HAIRKUNST HIJABIS SALUN EKSLUSIF UNTUK MUSLIMAH KINI DIBUKA DI MELAWATI MALL


HAIRKUNST HIJABIS SALUN EKSLUSIF UNTUK MUSLIMAH KINI DIBUKA DI MELAWATI MALL | Wanita kalau bab menjaga kecantikan wajah dan rambut memang dititikberatkan. Dari pemilihan produk hingga ke pemilihan salun untuk membuat rawatan rambut atau berhias. Kini korang boleh dapatkan perkhidmatan khusus untuk mendapatkan rawatan penjagaan rambut, terutama muslimah berhijab boleh ke Hairkunst Hijabis di Melawati Mall.



Tahniah Liez ucapkan kepada Pengasas Hairkunst iaitu Bambang Soteto dan pemilik Hairkunst Hijabis, Datin Yuskiahniza Md Yusof.

Liez telah dijemput bersama beberapa lagi kawan blogger untuk memeriahkan lagi majlis pembukaan Hairkunst Hijabis di Melawati Mall baru-baru ini. Majlis yang bertemakan 'Garden Chic' yang dihoskan oleh penyanyi Hi Hi Bye Bye Ezlynn dan juga dihadiri oleh beberapa artis terkenal seperti Ammar Bahrain, Fathia Latif, Ryzal Jaafar, Sherry Ibrahim, Saskia Dahuri dan Dynas Mokhtar. 


Tetamu juga dihiburkan oleh Naib Juara Gegar Vaganza musim ke 4 iaitu Liza Hanim.
Datin Yuskiahniza Md Yusof telah lama ingin untuk membuka salun yang berkonsepkan muslimah setelah melihat tidak banyak salun yang mengkhususkan  khas untuk wanita muslimah. Tapi kini dengan adanya Hairkunst Hijabis ini, wanita muslimah bertudung boleh mendapatkan terapi dan boleh memanjakan diri tanpa perlu risau tentang menjaga aurat. Ahli terapi Hairkunst Hijabis juga adalah golongan muslimah dan terlatih untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.





Di Hairkunst Hijabis, korang boleh membelai dan memanjakan diri dengan mendapatkan perkhidmatan rawatan rambut antaranya rawatan kulit kepala dan detoks, rawatan mandian krim Bali untuk rambut dan kulit kepala. Selain itu,boleh dapatkan perkhidmatan menggunting, mencuci dan mengeringkan rambut juga solekan dari penggaya rambut profesional.

Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh berhubung terus dengan no di bawah

Telefon
017-301 1005

Instagram   

Post a Comment

10 Comments

  1. Wah menariklah Mrs. Liez.. Kalau dekat dengan Seremban, teringin LZ ke sana..
    Harap salun Muslimah seperti ini lebih banyak lagi dibuka..

    ReplyDelete
  2. Memang nak sangat buat rawatan kukit kepala dan rambut ni tau. Sedih tau macam macam cara buat nak bagi rambut tebal, tak gugur dan sihat. Kalau ada kat Seremban lagi best

    ReplyDelete
  3. Bestnya ada salon khas untuk muslimah. Kita mmg suka stylist bambang. Dia mmg ada pencapaian yg hebat dlm dandanan rambut

    ReplyDelete
  4. Bagusnya idea ni. Lepasni wanita-wanita yg berhijab boleh la datang ke sini. Tak perlu dah nak risau lagi tentang aurat.Sbb mmg khas utk yg berhijab.

    ReplyDelete
  5. that's nice to hear. good news for all female around that area. I like to lepak at MElawati mall now I can go there pamper myself too

    ReplyDelete
  6. Seronoknya ada salun utk wanita mcm ni. Dah la macam-macam servis ada. Boleh la nak memanjakan diri.

    ReplyDelete
  7. Bagus betul pengasas butuk ni sebab sediakan perkhidmatan salun kecantikan yang patuh syariah. Baru la bebas nak manjakan diri bila tiada kaum ada.

    ReplyDelete
  8. Oklah dah ada inisiatif buat salun khas utk muslimah sahaja. Bolehlah berdandan tanpa kerisauan. Perkhidmatan lain pun menarik. Sonokla ada Liza Hanim dan Ezleynn. Liza Hanim nyanyi live mesti terangkat kan?

    ReplyDelete
  9. The interior of the place looks really nice & comfy, plus they have a variety of treatments too! Would love to check it out one of these day but it is quite far from my area..haha

    ReplyDelete
  10. Wah... This is a good one good my Muslim friends. I can recommend this place to them...

    ReplyDelete