RESEPI KACANG POOL ALA HAJI TERKENAL DI LARKIN

By Mrs Liez - 8:30 AM




RESEPI KACANG POOL ALA HAJI TERKENAL DI LARKIN | kalau pasal makan yang rare atau jarang ada di KL ni memang Liez suka sangat nak cuba makan. Dan Liez pula jenis tak tak kisah kalau makanan tu pelik pun Liez akan cuba. Lagi kalau tengok kawan-kawan asyik update je diaorang makan itu ini. Antara makanan yang Liez belum pernah makan ialah Kacang Pool.


Kawan-kawan yang stay di Johor mesti dan selalu makan kacang pool yang viral dipanggil Kacang pool haji di Larkin. Tengok ramai yang review kata sedap dan sedap lah! hihihi Liez pulabilakalapula nak keLarkin hanya semata-mata nak makan kacang pool kan so Liez google resepi kacang pool dan jumparesepi dari blogger masakan favourite Liez Chef Mat Gebu. Apa lagi, Liez pun beli semua barang dan sedia untuk masak.
Kacang Parang Yeo's
BAHAN-BAHANNYA 

1 tin kacang pool, toskan dan ramas hingga hancur

1 tin kecil baked beans

200 gram daging lembu kisar

10 biji bawang merah*

4 ulas bawang putih*

1 inci halia*

1 1/2 camca besar rempah kari daging

1 camca besar ketumbar serbuk

1 kiub daging (optional)

2 cawan air

Garam dan gula secukup rasa

2 camca besar minyak sapi

(*dikisar halus)


BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)

Roti paun atau roti perancis atau roti biasa pun boleh

Telur, di goreng mata kerbau

Bawang besar, didadu

Cili hijau, dihiris

Cili merah, dihiris

Tomato, dididadu

Limau kasturi secukupnya

Minyak sapi cair



CARA MEMBUATNYA 


  1. Satukan bahan kisar halus bersama rempah kari dan ketumbar serbuk, kacau rata, kalau pekat tambah sedikit air. Kacau hingga menjadi pes. Ketepikan. Panaskan minyak sapi, tumis pes rempah tadi hingga harum dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan daging kisar, kacau rata dan masak hingga daging berubah warna. Masukkan air dan kiub daging (jika guna). Bila mendidih, masukkan kacang pool dan baked beans. Kacau rata.
  3. Masak hingga pekat sedikit, tambah garam dan gula secukup rasa, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api (bila sejuk kacang pool akan jadi pekat, jadi anda boleh tambah sedikit air panas jika nak sedikit cair). 
  4. Untuk menghidang, cedok secukupnya kacang pool ke dalam mangkuk sesuai, letak sekeping telur mata kerbau, tabur bawang besar, tomato, hirisan cili merah/hijau dan curahkan sedikit minyak sapi cair atasnya. Perah jus limau kasturi sebelum dihidangkan bersama roti bakar....

  • Share:

You Might Also Like

6 comments

  1. Salam singgah...saya dah follow blog awak..harap sudi follow blog saya balik =)

    http://seronoknyermelukis.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. mat gebu memang sifu blog masakan, nampak macam sedap je.. nice sahring :)

    ReplyDelete
  3. uiii...sedap..tapi kolin tak berapa gemar sangat huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab kacang ke? evenadikipar pun yg org johor x makan..

      Delete