BELI DOMINO'S PIZZA DAN PEPSI BLACK UNTUK PELUANG MEMENANGI HADIAH BERNILAI RM130,000

By Mrs Liez - 10:12 PM


BELI DOMINO'S PIZZA DAN PEPSI BLACK UNTUK PELUANG MEMENANGI HADIAH BERNILAI RM130,000 | Domino’s Pizza telah melancarkan peraduan yang dinamakan sebagai Setiap Orang Adalah Pemenang, ‘Everyone’s A Winner’, yang dicipta khas untuk pencinta pizza tegar dengan hadiah-hadiah yang menakjubkan untuk dibawa pulang.

Hadiah utama merupakan sebuah kereta baharu, Honda City bernilai RM80,000. Selain itu, terdapat sejumlah hadiah bernilai sehingga RM130,000 untuk direbut. Antaranya ialah tiga buah Samsung Galaxy S9, 10 unit Logitech G560 Speakers Gaming, 20 unit Samsung Gear VR berserta Alat Kawalan, 50 baucer pizza Domino’s bersaiz besar berserta Breadstix / Cinnastix percuma tanpa had dengan pembelian minimum.

Peraduan ini akan bermula pada 8 Oktober hingga 4 November 2018 dan dengan setiap pembelian Domino's Bold Combos, pelanggan akan layak menyertai peraduan ini.



Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino's Pizza Malaysia dan Singapura "Peraduan ini adalah satu peluang yang baik untuk kami memberi ganjaran kepada para pelanggan dengan pelbagai hadiah untuk dimenangi. Semua orang mempunyai peluang yang luas untuk menang! Kami berasa amat berbesar hati dengan sokongan berterusan yang diberikan oleh pelanggan kami selama ini dan peraduan ini adalah cara kami untuk memberi penghargaan buat mereka. Minuman ringan memang sepadan bila digabungkan bersama pizza. Ini melengkapi ciri-ciri Pepsi Black sebagai minuman masa hadapan. Sebagai rakan kongsi, mereka memahami visi kami dan sejajar dengan aspirasi yang sama untuk menggerakkan jenama ke hadapan "

Santharuban T. Sundaram, Naib Presiden Pemasaran di Etika Sdn Bhd.
"Kami telah bekerjasama dengan Domino's Pizza dan kami telah menyediakan pelanggan dengan platform yang menarik untuk memberikan satu pengalaman yang berbeza. Resipi kola yang unik kami dibangunkan berdasarkan sentimen pengguna dengan kemajuan teknologi inovatif. Demi memahami gaya hidup pengguna yang mendambakan produk harian yang sihat, Pepsi Black adalah satu pilihan ideal bagi mereka yang ingin menikmati kola tanpa sebarang kalori, dengan penuh rasa padat. Kami mempunyai ciri-ciri yang sama dengan Domino’s kerana kami berkongsi segmen pengguna bersama. Kerjasama seperti ini mewujudkan peluang yang berharga untuk pengguna nikmati, "

Mulai 8 Oktober, pelanggan Domino’s Pizza boleh merebut Bold Combos yang terdiri daripada Bold Buddy Combo pada RM35.90 dan Bold Super Combo pada RM55.90.

Di samping itu, pelanggan boleh menikmati 2 Pizza Deals yang boleh didapati dari RM28.30 untuk dua pizza bersaiz biasa, RM47.15 untuk dua pizza bersaiz besar dan RM66.05 untuk dua pizza bersaiz Xtra besar.

Untuk ganjaran yang lebih banyak, pelanggan boleh memilih 2 Pizza Deals dengan Keju Ekstra daripada hanya RM30.65 untuk dua pizza bersaiz biasa dengan 50% ke atas Keju Ekstra, RM50.45 untuk dua pizza bersaiz besar dengan 50% Keju Ekstra dan RM70.30 untuk dua pizza bersaiz Xtra besar dengan 50% ke atas Keju Ekstra.

Cara untuk menyertai peraduan ini adalah mudah. Dengan pembelian sebarang pizza berserta Pepsi Black 1.5L pelanggan layak menyertai peraduan. Pelanggan kemudian hanya perlu menyertai permainan ‘Kira Pepsi Black dan Pizza yang tersembunyi’ dan letakkan slogan paling kreatif di laman web www.dominos.com.my/EveryoneIsAWinner.





Pelanggan yang mempunyai mata terkumpul tertinggi semasa tempoh peraduan akan memenangi sebuah kereta. Di samping itu, bagi setiap pembelian sebarang pizza yang berserta dengan sebotol 1.5L Pepsi Black, pelanggan akan mengumpul 1 mata dengan setiap RM1, manakala dengan setiap pembelian 2 Pizza Deals berserta Pepsi Black 1.5L atau Bold Combos, pelanggan akan mendapat 2x mata ganjaran. Peraduan terbuka kepada semua pelanggan di Semenanjung Malaysia. Bagi pencinta Domino’s Pizza di Malaysia Timur, tunggukan pengumuman selanjutnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peraduan Domino's Pizza Malaysia's Everyone’s A Winner serta sebarang promosi yang akan datang, sila layari laman web kami di www.dominos.com.my/EveryoneIsAWinner.

