KEPUTUSAN PEMENANG ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN KE 31


KEPUTUSAN PEMENANG ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN KE 31 | Berakhir sudah anugerah yang dinanti-nantikan oleh artis yang tercalon dan juga yang pasti penyokong artis-artis yang tercalon. Dah lama sebenarnya Liez tak layan tengok anugerah-anugerah ni tapi kali ni tengok yang tercalon tu ada yang Liez minat so kita layan kan aje. 

Pengacara yang dipilih untuk mengendalikan ABPBH 31 ialah Janna Nick, Zara Zya dan Ajak Shiro. Pemilihan pemenang ABPBH adalah berdasarkan undian orang ramai yang bermula 25 Ogos hingga 25 September 2018. Dan dicatatkan sebanyak 24 juta undian diterima untuk anugerah tahun ini.

KATEGORI AM
  1. Artis Baharu Lelaki Popular - Fendy Bakry
  2. Artis Baharu Wanita Popular - Farah Nabila
  3. Penyanyi Lelaki Popular -  Khai Bahar
  4. Penyanyi Wanita Popular - Wani Hasnita
  5. Pengacara TV Popular - Neelofa
  6. Penyampai Radio Popular - Haziq HotFM
  7. Artis Komedi Popular - Zizan Razak
  8. Artis Kolaborasi/ Duo/ Berkumpulan Popular - Syamel dan Ernie Zakri
  9. Artis Versatil Popular -  Alif Satar
  10. Pelakon TV Wanita Popular - Nur Fazura
  11. Pelakon TV Lelaki Popular - Fattah Amin
  12. Pelakon Filem Wanita Popular -  Emma Maembong
  13. Pelakon Filem Lelaki Popular -  Zul Ariffin
Selain anugerah-anugerah diatas, terdapat juga beberapa anugerah untuk kategori khas online yang menjadi tumpuan.
  1. Artis Sensasi Popular - Neelofa
  2. Pasangan Serasi Drama - Fattah Amin dan Nur Fazura
  3. Pasangan Serasi Filem - Zul Ariffin dan Nur Fazura
  4. Instafamous Cilik Popular - Arif Jiwa
  5. Personaliti Media Sosial Popular -  Fatimah O. Mukhlis 
Dan anugerah yang ditunggu-tunggu setiap kali ABPBH ialah BINTANG PALING POPULAR ABPBH 31 ialah WANI HASRITA dengan undian melebihi 2 juta dan membawa pulang kereta CITROEN C4 Picasso dan trofi. Memang mengejutkan!! Wani Hasrita bukanlah antara yang menjadi pilihan. Tapi Alhamdulillah... rezeki Wani.

Gambar: Twitter Wani Hasrita
Selain berhibur, pihak penganjur juga tidak melupakan tokoh seni yang banyak berbakti kepada industri hiburan dengan dengan anugerah istimewa iaitu Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat yang dianugerahkan kepada NOOR KUMALASARI

Gambar: Google
ABPBH 31 ini yang bertemankan Infiniti ini menghiburkan penonton dengan persembahan 18 artis dan kumpulan band terkenal dengan menyanyikan pelbagai genre lagu yang menjadi siulan dimasa ini. Antara yang akan membuat persembahan ialah MimiFly, Ben Ladin, Sufian Suhaimi, Marsha Bintang Kecil, Amy Mastura, Aizat Hamdan, Hafiz, Ismail Izani, Nabila Razali, Datuk Jeffrydin, Datuk Siti Nurhaliza dan ramai lagi.

Tahniah kepada pemenang!!!

Post a Comment

10 Comments

  1. Tahniah kepada semua pemenang ABPBH

    ReplyDelete
  2. hahah tq utk list ini.. smlm dlm kereta... eh.. ada erk fazura berlakon ngan zul ripin?

    ReplyDelete
  3. tak sempat tengok pon kat tv hihi

    ReplyDelete
  4. Wany Hasrita ada pakej kan. Muda, cantik, dan berbakat :)

    ReplyDelete
  5. tahniah kepada pemenang...tak tengok sbb tengok channel lain..hehe

    ReplyDelete
  6. Terlepas nak tengok malam tu..kita tengok ulangan aje huhuhu tapi dah tak syok.. :(

    ReplyDelete
  7. aida x tgk ni.
    x tau langsung hu hu...
    pemenang pun mcm biasa2 je semua.
    tahniah.

    ReplyDelete
  8. Tahniah Wany Hasrita. And tahniah buat sweet couple fattzura. Betul ke spelling tu. Hehe

    ReplyDelete