KELEBIHAN LAZY 8 UNTUK PERKEMBANGAN OTAK ANAK-ANAK

By Mrs Liez - 8:30 AM


KELEBIHAN LAZY 8 UNTUK PERKEMBANGAN OTAK ANAK-ANAK | Assalamualaikum korang. Cepat betul dah hari jumaat kan? Cuti lagi 3 hari, minggu lepas 4 hari cuti. Sakan dengan cuti bulan September ni. Anak-anak mesti seronok bila tak payah ke sekolah. Macam Qaseh cukup seronok bila kata cuti lagi hahahah~ tapi dia tak tahu mama dah plan banyak aktiviti untuk dia, bukan asyik main Barbie je. Salah satu aktiviti yang Liez beri pada Qaseh ialah LAZY 8.

LAZY 8 adalah salah satu aktiviti Brain Gym dengan huruf lapan mendatar. Ini antara aktiviti yang membantu mata untuk lebih relax dan membantu meningkatkan koordinasi otak kanan dan kiri. Jika huruf 8 yang dihasilkan besar, ia juga sebenarnya melibatkan pergerakan anggota badan seperti bahu.

KELEBIHAN LAZY 8
  • meningkatkan tahap fokus dan konsentrasi
  • bantu anak berfikir dengan jelas
  • memperbaiki kordinasi mata dan tangan (eye-hand coordination)
  • meningkatkan keupayaan pergerakan mata (gerakan mata dan bukan kepala ketika melihat)
  • meningkatkan daya ingatan
  • meningkatkan kawalan kelajuan dan kelancaran ketika menulis
  • mengimbangi emosi
  • mengingkatkan kemahiran Cross Laterality (crossing the midline of the body, your belly button, connects the right and left hemisphere)
  • membantu mengenalpasti tangan dominasi (kanan atau kiri)
Jom mula kan!!

  1. Lukiskan huruf 8 secara melintang di atas kertas A3 putih atau papan putih secara landskap.
  2. Letakkan bahagian tengah huruf 8 tadi selari dengan tengah badan.
  3. Gerakkan pensil/marker dari tengah huruf lapan nak bergerak ke kiri mengikut huruf lapan tadi.
  4. Bergerak terus ke kanan atas dan kebawah tanpa mengangkat pensil/marker. Teruskan sehingga pergerakkan lancar.
Nota:
  1. Lekatkan bahagian bawah kertas agar tidak bergerak.
  2. Gunakan kertas lebih besar untuk membantu tangan menyebarkan garis tengah lebih jauh.
  3. Mulakan Lazy 8 sebelum membuat homework kerana ia membantu anak untuk fokus dan tenang.

Kali pertama Qaseh cuba Lazy 8 ni agak perlahan dan dia berhati-hati. Tapi lama kelamaan Qaseh makin selesa dan pergerakkan tangan makin lancar. Aktiviti Lazy 8 ini sebenarnya sangat bagus dan sesuai untuk kanak-kanak penghidap Disleksia, ADD (Attention Deficit Disorder), Dyspraxia dan SPD (Sensory Processing Disorder)

Jom cuba pada anak-anak kita dan lakukan. 
Selamat mencuba!!

  • Share:

You Might Also Like

24 comments

  1. Menarik jugak ni kak liez. Ada jugak aktiviti untuk anak-anak cuti begini

    ReplyDelete
  2. menarik ni liez.
    tq for sharing.
    tumpuan tu penting ekk. anak2 kecik ni kekadang penumpuan diorang tu kurang.
    sukar nak maintain dia utk buat sesuatu tu lama.
    will try this. tq again.

    ReplyDelete
  3. Bagus ni untuk budak2 sekarang ni. Dari main gajet tak habis2. Nmpk simple tapi sbnrnya aktiviti Lazy 8 ni banyak kebaikan untuk kanak-kanak.

    ReplyDelete
  4. wah..sangat bagus untuk perkembangan minda anak-anak..kena perkenalkan kat anak-anak buah gak ni

    ReplyDelete
  5. Wah good sharing , ilmu ni .. tq kak boleh cuba di rumah , xpe mula2 slow makin lama makin laju .. first time dengan pasal lazy 8 ni

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas perkongsian ni kak liez. nanti nak apply kat bebudak ni. tapi tulah, bebudak ni susah nak fokus 1 task. ada tak cadangan?

    ReplyDelete
  7. great sharing, interesting to know of this. Kids these day not easy when want to focus on one task.

    ReplyDelete
  8. Lazy 8..activities utk ank2 bgs ni.. Tkde la dgn gadget je kn . At least bole merangsangkn perkembangan minda ank2..tq for sharing

    ReplyDelete
  9. Kak liez, qaseh umur berapa sekarang? Rasa macam nak buat jugak untuk aneeq ni tapi tak apa ke buat untuk budak seawal 3 tahun ni. Maksudnya sesuai ke?

    ReplyDelete
  10. Baguslah aktiviti macam ni boleh mengasahkan minda kanak-kanak, sebagai parent kena luang masa belajar bersama anak dan bermain bersama... bila mereka dah besar jadi kenangan terindah :)

    ReplyDelete
  11. Menarik ni. Ingat nak cuba dekat anak-anak. Tak sangka dengan menulis no 8 ikut step dia memberi banyak impak menarik. Terima kasih atas perkongsian ini ya :-)

    ReplyDelete
  12. Good sharing, mesti nak coba gak ngan cucu opah nanti. TApi.. kenapa namanya lazy 8 ya?
    Petua Awet Muda Untuk Opah

    ReplyDelete
  13. Ohh wow I didn't know this. Bagus untuk ibu bapa tahu hal ni dan bantu monitor dan belajar tentang perkembangan anak2 sendiri. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  14. Tak sangka perkara yang simple macm ni rupanya memberi kesan pada anak2. Bleh try pada ank2 nanti

    ReplyDelete
  15. Waaa... boleh cuba kat anak dara saya ni... Thanks berkongsi benda ni

    ReplyDelete
  16. Ya yang si kecil kenalah selalu bersenam akal untuk menajamkan minda mereka. :) Saya nak suruh anak-anak saya try juga. :)

    ReplyDelete
  17. Thanks for the great tips, I noticed my 3 years old pun dah lazy, I got to find some solution for this too.

    ReplyDelete
  18. AM baru tau pasal Lazy 8 nie.. baguslah.. boleh try pendekatan seperti ini utk anak2 AM.. nak tgk gak sejauh mana focus dan tahap konsentrasi diaorg nie.. terima kasih atas perkongsian bermakna nie..

    ReplyDelete
  19. Bagus kannn Mrs Liez kalau anak-anak didedahkan dengan kemahiran berfikir begini di peringkat awal lagi..

    ReplyDelete
  20. Rupa rupanya ini lah nama teknik ni. Lazy 8 atau pun infinity. Sebelum ni cikgu anak ibu pernah rekemen selalu amalkan latihan ni

    ReplyDelete
  21. Ada juga teknik yang namanya 8 yang malas. Hehe. Nombor lapan baring. Mujur banyak manfaat kepada anak anak ktia

    ReplyDelete
  22. Nampak biasa saja, tak sangaka begitu banyak kelebihan yang ada pada satu latihan yang sangat mudah ni kan

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete