RESEPI HOMEMADE TWISTIES SIHAT UNTUK ANAK-ANAK

By Mrs Liez - 1:20 PM


RESEPI HOMEMADE TWISTIES SIHAT UNTUK ANAK-ANAK | dah lama sebenarnya Liez tak buat homemade Twisties ni. Rasanya kali terakhir tahun lepas requested by En Suami. Sebenarnya, Liez pernah beli homemade Twisties dari dari seseorang tapi tak ingat dari mana. Beli 3 balang, habis di makan sekelip mata oleh kami empat beranak hihihi~

Ceritanya, Liez dah lama tak makan jajan since mengandungkan Qaseh 2013. Tapi nak dijadikan cerita, baru-baru ini Liez teringin nak makan tapi bila makan satu je~ terus rasa mual dan pening. Liez rasakan bahan perasanya terlampau banyak. Aduhh~memang terus buang jajan tu. Even anak-anak Liez memang jarang sangat Liez belikan diaorang jajan. Kalau beli pun, bagi makan bercatu sebab taknak anak-anak makan berlebihan.





Jadi bila En Suami dan anak-anak dah minta untuk buat, Liez pun google dan akhirnya dapat juga resepi homemade twisties ini. Serius senang dan yang penting sihat. Tak ada bahan perasa tiruan atau garam berlebihan. Boleh adjust ikut selera masing-masing. Ok, jom Liez kongsikan resepi dan cara penyediaannya.

Bahan-bahan:
Laksa kering
minyak masak secukupnya



Cara penyediaan
1. Panaskan minyak. Sebelum menggoreng laksa, patah-patahkan laksa.
2. Goreng laksa tadi hingga kembang dan angkat. Toskan.

Bahan perasa (dikisar halus)
Serbuk kari ikan 
Serbuk kari daging
Nestum 
Gula
Garam

Cara penyediaan
1. Masukkan bahan perasa dan laksa tadi dalam bekas besar. Goncang-goncangkan untuk menyalutkan perasa keseluruh laksa.

Nota:
1. Jika ingin pedas boleh lebihkan serbuk kari. Kalau nak kurang pedas, lebihkan nestum.
2. Untuk rasa biasa, blend halus habatussauda dengan garam. Gaulkan dengan laksa tadi.
3. Sebungkus laksa boleh buat 2 pek besar twisties tau.



Bila dah tahu buat homemade twisties ni memang Liez tak marah kalau anak-anak nak ulang makan. Dah tak risau garam atau perisa berlebihan. Korang boleh cuba untuk beri anak-anak makan tanpa was-was hihihi~Selamat mencuba!!

  • Share:

You Might Also Like

6 comments

  1. wowww.. senang je nak buat twisties homemade ni rupanya.. tp laksa tu nak beli kat mana ye.. tak penah buat laksa sendiri..

    ReplyDelete
  2. Wah, menarik betul resipi nie, rencahnya pun senang dicari..

    ReplyDelete
  3. Seriously? okeyyy mesti try jugak. portion banyak dan bahan pun terjamin khasiat hehe

    ReplyDelete
  4. Homemade lagi sedap kan, Terbuat lagi ni,,,

    ReplyDelete
  5. aida tgk video nyer. mudah ekk.
    tq for sharing.
    tak risau la bila anak nak kudap kudap kan.
    kita tahu apa bahan nyer...

    ReplyDelete
  6. Oooo sini resepinya... Wehhh senang nya... Tq resepi.. Nanti kita cuba

    ReplyDelete