  • Share:

You Might Also Like

25 comments

  1. Wah menarik sangat hadiah tu liez. Terus terasa nak order domino malam ni.

    ReplyDelete
  2. aida sgt minat dominos. 2nd is pizza hut.
    dominos lebih murah skit la. utk rakyat marhaen mcm aida ni, prefer yg murah skit lah hi hi hi hi...
    pastu byk cheese. sodap!!!
    nanti nak join la. mana la tau rezeki aida thn depan beraya dgn honda baru :) aminnn hi hi hi hi...

    ReplyDelete
  3. Alaaa..dah lama tak makan Dominos..SA balik Seremban ni nak order la..rasanya minggu ni ramai ada kat rumah ni...

    ReplyDelete
  4. Qiss nak join juga rezeki ni mana tahu ada rezeki nanti. Thanks sharing.. yeah.. Dominos memang favourite family Qiss juga.

    ReplyDelete
  5. eat pizza got chance to drive new car back.. not bad huh.... hehehe~ let's go domino now.. yummy!

    ReplyDelete
  6. Wow...It is so nice that I can join the contest when buy the Domino's Pizza. My colleagues will having Domino's Pizza once in a month.

    ReplyDelete
  7. waa, beli dan makan pizza boleh menang hadiah kereta? terbaik jugak contest nii hehe. Qeela suka jugak Dominos, pizza diorg sedap2 jugak kan. Lagi2 bila ada combo deals tu, lagilah tertarik nk beli hehe. 😁

    ReplyDelete
  8. Ala kita memang peminat pizza ada pula peraduan macam ni rasa macam nak masuk lak hehehehe hadia yang mewah lak tu dapat kereta ok juga kan.... Mana tahu rezeki kita kali ni hehehe...

    ReplyDelete
  9. Dominos pizaa feberet tapi a bit pricey than other brand.Tapi bila ada contest mcm ni harus join sbb dapat pizaa free hahaha

    ReplyDelete
  10. Beli-makan-menang!! Hadiah lumayan pula tu. Nak join lah liezz. Mana tau kan rezeki menang. Dah la domino marsha punya fav.

    ReplyDelete
  11. wahh best kan grand prize tu kan...

    ReplyDelete
  12. terasa mcm nak gi join skrg je...

    ReplyDelete
  13. Boleh tahan juga hadiahnya. Kereta Honda tu hehe. Hmm lama tak makan pizza domino ni, nak beli la nanti tambah cheese banyak-banyakπŸ˜‹πŸ˜‹ mana tau rezeki menang hadiah

    ReplyDelete
  14. Wahhh hadiah untuk peraduan tu memang menarik sangat. Nampak gaya kalau nak masuk kena makan DOminos selalu ni, dah lama betoi tak makan dominos walaupun dekat je kedai dia kat umah sis di PJ

    ReplyDelete
  15. Dominos memang favorite pizza juga. Kalau nak beli banyak pilihan atau boleh pilih mana-mana set combo . Hadiah lumayan dapat Honda City . Siapalah yng bertuah tu yer nanti .

    ReplyDelete
  16. Sedapnya dominos. Kat mersing ni ada ke ehhh dominos. Last makan dominos bulan 3 haritu. Lama dah tak makan. Nanti nak cari la. Mana nak tahu, sambil membeli tu boleh menang hadiah pulak kan.

    ReplyDelete
  17. Wahhhhh ini konsepnya seperti makan dan menang yer Kak Liez ? Terujanya saya. Mna lah tahu rezeki dapat menang hadiah tu kan. 130ribu kot. Okay nk cuba nanti

    ReplyDelete
  18. nak beli RM55 je banyak tu ! tapi fira suka yang dalam dia ada cust ada keju lagi, sedap gila... haritu beli combos sampai rm 70 :( i nak beli time malas nak masak... price tu okay dah yang bold combos tu banyak gila sidedishes diaaaa nak nak nak nak hahhahahaa.... geram tengok ayam sekali ada ish ish.. i nak join juga mana tahu ada rezeki menang kereta AMIIIINNNNNN tak yah nak beli kereta dah ahahh

    ReplyDelete
  19. Bestnya bila dalam hidup ni dapat menang hadiah besar2 camni hihi , nak kena cuba ni ..

    ReplyDelete
  20. Wew ! Makan domino dan berpeluang menang hadiah ? Bestnyaaa...lagipula Domino ni memang yummmyyyy !!

    ReplyDelete
  21. wah, beli makan dan menang..best tu..honda pulak hadiah dia..perghh..hadiah lain pun nampak menarik..ok depan rumah ada dominos, boleh pergi..hehe..

    ReplyDelete
  22. Bagusnya Domino Pizza sediakan peraduan macam ni.

    ReplyDelete
  23. Lamanya lahai tak makan dominos. Nak beli la nanti. Boleh join contest ni sekali alang-alang, hehe. Hadiah dia masyukkk

    ReplyDelete
  24. wahh bestnya. Lama dah tak makan domino sampai tak perasan combo bold tu

    ReplyDelete
  25. Menarik juga tawaran Dominos kali ini Mrs Liez.. Harga pun reasonable dan banyak pilihan..
    I like ;)

    ReplyDelete