DATUMCORP LANCAR KEMPEN #DATUMHOMESFORALL DAN PERMAINAN MUDAH ALIH DATUM TAP

By Mrs Liez - 4:34 PM


DATUMCORP LANCAR KEMPEN #DATUMHOMESFORALL DAN PERMAINAN MUDAH ALIH DATUM TAP | Pada 6 Oktober yang lalu, Liez telah dijemput untuk majlis pelancaran kempen #DatumHomesfoAll di galeri jualan Datum Galeri di Jalan U Thant Kuala Lumpur.



Masjid pelancaran turut menjemput tetamu terhormat iaitu YAB Dato" Menteri Besar Selangor, YAB Tuan Haji Amirudin Shari dan juga Ketua Eksekutif (CEO) DatumCorp, Shytul Shahryn Mohamad Shaari. Majlis juga menyaksikan pementeraian MoU antara CEO DatumCorp International, Shytul Shahryn Mohamad Shaari dengan Presiden Epic Society, John-Son Oei.



Kempen #DatumHomesfoAll ditubuhkan untuk mengukuhkan komuniti DatumCorp selain memenuhi dua objektif utama iaitu:

  1. Mempertingkatkan kesedaran dikalangan masyarakat tentang sumbangan komuniti Orang Asli kepada negeri Selangor. Selain itu memberi tumpuan terhadapusaha mendirikan rumah kepada komuniti Orang Asli ini kurang mendapat perhatian sebelumnya.
  2. Memperkenal dan meningkatkan pemilikan kediaman dan pelaburan di Datum Jelatek melalui empat pakej khas iaitu The Voyage pack, Wealth Boost Pack, Blooming Pack dan Pro-C Pack sebagai meraikan pelancaran inisiatif tanggungjawab sosial korporat. Selain membolehkan pelabur dan bakal pemilik kediaman mendapat yang terbaik sebagai Komuniti Datum Jelatek.

Selain itu, permainan Datum Tap diperkenalkan untuk memberi peluang kepada pemain untuk membantu Orang Asli melalui permainan telefon pintar dan mengumpul planks bagi membina rumah maya untuk komuniti Orang Asli.

Hohn-Son Oei - Presiden Epic Society
“Kami terharu apabila diberi peluang bekerjasama dengan DatumCorp menerusi kempen CSR ini. Datum Tap sebagai sebuah gamification yang tepat bagi menyampaikan dan menjayakan matlamat kami dalam membudayakan komuniti Orang Asli. Ia bergerak seiring untuk memenuhi kehendak komuniti dan secara tidak langsung mendidik masyarakat mengenai komuniti Orang Asli"

Peserta yang bermain Datum Tap juga berpeluang untuk memenangi hadiah mingguan ialah Huawei P20 Pro (13 unit untuk dimenangi) yang akan diumumkan setiap hari Ahad dan hadiah utama berupa pakej pelancongan Osaka selama 6H5M akan diumumkan pada 12 Januari 2019. Hanya perlu muat turun aplikasi Datum Tap di Google Play atau di iOS, 'LIKE' Datum Jelatek Facbeook Page, log masuk aplikasi dengan akaun Facebook dan terus bermain.

Klik Datum Tap untuk Google Play

Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan di www.datumjelatek.com.my dan follow Facebook DatumJelatek

  • Share:

You Might Also Like

21 comments

  1. wah menarik ni. memang patut join kempen. hadiah pun lumayan :D

    ReplyDelete
  2. this is a great launch.. the building looks very tall..it's great to create awareness for society to care more about the orang asli..

