NAMPAK MUDA DI USIA TUA DENGAN SHO WRINKLE LIFT PEPTIDE

By Mrs Liez - 4:37 PM


NAMPAK MUDA DI USIA TUA DENGAN SHO WRINKLE LIFT PEPTIDE |Dah namanya perempuan, bab menjaga kulit memang diambil berat. Sebut saja pasal produk penjagaan kulit mesti korang terbayang macam-macam produk di pasaran yang mengkhususkan kepada permasalahan kulit individu. Berbeza kandungan bahan dalam sesuatu produk untuk masalah kulit tau, bukan main bedal pakai produk anti jerawat untuk masalah jeragat pula !! hihihi~ 

Masalah utama wanita ialag risau kulit muka makin menampakkan garisan penuaan kan? setuju tak?~ Liez antara yang bila masuk usia 30an mula tenung cermin lama. belek muka tengok adakah kewujudan garis ketuaan itu..huhuhu~ bila dengar je ada satu produk yang boleh membantu masalah ini, terus Liez dapatkan dan mencubanya.

SPECIAL HOMECARE ORIGIN (SHO) merupakan produk dari negara Korea yang dibuat dengan untuk mereka yang tiada masa untuk membuat rawatan muka di spa. Hanya perlukan dua produk dari SHO untuk rawatan kulit mukadi rumah. korang sendiri tahu kehebatan industri kecantikan Korea dalam mengeluarkan produk kecantikan terbaik di dunia.

SHO WRINKLE LIFT PEPTIDE AMPOULE
mengandungi PEPTIDE iaitu bahan-bahan protein penting dalam membaiki struktur kulit selain menganjalkan kulit dan ia juga melembapkan kulit yang mana fungsi-fungsi penting dalam produk SHO Wrinkle Lift Peptide Ampoule yang tidak semua produk dipasaran ada. 
  • Marine originated collagen - melembutkan dan meningkatkan fungsi struktur kulit
  • Adenosin - membantu mengurangkan garis penuaan dan membaiki keanjalan kulit
  • Portulaca oleracea extract - melegakan kulit dan bertindak keatas kulit sebagai antimicro 
  • Elastin - mengekalkan keanjalan pada kulit
  • Hyaluronic acid - kandungan yang melembutkan dan melembutkan kulit 

Kandugan amplouse yang pekat membuatkan ia serap dalam kulit dengan cepat dan tanpa meninggalkan kesan berminyak. Itu yang Liez suka!!

Cara penggunaan mudah, hanya sapukan pada kulit dengan kuantiti yang sesuai pada kulit selepas korang bersihkan muka dari solekan dan kekotoran. Sapukan dengan cara urutan membulat untuk serapan yang lebih berkesan, nyaman sangat dapat sapu SHO ni~ nak lagi best korang boleh jadikan ampoulse sebagai serum sebelum korang mulakan solekan wajah. Kira fungsi 2 in 1, jimat sangat!!

SHO WRINKLE LIFT PEPTIDE AMPOULE MASK
satu produk yang digalakkan untuk korang gunakan bersama SHO WRINKLE LIFT PEPTIDE AMPOULE. Dengan pemakaian mask secara konsisten membantu kulit korang menjadi lebih lembut, tegang, anjal dan sihat. Selain itu ia mengandungi bahan yang merawat masalah penuaan kulit seperti garisan halus dan menegangkan kulit seperti suntikan 'botox' semulajadi. Ahakkk! boleh nampak lebih muda daru usia tau~

Pemakaian mask digalakkan dua hingga tida kali semingu dan disyorkan dipakai bersama SHO WRINKLE LIFT PEPTIDE AMPOULE. Jadinya, ia akan bertindak dengan lebih cepat dan berkesan.


jangan takut pulak tengok nama produk tu ye, Liez nak bagitahu yang product SHO tidak mengandungi bahan-bahan kimia merbahaya seperti Paraben atau yang seangkatan dengannya. Selamat digunakan bagi ibu yang mengandung, no worries k!

SHO juga mempunyai beberapa lagi produk penjagaan kulit bersesuainya dengan kehendak individu.





Juga boleh dapatkan rangkain produk SHO di outlet SaSa seluruh Malaysia
Boleh dapatkan lebih info dan maklumat mengenai produk SHO di:

Also available at:
UYA Asia: www.uyaasia.com

Facebook:
www.facebook.com/shomalaysia/

Instagram:
www.instagram.com/shomalaysia/

  • Share:

You Might Also Like

22 comments

  1. suka bau dalam Ampoule tu..serius wangi giler

    ReplyDelete
  2. Bestnya kak liez. Lepas ni makin gojes la kak liez

    ReplyDelete
  3. Best giler kan ampoule SHO ni liez. Ana jatuh cinta terus. Kulit pun rasa sihat je.

