RESEPI KUEWTIAW TH'NG MUDAH DARI CHEF HEN

By Mrs Liez - 6:00 PM


RESEPI KUEWTIAW TH'NG MUDAH DARI CHEF HEN | Assalamualaikum korang. Dah masuk bulan Oktober sudah, cepat masa berlalu kan? Lagi 2 bulan dan ke tahun 2019. Ishkk sibuk pulak Liez mengiram bulan hihihi~

Kali ni Liez nak kongsi resepi ringkas iaitu kuewtiaw teng yang Liez ambik dari FB Chef Hen. Seorang Chef Chinese Muslim yang tak lokek kongsi pelbagai resepi masakan chinese. 

Hari ini kisahnya, pagi tadi masa tengah bersiap nak ke sekolah anak dara Liez nak makan Kuewtiaw sup. Katanya nak makan kuewtiaw Mat Jasak. Padahal semalam Atok dan Opahnya dan tapaukan 3 bungkus untuk bawa balik ke KL. Tak cukup katanya sebab kena share dengan adik. Memang dah jadi favourite anak-anak Liez dengan sup Mat Jasak tu. Sedap sangat ke sup tu? Even Liez boleh jatuh hati dengan makanan di Mat Jasak masa kali pertama cuba. Jom Liez share resepinya!!

Jatuh hati dengan makanan Mat Jasak Ipoh >> Mee Kari Mat Jasak Ipoh terbaik !!



Bahan-bahan:
1 bungkus Kuewtiaw (tak perlu basuh, hanya rendam dengan air panas sekejap)
2 ketul tulang ayam 
Isi ayam
Sengkuang (separuh dan belah 2)
Stock ayam Maggi
Bawang putih goreng (bawang putih di cincang dan digoreng hingga kuning)
Lada sulah
Garam
Gula Batu
Daun bawang
Fish cake,fish ball

Cara penyediaan:
1. Didihkan air dan masukkan tulang dan isi ayam. Biarkan sehingga 2-5 minit. Angkat dan buang air rebusan tadi. 
2. Panaskan air dan masuksemula tulang dan isi ayam tadi. Biar mendidih dalam 5 minit dan angkat isi ayam. Isi ayam akan dicarik-carik dan dimasukkan untuk hidangan nanti.
3. Dalam periuk sup tadi, masukkan sengkuang dan bawang putih yang digoreng. Kemudian masuk stock ayam Maggi, garam, gula dan lada sulah. Biarkan mendidih sebentar. 
4. Akhir sekali masukkan fishball, fish cake. Tunggu mendidih dan siap untuk dihidangkan.

Nota:
1. Hidangkan dengan kueatiaw, isi ayam dan tabur dengan daun bawang.
2. Nak sedap, letak sedikit minyak bawang putih yang dibuat sebelumnya.
3. Nak lagi sedap, kalau ada sambal cili asam atau kuah cili taucu.

Alhamdulillah,anak-anak Liez layan makan sampai bertambah 2 kali. Walaupun tak sama macam sup Mat Jasak yang menggunakan ikan bilis untuk supnya (chinese style) tapi puas hati makan. 

Selamat mencuba ye...

Resepi asal 
https://m.facebook.com/groups/899738293537355?view=permalink&id=943723419138842




  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. wah nampak lazat lah kuewtiew tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liez mmg suka clear sup mcm ni.. sbb xberat sgt..

      Delete
  2. Alahai sedapnya nampak. Lagi best kalau makan dgn cili jeruk atau cili potong kan.

    ReplyDelete
  3. Samalah kita Mrs Liez, suka makan clear sup..
    LZ lebih suka breakfast clear sup compare makanan berat seperti nasi lemak etc.

    ReplyDelete