Menangi Rumah Impian Anda dan Hadiah Bernilai Lebih RM1.5 Juta Sepanjang Kempen Cahaya Raya Shopee

By Mrs Liez - 1:44 AM


Dia datang lagi~ Yessss, kali ni Shopee melancarkan melancarkan Kempen Cahaya Raya yang menawarkan pelbagai hadiah bernilai lebih RM1.5 juta termasuk sebuah Rumah Impian bernilai RM350,000, sebuah Honda HRV bernilai RM100,000 dan sebuah Volkswagen Polo bernilai RM80,000 untuk pemenang bertuah permainan dalam aplikasi Ketupat Raya, satu usahasama dengan Visa.Kempen ini akan berlangsung dari 3 Mei hingga 17 Jun akan menawarkan plebagai barangan eksklusif ke atas lebih 100,000 produk dengan potongan harga sehingga 90%.

Shopee telah menjalankan satu kaji selidik pra-Raya dari 2 hingga 9 April untuk mendalami tabiat membeli-belah rakyat Malaysia dalam membuat persiapan sempena musim Hari Raya. Hampir 140,000 orang pengguna dari seluruh Malaysia telah mengambil bahagian dalam kaji selidik tersebut.

● Kaji selidik tersebut mendapati, 85% peserta adalah golongan belia berusia bawah 35 tahun yang merupakan pengguna tegar e-dagang.

● Jumlah responden tertinggi merupakan dari negeri Selangor, dengan rekod lebih 20% daripada jumlah keseluruhan peserta.

● Penduduk dari Sabah dan Sarawak mencatatkan jumlah 20% daripada peserta kaji selidik ini dan mereka mendapati membeli-belah secara dalam talian adalah lebih mudah di samping menawarkan pilihan pelbagai jenis produk

● 80% responden membuat persiapan sempena Hari Raya kira-kira sebulan sebelum bulan Ramadan

● Kira-kira 90% daripada jumlah peserta membeli-belah secara dalam talian secara kerap, sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan

● 95% responden lebih gemar membeli-belah secara dalam talian kerana tawaran harga dan promosi yang dilancarkan

● Selain itu, faktor lain seperti kemudahan, variasi produk dan insentif lain termasuk penghantaran percuma dan komisyen sifar serta platform bayaran yang selamat juga memainkan peranan - semuanya boleh didapati di Shopee!

● Menariknya, 5 kategori pilihan golongan wanita sempena Hari Raya termasuklah Pakaian Lelaki (yang merupakan kategori pilihan utama, mengatasi Pakaian Wanita dan Beg & Dompet Wanita) dan Kasut Lelaki.

● Bagi golongan lelaki pula, 5 kategori pilihan mereka termasuklah Pakaian Lelaki, Aksesori, Kasut Lelaki, Beg & Dompet Lelaki dan Fesyen Muslim.

● Lebih daripada 40% responden membelanjakan lebih daripada RM200 setiap orang untuk membuat persiapan sempena Hari Raya

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.
“Kami merancang Kempen Cahaya Raya kami berdasarkan hasil kaji selidik tersebut. Pengguna Shopee pasti ternanti-nanti akan lebih 100,000 produk yang ditawarkan dengan potongan harga sehingga 90% dari pelbagai kategori seperi Fesyen, Kesihatan dan Kecantikan, Perhiasan Rumah dan Ruang Tamu dan banyak lagi. Bersesuaian dengan konsep balik kampung sempena Hari Raya untuk sambutan bersama keluarga dan insan tersayang, kami ingin menghadiahkan sebuah Rumah Impian dan dua buah kereta sebagai kejutan sempena kempen ini. Kami berharap, kejutan ini ibarat sebuah impian menjadi kenyataan bagi pemenang bertuah kami,” 

Ng Kong Boon, Ketua Pasaran Malaysia Visa
“Sejajar dengan perkembangan teknologi yang diintegrasikan dalam gaya hidup rakyat Malaysia, mereka mula mengubah tabiat membeli-belah dari luar talian ke dalam talian. Berdasarkan pada data VisaNet, perbelanjaan menerusi e-dagang dalam kalangan pengguna telah meningkat sebanyak dua kali ganda berbanding transaksi secara bersemuka. Sepanjang musim perayaan ini, kami berpegang teguh pada usahasama kukuh dengan jenama seperti Shopee untuk memberi lebih manfaat kepada rakyat Malaysia dan kami komited untuk mengembangkan industri bayaran secara elektronik
di Malaysia,” 

Shopee turut bekerjasama dengan jenama terkemuka seperti Nestle, XES Shoes, honor Malaysia, Maybelline, Watsons, ASUS, Petpet, Universal Traveller, Russell Taylors, Dettol dan banyak lagi untuk menawarkan pelbagai jualan hebat sepanjang waktu kemuncak Kempen Cahaya Raya dari 3 hingga 6 Mei dan dari 24 hingga 27 Mei. 
Sepanjang kempen ini, pengguna Shopee juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik seperti Syiling Shopee, baucar, televisyen, seterika mudah alih, pengering rambut dan lain-lain yang bakal memeriahkan lagi sambutan Raya kali ini. 

Pada masa yang sama, pengguna juga boleh menikmati tawaran dan promosi hebat tanpa had dari semua kategori yang membariskan lebih 60 jenama terkenal termasuk Fesyen dan Aksesori Wanita dan Lelaki, Kesihatan dan Kecantikan, dan jualan kilat Shocking Sale akan dilancarkan 5 kali sehari. 

Bermula 19 April, anda boleh meninjau sendiri antara koleksi daripada Kempen Cahaya
Raya akan datang, layari:https://shopee.com.my/m/shopee-cahaya- raya

  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. Waaaa best2..hehe.. tq liez..

    ReplyDelete
  2. Wow seronoknya sambil shopping berpeluang menang hadiah dalam kempen Cahaya Raya..
    LZ sukaaaaaa sangat shopping di Shopee..
    Banyak pilihan di samping harga pun berpatutan.
    All the best to you Mrs Liez..

    ReplyDelete
  3. shopee tak pernah tak best offer dia

    ReplyDelete