nanti nak kena ada juga untuk simpanan. Nampak semua best guna

    ReplyDelete
  10. Banyak betul komen2 positive tentang Lovera magic ni. Ika tengah survey tapi macam nak try juga ni. Tak salah Ika ingredient alovera boleh pulihkan parut jerawat kan?

    ReplyDelete
  11. pernah pakai produk ini satu masa dulu. memang best.sejuk jer kat muka. lagi satu ianya efisien untuk menghilangkan parut..ramai dah guna memang ada bagi postif respon.

    ReplyDelete
  12. Bagusnya lovera magic jelly nie yer. Pelbagai kegunaan dia. Tekstur pula nampak bagis. Xberminyak dan mudah meresap ke kulit. Bagus juga nie utk mereka yang ada masalah rambut. Nanti sy syorkan kpd mereka ya

    ReplyDelete
  13. I've used this product before, it's really useful and I love that in came in a pump so we don't contaminate it with our fingers.

    ReplyDelete
  14. Emi sendiri pun pernah guna lovera ni. Best je bila sapu kat kulit, rasa sejuk. Kadang2 klu kulit ada rashes pun emi sapu lovera nu, rasa lega sikit

    ReplyDelete
  15. Suka dengan produk organik yang natural macam ni. Memang tengah mencari produk natural moisturizer untuk badan.

    ReplyDelete
  16. The lovera magic Jelly is a good product I not only help to moisture our skin but help for inflammation or red skin. I love the nice smell of the Aloe Vera.

    ReplyDelete
  17. Kita punya kulit pun selalu kering walaupun banyak air diminum setiap hari... bibir jangan cakap la.. Boleh kot guna produk nie time bulan pose nanti

    ReplyDelete
  18. Bella suka produk yang ada Aloe Vera sebab kulit Bella ni senang sunburn - walaupun kalau duduk kat luar sekejap je. Produk yang ada Aloe Vera cepat je bantu atasi masalah kulit terutama kalau sunburned atau terlalu kering. Suka sangat!

    ReplyDelete
  19. Teringaat zaman sekolah dulu, gigih pergi ambil pokok aloevera, then potong ngan pisau. Kikis aloevera dan sapu kat muka, hahaha.

    Sekarang mudah, beli je yang dah siap. Settle! Seriously suka guna produk aloevera. Rasa sejuk je kulit muka.

    ReplyDelete
  20. Lovera ni memang bagus. Ruby guna selepas main panas. Kadang kejap je kulit sunburned. Kemudian ruby pakai waktu malam untuk jadi kan mask. Kulit Asia memang sesuai dengan Aloe Vera. Tak perlu cari produk lain. Guna aloe Vera. Mesti kulit sihat dan lembab.

    ReplyDelete