KEENAKAN TERBARU PULLED-MEAT PIZZA DARIPADA DOMINO'S PIZZA

By Mrs Liez - 3:30 PM

KEENAKAN TERBARU PULLED-MEAT PIZZA DARIPADA DOMINO'S PIZZA | baru-baru ini Liez telah menghadiri majlis pelancaran pizza terbaru Oleh Domino's iaitu 'Pulled-meat' Pizza di Ecolve Concept Mall Ara Damansara. Kali ini ramai tetamu yang dijemput hadir untuk menyaksikan dan merasa sendiri pizza terbaru ini.


Domino’s Pizza memperkenalkan tambahan terbaharu dengan rangkaian piza ‘Pulled-Meat’ yang diilhamkan oleh citarasa barat yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia dalam menjamu selera dan merayakan detik-detik istimewa, piza ‘daging carik’.

Keistimewaan menu terbaru Domino's ini, ia menggunakan daging lembu terbaik dan berkualiti tinggi dari Australia. Pizza ‘Pulled-Beef’ baharu ini menggunakan daging dada lembut diselaputi sos Chipotle yang lazat, digandingkan bersama lada benggala dan cili merah. Cukup sempurna dengan rasa rasa manis dan pedas yang pasti korang akan terpikat. Lebih istimewa dan luar biasa kerana daging lembu ini telah dimasak selama lima jam untuk memastikan daging betul-betul lembut.

Penyediaan bahan bermula dengan proses memerap daging diikuti oleh proses ‘menggaul’ untuk ‘mengurut’ daging selama 15 minit dan akhir sekali daging tadi dipanggang secara perlahan-lahan dalam ketuhar sekurang-kurangnya untuk lima jam. Sehingga daging berderai, sedia untuk disiat-siat atau ‘dicarik’.  

Pizza Pulled-meat ini ada dua variasi iaitu daging dan ayam. Pulled-chicken pula adalah gandingan daging ayam yang disiat-siat, berganding dengan sos Chipotle, tomato ceri dan gegelang nanas berkaramel. Serius sedap. Even Qaseh dan Niyaz suka dengan Pulled-meat pizza Domino's ini. Rasa padas dan manis sesuai untuk dinikmati seisi keluarga.

Bukan sahaja Pulled-meat pizza yang diperkenalkan tetapi ada juga Golden Chicken Tenders baharu. Menu isi ayam yang lembut, disalut tepung dan kemudian dibakar dalam ketuhar sehingga keemasan. Isi ayam yang sempurna supaya setiap gigitan terasa rangup di luar tetapi lembut di dalam. Digandingkan bersama Zesty Coleslaw baharu dibuat daripada campuran kubis ungu dan putih, lobak merah manis dengan kuah limau masam, ditaburi biji bijan hitam pedas.

Shamsul Amree- Timbalan Presiden, Operasi Domino’s Pizza Malaysia & Singapura 
“Dalam usaha menunaikan tuntutan pengguna kami yang sentiasa berubah, kami berusaha untuk melakukan segala-galanya untuk memberikan tawaran terbaik dalam industri. Misi kami adalah untuk mencipta nilai menerusi segala titik hubungan pelanggan. Kami melakukan segala-segalanya dengan sedaya upaya kami, dari segi menawarkan pelbagai produk dalam menu kami mahupun menyediakan hiasan dalaman yang kontemporari dan menambah baik perkhidmatan kami. Kami tetap fokus pada empat tunggak jenama kami, iaitu kehebatan produk, kehebatan perkhidmatan, kehebatan nilai dan kehebatan kemudahan. Ini termaktub dalam janji jenama kami. Oleh itu, Domino’s sentiasa berusaha untuk menambah baik pengalaman pelanggan menerusi setiap tunggak jenama di pelbagai titik hubungan pelanggan. Sungguhpun kami beroperasi dalam industri Restoran Perkhidmatan Segera (QSR), ia tidak menghalang kami daripada menyediakan produk bermutu tinggi yang biasanya dihidangkan di restoran berkualiti tinggi. Kami bersungguh-sungguh dalam segala yang kami lakukan. Kerana itu, kami telah berusaha dan menghabiskan banyak masa untuk menjadikan ini satu realiti. Menu kami kini menawarkan lebih banyak pilihan daripada sebelumnya tetapi tetap mengambil kira kemampuan pelanggan. Kami bukan sahaja menawarkan lebih banyak pilihan tetapi juga menawarkan produk bermutu tinggi yang diperbuat daripada bahan bermutu tinggi untuk dinikmati oleh pelanggan bersama mereka yang tersayang. Kami sentiasa mendampingi dan mendengar kemahuan pelanggan dan kami faham bahawa mereka mahukan bahan yang berkualiti. Pelancaran ini benar-benar mencerminkan janji baharu jenama kami ‘It’s All About You’ – untuk sentiasa menunjukkan kepada pelanggan bahawa kami menghargai mereka,”

Linda Hassan- N. Presiden Kanan, Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia & Singapura,
“Pelancaran pada hari ini menjadikan Domino’s Pizza sebagai QSR pertama di Malaysia yang menawarkan sajian daging carik dalam menu. Menawarkan produk baharu dalam menu nampak mudah, tetapi produk ini diilhamkan secara khusus dengan teliti untuk memastikan ia memberi pengalaman 5 bintang kepada pelanggan. Daging diperap dan dimasak perlahan-lahan selama berjam-jam untuk memastikan daging lembut, menyelerakan dan lazat untuk disajikan di atas piza. Kami berbangga menawarkan piza bermutu paling tinggi dengan penyediaan terperinci untuk meningkatkan pengalaman pelanggan kami.”

