HOME2STAY BANDAR SERI JEMPOL PILIHAN BIJAK BAGI YANG MENCARI KESELESAAN

By Mrs Liez - 8:30 AM

HOME2STAY BANDAR SERI JEMPOL PILIHAN BIJAK BAGI YANG MENCARI KESELESAAN | Apa yang best dekat Jempol Negeri Sembilan ni?? hmmm~ Liez pun tak sempat nak discover tapi hari minggu lepas Liez ke Jempol untuk menghantar adik ipar Liez ke PULAPOL Air Hitam (dulu dikenali sebagai PULAPAH)

HOME2STAY BANDAR SERI JEMPOL PILIHAN BIJAK BAGI YANG MENCARI KESELESAAN
Akhirnya, adik ipar Liez berjaya masuk dan cita-cita dia untuk menjadi pegawai polis tercapai. So kami ke Jempol untuk teman adik Liez menghantar wifenya ke sana. Disebabkan Liez ke sana bawa 1 'bas' hahaha~ jadi penginapan yang sesuai adalah homestay. Ehhh sebenarnya datang 7 dewasa dan 3 kanak-kanak je hihihi~. Adik Liez dah booking sebulan awal di HOME2STAY BANDAR SERI JEMPOL

HOME2STAY ini adalah rumah SEMI-D yang terletak di Taman Serting Perdana, Bandar Seri Jempol Negeri Sembilan. Senang nak cari sebab lokasi homestay ni sebab ia terletak berhampiran dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), pejabat kerajaan, Hospital Jempol dan masjid.  Kalau hendak ke PULAPOL Air Hitam yang jarakkan hanya 15 minit sahaja.
HOME2STAY BANDAR SERI JEMPOL PILIHAN BIJAK BAGI YANG MENCARI KESELESAAN
Perjalanan dari Seremban ke Jempol, memang banyak yang uolls boleh jumpa sepanjang perjalanan ke sana. uolls akan nampak penduduk berniaga itik salai, daging salai, ikan sembilang, durian dan buah-buahan. Sekarang pula musim durian kan so sepanjang jalan ternampak la orang jual durian. Kami pun jadi jakun la sebab hantu durian..oppsss berbalik pada cerita homestay lahh~
HOME2STAY BANDAR SERI JEMPOL PILIHAN BIJAK BAGI YANG MENCARI KESELESAAN
Setiba di HOME2STAY, memang best sangat. Rumah yang besar dengan ruang tamu luas. TV dengan Njoi pun ada. Lagi best, ada WIFI guys!!! Lajuuuuu ~ hihihi 
HOME2STAY BANDAR SERI JEMPOL PILIHAN BIJAK BAGI YANG MENCARI KESELESAAN
Mempunyai 4 bilik yang pada Liez boleh memuatkan 9 orang. Tapi sebenarnya boleh memuatkan maksimum 16 orang kerana di Home2stay Bandar Seri Jempol ini meyediakan tambahan tilam dan bantal. 3 bilik utama disediakan penghawa dingin dan 1 bilik single disediakan kipas. Selain itu disediakan seterika juga.
HOME2STAY BANDAR SERI JEMPOL PILIHAN BIJAK BAGI YANG MENCARI KESELESAAN
Ruang dapur juga luas dan kelengkapan seperti machine basuh, microwave, dapur memasak, peti sejuk, cerek air dan periuk nasi juga tersedia. So uolls tak perlu risau dan tak perlu usung semua tu. Tandas ada 2, satu di dalam bilik utama dan satu di dapur. So takkanada masalah berebut tandas ye..mandi tak kalut hahaha!!

HOME2STAY berhampiran dengan kemudahan pasaraya dan kedai-kedai. Uolls boleh jalan kaki sahaja kalau hendak ke kawasan kedai yang tidak lebih dari 5 minit. Ada kedai makan, kedai runcit, kedai baikpulih kenderaan, kedai tekstil dan banyak lagi. Kira tak perlu risau jika uolls nak mendapatkan barangan keperluan.

Bagi Liez memang sangat-sangat puas hati dengan HOME2STAY dan tuan punya homestay juga sangat ramah,baik dan mudah untuk berurusan. Kalau uolls mencari homestay yang best boleh hubungi details seperti dibawah:


HOME2STAY BANDAR SERI JEMPOL
68 JLN PERDANA 7 
TMN SERTING PERDANA 
72120 BDR SERI JEMPOL
Tel: 019-6285769
Whatsapp: 012-2072581

  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. terbaek.. mmg cantik dan selesa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas komen ..insyaAllah Home2Stay berusaha memberikan yg terbaik utk pelanggan...WhatsApp 0196285769 @ call shj...

      Delete
  2. senang homestay ni kalau yang dah berkeluarga nak stay

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas komen pd blog...insyaAllah keselesaan pelanggan keutamaan kami...Home2stay cuba berikan keselesaan terbaik di Jempol...WhatsApp 0196285769 @ call shj...cikgu Z

    ReplyDelete