5 CARA PENYIMPANAN DAGING YANG BETUL

By Mrs Liez - 8:30 AM


5 CARA PENYIMPANAN DAGING YANG BETUL | Assalamualaikum dan selamat pagi. Uissshhh lama kan Liez tak update blog. Seperti biasa rutin harian agak sibuk. Laptop pun lama tak on tu. Ini Liez update menggunakan hp sesambil tidurkan anak teruna Liez.

Memandangkan Hari Raya Haji tidak lama lagi dan pasti banyak diantara kita yang akan mendapat daging korban kan? Jadi hari inI Liez nak kongsikan 5 cara penyimpanan daging korban yang betul. Nampak macam remeh tapi sebenarnya cara-cara dibawah sangat berguna tau. Tapi cara-cara i i boleh jugak untuk daging ayam atau makanan yang hendak disejukbekukan.

1. JANGAN CUCI DAGING KORBAN SEBELUM DI SIMPAN
Sebelum disimpan, daging korban tidak perlu dibasuh terlebih dahulu. Sebabnya, jika dicuci guna air paip, kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakkan kualiti daging. Cara yang sepatutnya, cuci daging tersebut bila masa ingin dimasak.

2. JANGAN SIMPAN DAGING DALAM KUANTITI BANYAK KE DALAM FREEZER
Jika dapat daging dalam kuantiti yang banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Tetapi cara yang betul adalah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik atau bekas makan dalam portion yang kecil. Jika hendak masak, ambil satu plastik/bekas , biarkan yg lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.

3. JANGAN TERUS SIMPAN DAGING KE DALAM FREEZER.
Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam chiller sekurang-kurangnya 4 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam freezer. Ini untuk memastikan daging tadi tahan lebih lama kerana perubahan suhu secara mengejut (terus masuk ke freezer)

4. JANGAN CAIRKAN DAGING BEKU DGN MENGUNAKAN AIR PANAS
Ini yang Liez selalu tengok orang buat dan Liez pernah buat suatu masa dahulu. Jika hendak memasak daging beku, jangan mencairkan ais dalam daging beku menggunakan air panas. Cara yang betul adalah meletakkan daging beku di dalam air suhu bilik (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik). Setelah ais daging cair, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia untuk dimasak.

5. ELAK MENYIMPAN DI DALAM PLASTIK HITAM
Jangan simpan daging /makanan dalam plastik warna hitam kerana plastik warna hitam itu adalah hasil dari bahan kitar semula/recycle. Ia mengandungi kanfungan Karsinogen yang dapat menyebabkan sel kanker. Sangat digalakkan menyimpan daging/makanan menggunakan plastik lutsinar atau Zip-lock bag.

  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. info ni mmg diperlukan lagi nk dekat raya haji

    :) thx share

    ReplyDelete
  2. Akak slalu lggr #2 & #3. Lps ni x buat lg, Insyallah. :D

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing, sangat ,membantu ibu- ibu yang adakala keliru atau x pandai nak simpan daging, daging kan boleh simpan lama dalam freezer

    ReplyDelete