    ReplyDelete
  3. bagu ni memberikan sumbangan komuniti Orang Asli kepada negeri Selangor, yelah selama ni kita tak ambil tahu pun mengenai mereka ni so bagus jugak kempen2 sebegini di beri pendedahan

    ReplyDelete
  4. Uniknya app ni. Tapi bagus juga bila ada kempen yang memberi sumbangan kepada komuniti orang asli. Satu
    Kesedaran kepada masyarakat yang terbaik

    ReplyDelete
  5. Kempen ni patut di war- warkan dengan lebih meluas dan agar masyarakat mengambil kesedaran dalam memberi sumbangan kepada masyarakat asli. Kena berikan lebih pendedahan kan supaya masyarakat ini tidak terpinggir

    ReplyDelete
  6. Best la kempen ni sebab menawarkan hadiah yang sangat menarik. Kehidupan masyarakat orang asli juga terbela. Dulu masa sekolah rendah...kawan ada dari masyarakat orang asli Bukit Lanjan. Masa tu tak berapa faham makna orang asli tu....

    ReplyDelete
  7. The prizes look attractive. Going to join the contest and hopefully can win Huawei P20 Pro home.

    ReplyDelete
  8. terbaik DatumCorp..at least orang asli takde lah dipinggirkan, kan? event launching pun menarik nampaknya tu

    ReplyDelete
  9. Great way to work towards the progress of the rural and indigenous people. They deserve better than anyone else.

    ReplyDelete
  10. Such a great initiavtive by DatumJelatek, the designs of the building looks great can't wait to see the end results of it.

    ReplyDelete
  11. Aku tak paham yang namanya masyarakat asli itu apa ya? Tapi kempen ini wajib tuk di share agar lebih banyakmorang tahu tentang info ini. Semoga sukses

    ReplyDelete
  12. TERBAIK
    Nak join main game dia la mana tahu boleh huawei sebijik blh bg dkt mak amni hehee
    Bkn sng nk menang huawei tuu.

    ReplyDelete
  13. Bagus adanya kempen sebegini, sekurang-kurangnya nasib org asli terbela, dan juga membuka mata orang2 asli untuk menerima pembaharuan juga

    ReplyDelete
  14. waaahhhhh datumcorp ni nak buah pembangunan untuk orang asli ke ? tapi nak ke kaum orang asli duduk dalam rumah yang macam apartment ni ? I tengok mereka lebih bahagia dengan kehidupan macam sekarang boleh bergerak bebas di dalam nature instead of orang bandar pusing sana pusing sini hutan konkrit je.. nak bernafas pun sesakkkk :( apa pun harap kemajuan ni lebih membantu instead offff.... hmppph....

    ReplyDelete
  15. Ohh lia ada daat event in tapi takboleh pergi . Bagus nya program ni membela juga nasib orang asli. Mereka juga ada hak dan perlukan rumah seerti orang lain jugaj kan .Semoga kempen ini diteruskan sampai bila2.

    ReplyDelete
  16. First time dengar DatumCorp ni tapi bagus la kan. at least dapat membantu komuniti orang asli. Datum Tap tu macam best je, siap boleh dapat hadiah pulak tu. huawei p20 pro tu.. best best

    ReplyDelete
  17. 2-3 kali aida baca entry liez ni.
    projek besar & org asli. beri diorang rumah ye?
    atau camne? hi hi hi hi...
    komuniti org asli d malaysia ni perlu diberikan pendedahan terhadap teknologi, pendidikan & agama.
    so kita kena bantu diorang. support diorang dlm semua cara kan.
    kita perbaharui cara hidup diorang.

    ReplyDelete
  18. game apakah ini..macam mana permainan dia..hadiah tu lumayan..handphone yang kita idamkan..hehee..Kempen ni untuk bantu orang asli ke macam mana..

    ReplyDelete
  19. sebenarnya bila ada kesedaran camni bagus sebenarnya..bagus untuk rakyat malaysia khususnya anak-anak kita sedar tentang kewujudan orang asli ni.

    ReplyDelete
  20. Baguslah kempen camni.. dapat kita mengikuti perkembangan dan mendekati masyarakat org asli di selangor nie.. AM penah dok dlm perkampungan org asli dulu.. walaupun luar nmpk usang dan lama tapi bila masuk dlm cam kondo woo.. siap ada home theatre lagi.. terkejut nganga mulut AM masa tue..

    ReplyDelete