APA MAKSUD WARNA PELEKAT KECIL PADA BUKU PINK ?

By Mrs Liez - 10:07 AM


APA MAKSUD WARNA PELEKAT KECIL PADA BUKU PINK? | Liez terbaca satu status dari Dr Muhammad izzat di FB beliau mengenai makna pelekat pada buku pink. Liez pun tak pernah nak tanya pada jururawat bertugas masa mengandung tau.. bila dah terbaca tu boleh Liez sharekan disini untuk korang kenalpasti apa sebenarnya maksud pelekat bewarna tu.
Buku Pink Qaseh
Liez sendiri buku pink mengandungkan Qaseh ada pelekat warna hijau dan kuning. Bila mengandungkan Niyaz, ada pelekat warna hijau. Jadi sekarang Liez dah faham apa maksudnya dan agaknya tahun depan bolehlah mengandung lagi hihihi~
Buku Pink Niyaz
 PENGENDALIAN KES-KES KEHAMILAN MENGIKUT SISTEM TAG WARNA

Sistem ini mempunyai penggunaan 4 tag warna. Penentuan tag warna ini adalah berdasarkan kepada penilaian faktor risiko ibu semasa lawatan ke klinik/rumah.

TAG MERAH - Rujukan segera ke Hospital dan pengendalian selanjutnya adalah bersama (shared care) Pakar O&G dan Pakar Perubatan Keluarga

TAG KUNING - Rujukan untuk pengendalian oleh Pakar O&G Hospital/Pakar Perubatan Keluarga, dan penjagaan selanjutnya boleh dilakukan bersama (shared care) Pegawai Perubatan dan Jururawat Kesihatan

TAG HIJAU - Pengendalian di Klinik Kesihatan oleh Pegawai Perubatan dan Kesihatan dan pengendalian selanjutnya boleh dilakukan bersama Jururawat Kesihatan/Jururawat Masyarakat di bawah pengawasan Pegawai Perubatan

TAG PUTIH  - Penjagaan oleh Jururawat Kesihatan/Jururawat Masyarakat di Klinik Kesihatan dan Klinik Desa (sekiranya tiada terdapat faktor risiko yang disenaraikan dalam kod merah, kuning dan hijau, ibu diberi kod warna putih)

Di dalam situasi yang tertentu khususnya di kawasan pedalaman, di mana tidak terdapat Pegawai Perubatan, pengendalian boleh dilakukan oleh Jururawat Kesihatan/ Jururawat Masyarakat dengan pengawasan dari Pegawai Perubatan yang terdekat atau mudah dihubungi.

Pakar O&G/Pakar Perubatan Keluarga boleh menukarkan kod warna mengikut penilaian tahap risiko semasa ibu hamil. Tag warna yang dilekatkan dapat mempamerkan kod
warna yang telah diberikan sebelumnya.

Okay sekarang tengok buku pink memasing. Tengok Tag kaler apa yang tertampal pada bucu kanan atas buku tu. ada tak? kalau ada, kaji /Tanya doktor kenapa anda di berikan kod warna sedemikian ? jangan ingat sticker tu tampal saja saja

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan

Artikel sebenar di https://bit.ly/2P4Z8Z9

  • Share:

You Might Also Like

10 comments

  1. Baru tau maksudnya. Dulu tak amik tau pun. Hehe. Ana tag warna hijau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la dgn Liez..igtkan tu tanda ada masalah masa hamil.. hahaha

      Delete
  2. Kinah dulu dua warna kuning dan hijau. Hehe

    ReplyDelete
  3. oooo...tak pernah ambil tahu..hehee

    tak per nanti I kumpul buku2 pink semua and share..hehee

    ReplyDelete
  4. boleh bookmarked ni nanti kalau dah kahwin, pregnant boleh tengok balik hehe

    ReplyDelete
  5. Teringin nak ade buku pink tu..

    ReplyDelete
  6. LZ mengandung dan check-up di klinik swasta, masa tu takde lagi kuatkuasa buku pink ni..
    So takde record.. Tapi LZ dapat pengetahuan baru tentang buku pink ni. Thank you for sharing Mrs Liez.

    ReplyDelete
  7. xingt dah la sticker kaler kat buku pink tu.

    ReplyDelete
  8. Wahhh nice sharing kak liez, nanti boleh rujuk nii kalau pregnant 😍

    ReplyDelete