Nak cuba 'Pulled-meat' Pizza Domino's ini?

Di samping itu, pelanggan boleh menambah RM12.75 atau secara  ala-carte RM13.70 untuk menikmati Golden Chicken Tenders baharu. Pelanggan boleh memilih tambahan RM6.50 untuk Zesty Coleslaw saiz Besar atau RM2.90 untuk Zesty Coleslaw saiz kecil yang juga boleh didapati dalam menu ala-carte, masing-masing pada harga hanya RM 7.90 dan RM3.90.

Piza Pulled-Meat dan Golden Chicken serba baharu boleh didapati di restoran Domino’s Pizza di Malaysia Barat mulai 5 November 2018. Pelanggan boleh mengunjungi restoran Domino’s, membuat pesanan dalam talian di http://www.dominos.com.my/, atau menghubungi 1300-888-333 untuk membuat pesanan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk cita rasa barat baharu Domino’s Pizza Malaysia dan juga promosi semasa, sila ke http://www.dominos.com.my/.

  • Share:

You Might Also Like

20 comments

  1. cowboy edition rupanya! Perasan jugak ada menu baru tapi tak cuba lagi

    ReplyDelete
  2. Dilah dah rasa pulled meat pizza tu.. sedap jugak. walaupun pedas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terasa pedasnya...mmg selera liez la klau pedas2 ni

      Delete
  3. Dominos rajin keluarkan produk baru kan. Haritu balik ipoh dah nampak dominos tak teringin pulak nak singgah. Ni tengok ni dah terliur. Dah la mersing takde dominos. 😄

    ReplyDelete
  4. ni yang nak pi terjah dominos ni..Menarik kot nampak pizza keluaran terbaru dari dominos ni.

    ReplyDelete
  5. lama tk singgah dominos pizza...ada Pizza ‘Pulled-Beef’ nmpk yummy..bole try set combo tu...tq share info

    ReplyDelete
  6. Astaga. Menu terkini dari Domino's plak! Makin attach la Rawlins pada Domino's nie - menu dia makin menarik!

    ReplyDelete
  7. woww ada pizza baru di Dominos yea, mcm menarik je tuu nampaknya hehe. Rasanya mcm first time ni kan pizza + chipotle hehe, mcm menarik tuu especially sbb ada pulled beef tu haha sbb qeela mmg penggemar daging. nnt bolehla try kot yg baru ni 😄

    ReplyDelete
  8. Pergh siap ada menu baru. Dah lama tak makan dominos ni. Ni siap ada daging lembu semua..pergh macam mana rasanya ya..nak kena cuba ni

    ReplyDelete
  9. nak try la nampak sedap...pizza dominos jarang mengecewakan semuanya sedap2...tapi plg fav chicken classic yang lain tak pernah try lagi makan

    ReplyDelete
  10. Ya Allah sedapnya Dominos pizza lama tak makan rindu nak juga yang terbaru pulak tu sedapnya lazat nak order yang pakej ni macam murah dan berpatutan....

    ReplyDelete
  11. It's been so long since I've eaten dominos pizza, can't wait to try these new flavors, the packages are really affordable too.

    ReplyDelete
  12. Saya dh rasa yg daging tu. mmg sedap sangat !! Tapi sy lebih suka yg flavor udang. Knplah dorg x kekalkan topping udang tu. haihhhh

    ReplyDelete
  13. Dagingnya macam buat serunding dah lama masaknya. Tak rasa lagi nih. Kalau guna kobis unggu buat coleslaw memang suka sangat. Craving pizza pulak memalam ni dibuatnya!

    ReplyDelete
  14. Alamakk...dominos buat menu baru lak.. Kita pantang tgok pizza dominos ni.. Hahahaa.. Nnti boleh try la.. Mcm sedap je... Pizza dominos xpenah mengecewakan klo dh sjuk pon still lembut xkeras..

    ReplyDelete
  15. WOOOO.. MACAM BEST JE TENGOK PULLED-MEAT PIZZA DARI DOMINO'S PIZZA NI.. TERINGIN PULAK TB NAK MAKAN PIZZA PAGI2 GINI.. HAHAHAH.. HARI TU MEMANG TEKAK TERASA NAK MAKAN PIZZA PUN.. BILALAH BOLEH RASA KOT.. HEEE..

    ReplyDelete
  16. Baru itu hari saya dan keluarga menikmati pizza terbaru daripada domino ini. Memang sedap-sedap belaka. :)

    ReplyDelete