NICSMANN 1940s BY LEWRE'S KINI DI KOTA KERIANGAN GENTING HIGHLANDS

Ada yang merancang nak bercuti atau berjalan - jalan di Genting Highlands nanti? Liez ada berita gembira nak share dengan korang.
NICSMANN 1940s BY LEWRE'S KINI DI KOTA KERIANGAN GENTING HIGHLANDS
Restoran Nicsmann 1940s by Lewré’s kini membuka cawangan terbarunya di Kota Keriangan Genting Highlands tidak lama lagi. Nicsmann 1940s by Lewré’s yang juga berada di TREC Kuala Lumpur dan di The Starling Mall Damanasara Uptown berkonsepkan restoran dan lounge yang menghidangkan Fine Dining Cuisine.

Uniknya Nicsmann 1940s by Lewre's Sky Avenue Genting Highlands ini kerana ia merupakan restoran dua tingkat yang menawarkan satu pengalaman luar biasa menikmati hidangan dengan cuaca yang sejuk dan memiliki ruang lubang api untuk yang ingin memanaskan badan di tingkat bawah. Perggh~ memang menarik dan lain dari yang lain kan? 
NICSMANN 1940s BY LEWRE'S KINI DI KOTA KERIANGAN GENTING HIGHLANDS
Untuk tingkat atas pula dipanggil Nicsmann rooftop dibina sebuah bar hiburan yang menempatkan permainan dart, pool tables dan banyak lagi disamping boleh menikmati panorama di balkoni terbuka.

Kalau makan di Nicsmann 1940s by Lewre's korang akan dihiburkan dengan persembahan secara Live. Korang juga boleh membuat tempahan tempat untuk buat majlis seperti parti hari jadi, Ulangtahun perkahwinan ke atau majlis secara kecil kecilan disini.
NICSMANN 1940s BY LEWRE'S KINI DI KOTA KERIANGAN GENTING HIGHLANDS
Bagi yang pernah mencuba menu-menu di Nicsmann 1940s by Lewré’s mesti korang tahu yang mereka sangat terkenal dengan hidangan terkenal antaranya iaitu Parmigiano Reggiano Cheese Wheel Pasta dan Squid Ink Pasta. Crispy Rendang ayam pun ada tau!! hihihi~

Jangan lupa ke Nicsmann 1940s by Lewre's bila menjejakkan kaki di Sky Avenue Genting Highlands dan rasai sendiri pengalaman menikmati hidangan enak dan pemandangan yang indah dari paras ketinggian 6,000 kaki.

Untuk tempahan atau keterangan lanjut boleh layari:-

Tel: 
013 359 0443

Facebook: 

Instagram: 

Post a Comment

14 Comments

  1. naik sampai theme park tu memang bertahun2 lamanya x pegi. last pegi F1 2003 kot tapi ke GPO tu adalah sampai. teringin nak pegi sana lagi tapi jiwa haluih penakut naik maciam2..

    ReplyDelete
  2. A good news right. One more option for food when arrive at Genting. I can't wait to try their food at Genting.

    ReplyDelete
  3. Asyik baca pasal this place but never have chance to try this out yet. The menu range really interesting and mouthwatering.

    ReplyDelete
  4. seriously banyak tempat makan best kat atas tu cuma belum ada chances to go up there..banyak yang sedap2 kat situ..ramai yang dah update...

    ReplyDelete
  5. Omputih sangat nama restaurant ni kak liez hihihi. Ingatkan semua menu western. Tapi ada jugak nampak nasi nasi tu. Kira kalau yang wajib makan kena ada nasi tu, no problem lah nak datang sini

    ReplyDelete
  6. Pertama kali dengar nama restoran ni..mesti mewah kan..tengok makanan pun woww sanagt ni. Mesti tempat dia menarik..fuh..kena tengok google ni nak tau ape je ade..dekat mana dia ada

    ReplyDelete
  7. Tak pernah makan lagi di sini. Mungkin kena buka satu di Terengganu. Boleh try sekali-sekala menu baru :)

    ReplyDelete
  8. Kita pun ada plan nak pergi makan kat sini juga nanti sebab kita dah tanya owner mereka punya supplier semua halal hehehehe boleh lah datang Genting next month...

    ReplyDelete
  9. Kat genting mmg byk makanan best2. Pilih je ikut tekak kita..hehehe.
    Nanti kalau naik ke sana..nak jugak cuba makan makanan di sini..nampak sedap jeww

    ReplyDelete
  10. It seems that more and more food outlets coming up, up there in the sky. I should make my way up there soon too.

    ReplyDelete
  11. Bestnya genting sekarang macam2 ada. Tapi food kat sini nanpak sedap giler. Ni yang tak sabar nak naik genting hehhehe

    ReplyDelete
  12. Lamanya tak ke sana. Last AS pergi masa tahun 2011. Kahwin pun tidak lagi.ahaks. Lepasni kakau dah siap renovation dan theme park tu dah completely open memang bak bawa anak'anak pulak naik ke sana

    ReplyDelete
  13. Menarik menu dan suasana yang ditawarkan..

    ReplyDelete
  14. Wow now they have a new branch in Genting Highlands too. I like their ambience and also food too.

    ReplyDelete