    ReplyDelete
  4. so many brands in market now. glad know from you about this brand, else I am not sure which to get start.

    ReplyDelete
  5. Best2..SA sangat perlukan product anti wrinkle macam ni..walau blom nampak wrinkle walau dh usia 40 tahun tapi dangat memerlukan..kena bertindak sebelum wujudnya semua tu kan..bukan takut tua..tp cegah awal..hehehe..

    ReplyDelete
  6. Nak nampak muda pada usia tua, kena segera jaga routine penjagaan wajah. Apa yang penting kulit sihat dan tidak kusam. Nanti dah tua, setakat garis halus pun bleh cantik lagi. Tapi kalau dah melabuh muka, rasa tak anjal. memang stress la kita nanti. hahaha

    ReplyDelete
  7. wow mcm best je ampoule from SHO ni! ada HA tu yg qeela suka tu, sbb qeela skrg pon mmg tgh guna pure HA as serum muka, mmg best sgt! menarik nii, nnt boleh usha2 product ni lebih lanjut lagi 😍

    ReplyDelete
  8. haruslah pompuan-pompuan cam kak lily kena cuba produk ni, naikkan seri muka katanya so barulah nampak lebih muda. lagipun penggunaannya nampak senang plak ek

    ReplyDelete
  9. Waahh... nih produk SHO Wrinkle Lift Peptide Ampoule bisa bikin awet muda? Asyiknyaa... mau dong. Apa produk ini di jual bebas di pasaran?

    ReplyDelete
  10. I guess everyone need this... It's really great if can looks like 18 years old all the while.. wrinkle free... great one..

    ReplyDelete
  11. Ampoule dengan serum tu sama ke tak sebenarnya? Tapi produk korea memang best. SR pun tengah mencari produk skincare yang sesuai. hehe

    ReplyDelete
  12. makin banyak produk penjagaan muka sekarang ni. Boleh try ni nanti :D

    ReplyDelete
  13. Hehehehe bila baca artikel ini kita rasa tua lak nak kena beli produk macam ni hehehe tapi orang lelaki boleh guna juga ker hehehe takut tak sesuai dengan kulit...

    ReplyDelete
  14. Wahh. . Macam² ada kat pasaran sekarang. Kena cuba ni baru tahu berkesan ke tak, sesuai ke tak ngan kita...

    ReplyDelete
  15. long time I didn't apply serum, maybe I can try this on~ thank you for sharing, hehe

    ReplyDelete
  16. wahhh bestnya memanjakan diri dengan memakai mask. yelah, kadang rutin harian sgt memenatkan, bila dpt sesi memanjakan diri dgn mask mcm nie, buat diri rasa lega. nampak mcm berkualiti mask nie. nanti sy nak cuba jugak

    ReplyDelete
  17. BtolBtol sangat tu. Bukan perempuan je takut nampal tua. Lelaki skang pun sama. Nak pulak kalau kulit kita ni tua belum sampai masanya. Btw baguslah produk ni ya

    ReplyDelete
  18. best ekk dpt sample gini. merasa mcm2 produk. then can decide mana product nak diamalkan.
    dari muda la nak kena jaga kulit. bila dah berkedut, baru nak buang kedut tu, susah la.
    aida now da few months guna a set of product. so far, so good.
    kalau terlalu byk rutin, menyusahkan aida. kita kan moms. so nak yg simple aje.

    ReplyDelete
  19. Wowww...sis pun berminatlah nak cuba, maklumlah umur dah makin lanjut tapi sis nak kelihatan muda gitu...so kena lah jaga kan. Memang terbukti ke sis leh nampak muda? hehehe

    ReplyDelete
  20. Amboi, oren keemasan ye warna serum tu. Biasa kalau pakai serum then pakai mask memang kulit rasa lembuttt sangat especially lepas tanggalkan mask tu. Patutlah halus dan muda jee tengok kak Liez tadi :p

    ReplyDelete
  21. perempuan harus jaga muka supaya nampak anjal da cantik kan sis? sebab perempuan nk cantik selalu hehe...produk ni bagus ada mask siap..mmg best pakai...

    ReplyDelete