NIYAZ DAN KOLEKSI KERETA PERMAINAN

By Mrs Liez - 9:00 PM

NIYAZ DAN KOLEKSI KERETA PERMAINAN | anak-anak dengan toys memang tak dapat nak dipisahkan. Dah lumrah kehidupan di awal usia permainan adalah salah satu medium pembelajaran kan? Sama macam Liez, nak juga bagi anak-anak barangan permainan. Tapi alhamdulillah rezeki anak-anak Liez memang murah sebab banyak toys yang dibeli oleh adik beradik Liez dan En Dearie.


Kalau kakak dia mewah dengan barangan permainan, Niyaz pun tak nak kalah. Banyak juga koleksi kereta mini, keretapi mini, jentera berat dan permainan lain. Kegemaran Niyaz buat masa ini ialah keretapi mini Thomas and friends.
Happy dapat koleksi Thomas and friends


Dan Niyaz akan bawa kenderaan kegemaran kemana sahaja dia pergi. Antara yang dibawanya adalah fire fighter truck tu. Dia akan usung klau keluar jemput kakaknya di sekolah, turun makan atau beli barang di clubhouse dan bawa tidur atas katil sekali hihihi~ bertuah tauuu





Permainan banyak tapi setiap pagi dia akan lambakkan semua toys dan ambil koleksi Thomas and friends untuk disambung. Tengoklah cara dia susun pun ada maknanya. Dan setiap tren tu mewakili mamanya, babanya, atok, opah, atok, nenek dan kakak dia hihihi~


Actually ada banyak juga koleksi keretapi mini kami dapat dari pembelian Happy Meal McDonalds. Even adik Liez yang bongsu dan wifenya akan beli juga untukd iberikan pada Niyaz. Mendalam sungguh minat Niyaz pada tren ni hihihi~ jangan pulak dah besar vita-cita nak jadi pemandu tren sudah!!! Niyaz juga ada koleksi kereta mini Hot Wheel. Macam-macam jenis kenderaan ada. Jenuh juga la Liez dan En.Suami mengutip simpan kalau datang mood Niyaz malas nak kemas..


  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Personaliti Niyaz dah dikenali dari kecil. Terus asah bakatnya... InsyaAllah Niyaz akan jadi anak yang berjaya dan soleh dunia n akhirat

    ReplyDelete
  2. Banyaknya koleksi kereta dia...macam anak sedara Sis juga..
    Kalau suka kereta tak kisah apa je, dalam kedai rm2 pun nak jugaa...

    ReplyDelete