RESEPI RENDANG UDANG GALAH MUDAH PILIHAN CHEF WAN

By Mrs Liez - 3:35 PM

RESEPI RENDANG UDANG GALAH MUDAH CHEF WAN | resepi Chef Wan lagi hmmm~ guysss.. memang uolls akan tertarik nak cuba semua resepi dalam buku Chef Wan tu. Liez baru tahun ni cuba resepinya walaupun buku tu dah beli tahun lepas. Sekali rasa resepi Chef Wan memang terus jatuh hati dan nak cuba lagi resepi yang lain.  Bermula tahun ni Liez cuba Ayam Kuzi, peerghhhh tertarik sangat..

Tapi resepi kali ini Liez rasa teruk sangat. TERUK SEDAP weiiii...Yang terkejutnya ini kali pertama Liez cuba resepi Chef Wan yang bahannya sikit dan sekejap untuk dimasak. Kalau uolls tahu, resepi Chef Wan mana ada yang biasa-biasa. Bahan-bahan dia macam terlalu banyak tapiiiiiiiiii yakinlah bahawasanya memang sedap.
RESEPI RENDANG UDANG GALAH MUDAH PILIHAN CHEF WAN
Hari ini Liez cuba pula Rendang Udang galah pulak. Macam biasa Liez beli udang galah viral RM1 tu. Kali ni beli 15 ekor. Niat nak masak untuk makayah kejap lagi sampai. Hari tu beli dan buat sweet sour diaorang tak dapat rasa. Makanya hari ini kita masak lagi.
RESEPI RENDANG UDANG GALAH MUDAH PILIHAN CHEF WAN
Bahan-Bahan:
1kg udang galah
8 ulas bawang merah (hiris nipis)
3 inci halia (hiris nipis)
2 sudu besar cili kisar (tambah jika nak pedas)
3 batang serai (hiris nipis)
2 kotak santan
Garam dan gula
Daun kunyit (hiris)
500ml air
Garam dan gula

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan semua bahan tadi kecuali gula dan garam.
2. Kacau dan biarkan hingga kuah menjadi pekat.
3. Masukkan garam dan gula ikut selera. Tutup api dan hidangkan.

Nota:
1. Kepedasan ikut selera masing-masing.

SELAMAT MENCUBA

  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. Mudah betul cara penyediaannya.. Udang pula memang kesukaan..

    ReplyDelete
  2. Terliur dah SA..nanti nak buat jugak la...

    ReplyDelete
  3. Nampak sedapp, macam susah tapi bila tengok cara buatnya senang je.. aduhh terliur sudah ni.. btw cantik gambar kak liez~

    ReplyDelete