CARA MEMBUAT BAWANG PUTIH GORENG RANGGUP DAN GARING

By Mrs Liez - 10:30 AM


CARA MEMBUAT BAWANG PUTIH GORENG RANGGUP DAN GARING | Dah jadi viral baru-baru ini dengan bawang goreng ranggup yang mendapat perhatian umum. Mana tak nya, makanan sedap dan mudah memang jadi perhatian kan? Makanan pulak tu. Liez pun terjebak sama nak cuba bawang putih goreng tu.

Umumnya tahu bawang putih ni memang bagus terutama untuk ibu-ibu dalam pantang. Tapi sebenarnya bawang putih ini banyak khasiat untuk semua umur yang ramai orang tidak tahu. Ramai yang tahu bawang putih ini kalau makan berlebihan akan membuatkan badan si pemakan berbau bawang putih juga.. haaaa~ betul macam Liez pernah bau dekat En. Suami Liez di pencinta bawang putih.. hahahha

Antara kebaikan bawang putih:
  1. mencegah batuk dan selsema
  2. merawat keracunan makanan
  3. mengawal berat badan
  4. menambah tenaga dan stamina badan
  5. merawat jerawat
  6. merawat penyakit kulat pada kulit
  7. menurunkan tahap gula dalam darah
  8. melindungi jantung dan menurunkan kadar kolestrol dan tekanan darah 
  9. mencegah dari kanser
  10. mengurangkan rambut gugur dan meredakan sakit gigi
  11. mengurangkan angin dalam badan
  12. membuang ketuat
  13. membantu megurangkan stress, kemurungan dan rasa cemas


Banyak lagi kebaikan bawang putih ni, nanti Liez story di entry yang lain. So Liez pun cuba buat bawang putih goreng dengan menghiris dengan harapan hirisan tu dah senipis yang boleh. Tapi bila digoreng ianya tidak ranggup dan sekejap je lembik. Jadi Liez google dan akhirnya Liez dapat dari instagram @emymellisa. Kalau tengok caranya agak renyah tapi hasilnya memang ranggup guysss!!! Liez dah siapkan video. So korang boleh la cuba nanti.

TIPS!!
Nak menjamin dari jari terluka terkena mata pisau peeler tu, cucuk bawang putih dengan garfu dan buat kaedah yang sama. Meman senang, cepat dan selamat.

  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. Menarik... Boleh try nanti buat.. Tq liez..sharing..

    ReplyDelete
  2. Makan dengan bubur sedap ni...nak cubalah...

    ReplyDelete
  3. Suka makan dengan sup tulang, sup gearbox...bestnyaaa

    ReplyDelete
  4. Bawang putih memang banyak khasiat,, rajinnya liezz,, nak hiris nipis2 tu mood x berapa hiii...

    ReplyDelete